Part 8

6K 575 14
                                    

"PE..PERLU ke you tahu?" Yoora cepat-ii menutup separuh mukanya dengan rambut panjangnya itu

Jimin hanya menggeleng perlahan. Bibir dah merekah dengan senyuman lalu tangannya lantas menyelit sebahagian rambut gadis itu ke belakang telinga

"Kau nangis eh?" soal Jimin lembut

Yoora cuma diam

"Look" Jimin memegang kedua dua pipi Yoora. Anak matanya mula berlari ke serata wajah mulus gadis itu. "Aku tau kau masih tak boleh nak terima aku tapi, kau kena fikir perasaan papa kau. Dia buat semua ni untuk kebaikan kau jugak"

"Perasaan papa? Habistu perasaan I macam ni macam mana?"

"Yoora.."

"Dahlah. I malas nak cakap dengan you. I nak balik" Tanpa memperdulikan lelaki itu, Yoora terus berjalan semula ke arah bilik persalinan untuk menukar pakaiannya

***

"AKU balik dulu" kata Jimin sesudah menemani Yoora sehingga ke dalam rumah

Yoora hanya menggulingkan biji mata sebelum dia tayang muka dinginnya itu di depan Jimin

"Balik jelah. I tak kisah pon" Yoora tersenyum sinis lantas meninggalkan lelaki itu sendirian di depan pintu

Encik Jung yang kebetulan sedang menuruni tangga hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan anak perempuannya itu

"Masuklah, Jimin. Buat apa berdiri depan pintu tu?" perlawa Encik Jung

"Takpelah. Saya pon dah nak balik ni. Saya hantar Yoora sekejap je"

Encik Jung tersenyum nipis. Langkah diatur ke arah Jimin lalu bahu lelaki itu ditepuk perlahan

"Kamu janganlah ambil hati sangat dengan apa yang Yoora cakap tadi tu. Dia memang macam tu" kata Encik Jung. Kesian melihat lelaki itu yang asyik dilayan teruk oleh anak perempuannya

"Saya faham. Saya pon dah tak tau macam mana nak buat dia terima saya"

"Buat dia jatuh cinta dengan kamu" ujar Encik Jung bersama senyuman di bibir. Mata pandang Jimin yang cuma kerut dahi dari tadi

"Tapi..cinta tak boleh dipaksa" jawab Jimin perlahan

Encik Jung berdecit sinis. Kepala digeleng perlahan lalu mendekatkan bibirnya ke telinga Jimin untuk membisik sesuatu. "Kamu boleh cuba goda dia"

"Goda?"

Jimin menelan liur. Uish! Biar betul orang tua ni? Dia nak aku goda anak dia?

"Biar betul?" Tanya Jimin pelik

Encik Jung terus tayang gigi

"Kamu buat jelah apa yang kamu suka. Saya percayakan kamu. Tapi, jangan kamu buat benda yang tak elok pulak"

"Eh, taklah. Saya bukan orang macam tu" Jimin garu kepala

"Yelah. Kamu bermalam kat sini je malam ni. Tak payah balik rumah. Lagipun, lagi tiga empat hari kamu dah nak kahwin" Kata Encik Jung sambil menepuk bahu Jimin

"Tak pelah. Buat susah-ii je"

"Tak susah pon. Kamu bermalamlah kat sini samapai majlis perkahwinan kamu nanti. Nanti saya suruh maid siapkan pakaian dan bilik untuk kamu"

Jimin cuma tersenyum

***

"ISHH! Bosan asyik terkurung dalam bilik je. Dah lama tak keluar" Yoora bangun dari pembaringan. Henfon di tangan terus dicampak ke tepi. Kemudian, dia turun dari katil. Laju kaki melangkah ke arah almari untuk menukar pakaian

Kemudian, beg tangan dicapai. Sempat dia mengambil beberapa keping wang yang sengaja diselitkan dalam laci meja solek dulu sebelum menapak keluar dari bilik secara senyap

Matanya tak lama selepas itu tertumpu pada bilik hujung sana. Terang berderang lagi. Setahu dia, bilik tu kosong. Sape pulak yang nyalakan lampu?

Yoora terus mendekati bilik itu, "Mesti maid lupa nak tutup lampu lepas kemas bilik ni. Ishh, tak senonoh betul buat kerja. Potong gaji karang baru tahu!"

