Part 18

6.9K 502 114
                                    

"TERIMA kasih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TERIMA kasih.." ucap Encik Jung sebaik sahaja pelayan cafe itu meletakkan dua cawan kopi yang dipesannya tadi di atas meja. Tak lama selepas itu, matanya beralih pada Jimin semula. Wajah menantunya itu ditatap bersama senyuman kecil.

"Papa dah fikir masak-ii pasal benda ni. Sebab tu papa nak jumpa dengan kamu."

"Papa nak cakap pasal apa?"

"Sebenarnya, papa ingat nak suruh kamu berhenti kerja dekat tempat yang kamu kerja sekarang ni. Papa nak kamu kerja dengan papa mulai bulan depan.. sebagai CEO baru di HZ Holdings."

Jimin menjongket kening. Cawan kopi yang dipegangnya diletakkan semula di atas meja. "Papa cakap apa ni?"

"Papa tahu, berat untuk kamu tinggalkan kerja kamu yang sekarang ni. Tapi papa buat semua ni untuk masa depan kamu dengan syarikat papa juga. Lagipon, papa dah lama nak cari pengganti untuk syarikat tu."

Jimin diam sejenak. Pengganti papa? Tch! Dia sendiri pon tak pernah ada pengalaman dalam pengurusan syarikat.

"Saya mintak maaf, pa. Bukan saya tak nak terima. Tapi saya masih belum bersedia lagi nak pikul tanggungjawab tu."

"Tapi kamu je satu satunya menantu papa, Jimin. Papa nak harapkan siapa lagi untuk mengambil alih syarikat papa tu nanti?"

Jimin hanya membisu. Cawan kopi di atas meja itu ditenungnya bersama keluhan di bibir. "Papa tolong bagi masa untuk saya fikir?"

"Sure. Papa akan bagi kamu masa."

"Tapi macam mana dengan Yoora, pa. Yoora tau ke pasal ni?"

"Tak. Papa tak bagitahu dia lagi. Kamu tolong jangan bagitahu dia pasal ni. Bila tiba masa yang sesuai, papa sendiri akan bagitahu dia pasal ni. Papa nak dia tetap dengan kehidupan dia sekarang.. Sampailah dia betul-ii berubah."

Encik Jung tersenyum sipi. Tangan diletakkan di atas tangan Jimin.

"Tolong fikirkan semula pasal ni. Papa harap sangat kamu terima."

****

"YOU can do it!" Yoora tenung bahan-ii atas papan pemotong. Dia pon sebenarnya tak tahu nak masak apa. Tengok resepi macam senang. Dahlah tadi struggle nak potong bawang bagai. Terpaksa tahan pedih mata ni tadi. Aish.. memang susah betul kalau baru nak belajar memasak ni.

"Macam mana nak bukak api ni?" Yoora garu kepala. Dapur gas ditinjau tinjau sebelum dia berjaya menghidupkan api.

Tengok dekat resepi kena letak dua sudu minyak sebelum masukkan bahan-ii.

"Okay, masukkan bahan." Yoora mengundur selangkah. Teragak agak dia tuang bahan ke dalam periuk. Mata dipejam rapat sambil memalingkan wajah ke tempat lain. Ikutkan memang dia tak sanggup sebenarnya nak buat semua ni. Nak berubah punya pasal terpaksalah dia hadap.

[ Edit ] Mine + JiminWhere stories live. Discover now