Pantas gadis itu masuk ke dalam bilik untuk matikan suis lampu. Bunyi air yang datang dari arah bilik air buatkan gadis itu terus berdiri kaku di situ. Niat nak keluar dari bilik lepas tutup lampu tadi terus mati

Yoora tergamam sebaik sahaja pintu bilik air tiba-ii terbuka, menampakkan susuk tubuh seseorang. Keadaan yang gelap telah mengaburi mata gadis itu. Cepat-ii dia duduk mencangkung di atas lantai sambil menekup muka dengan tangan.

"Kau buat apa kat sini?"

Yoora membuka mata perlahan lahan. Kepala terus didongak untuk memandang lelaki itu apabila keadaan bilik itu sudah terang semula

"Yang kau pergi tutup lampu kenapa?"

"I..I ingatkan takde orang dalam bilik ni. Eh, sepatutnya I yang tanya you tau. You tu yang buat ape kat sini?" Yoora bangun dan berdiri tegak semula. Bulat matanya menjegil ke arah lelaki itu sambil tangannya disilang ke dada

"Papa kau suruh aku bermalam kat sini sampai kita kahwin nanti" jawab Jimin sambil membetulkan tuala di pinggang. Nasib baik dia dah siap pakai baju dalam bilik air tadi. Kalau tak, free-ii je dia tayang badan depan Yoora nanti. Ishh. Bahaya..bahaya. Selagi belum kahwin, mana boleh tengok!

"Kau nak pergi mana dengan pakaian macam ni?" Jimin menilik batang tubuh Yoora dari atas ke bawah. Perhati pakaian gadis itu yang macam tak cukup kain. Terlalu singkat baginya

"Suka hati I lah nak pergi mana pon. You jangan nak sibuk boleh tak? And you jangan berani bagitau mama dengan papa I pasal ni"

Jimin menyilangkan tangan ke dada. Kening sebelah dijongket sedikit. Tahu sangat ke mana gadis itu mahu pergi.

"Aku tak benarkan kau pergi kat tempat macam tu lagi. Pergi tukar pakaian kau sekarang. Aku tak suka tengok kau pakai macam ni lagi" tegas Jimin

Yoora cuma tayang muka selamba. Tubuhnya dipusing membelakangi lelaki itu. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari bilik itu.. Papp!

Pintu bilik ditutup rapat. Yoora terus memusingkan tubuh menghadap Jimin semula. Dahi berkerut. Wajah lelaki itu pula serius ketika memandangnya

"Kau dengar apa aku cakap tadi kan?" Jimin berkata dengan tenang. Mata terus dilarikan ke tempat lain apabila Yoora mula mendekatkan jarak mereka

"You sapa nak halang I? Eh, sedar sikit sapa diri you tu, okay. Jangan ingat mentang-ii papa I baik dengan you, you boleh sesuka hati je nak kacau hidup I. I boleh buat apa je yang I suka" ujar Yoora sambil menunding jari di depan Jimin

Jimin diam. Tenung muka Yoora lama-ii sebelum tangan kanannya dilekapkan ke pintu, betul-ii di sebelah kepala gadis itu. Menghalang terus pergerakan gadis di depannya itu

"Kau akan jadi isteri aku jugak tak lama lagi, Yoora. Why not kau belajar terima aku dalam hidup kau sebelum kita kahwin?" soal Jimin. Lembut sahaja bicara itu meniti di bibir lelaki itu

"Isteri? Haha. I takkan pernah terima you dalam hidup, Jimin. And you know what? I benci tengok muka you!" bisik Yoora seraya menumbuk bahu lelaki itu

Jimin cuma diam tersenyum. Kali ni, giliran dia pula yang mendekatkan jarak mereka. Mata memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu. "Aku tak kisah kalau kau nak benci aku, Yoora. Bencilah banyak mana pon kau suka. Pukul lah banyak mana pon kau nak. Tapi satu je aku mintak.. Lepas kita kahwin nanti, tolong hormat aku sebagai suami kau"

Yoora terdiam sekejap. Terus dia larikan anak mata ke tempat lain. Tak berani nak balas renungan lelaki di depannya itu. Renungan maut yang mampu buat jiwa seorang perempuan bergetar melihatnya. Dia tak faham kenapa lelaki ini masih boleh senyum dengannya walaupun dia melayan lelaki ini dengan buruk

Adakah Jimin betul-ii ikhlas mahu berkahwin dengannya atau sekadar mahukan duit papa?

Yoora merengus perlahan. Pantas dia menolak lelaki itu jauh darinya sebelum dia berlari keluar dari bilik itu

Tbc

[ Edit ] Mine + JiminWhere stories live. Discover now