"YOORA.."
Suara Jimin yang tiba-ii kedengaran menghentikan lamunan Yoora. Terus Yoora angkat kepala untuk memandang wajah Jimin. Dari tadi gadis itu duk tenung nasi goreng atas meja tu. Langsung tak disentuh
"Makanlah cepat. Kalau ditenung je nasi tu, bila nak habis?" Jimin geleng kepala. Kembali menyuap nasi ke dalam mulut.
Yoora pandang nasi goreng dalam pinggan itu semula. Langsung tak menarik minat gadis itu. Takde selera dia nak makan sekarang ni. Padahal perut tengah lapar gila.
"I takde selera nak makan"
"Habis tu kau nak makan apa?"
"I tak nak makan apa-ii. I nak balik rumah papa" Yoora tarik muncung panjang. Tangan disilang ke dada sambil tayang muka bengang
Jimin yang melihat perlakuan isterinya hanya mampu melepaskan keluhan kecil. Sudu diletakkan semula di atas pinggang sebelum dia tenung muka Yoora bersama senyuman tipis. Aishh..kenapalah Yoora ni degil sangat?. "Nanti kita bincang. Sekarang ni, makan dulu. Tak baik merungut depan rezeki"
"I—"
"Makan, sayang. Nanti dah sejuk tak sedap" arah Jimin.
Yoora merengus kasar. Sudu dicapai lalu menyua nasi goreng itu ke dalam mulut. Bibir Jimin sudah terukir senyuman kecil ketika melihat isterinya itu. Biarpun muka isterinya masam ketika makan, tapi masih nampak cantik di matanya
Dan hanya dalam beberapa suap sahaja, Yoora sudah mengangkat punggung dari kerusi.
"Kenapa sikit sangat makan?" soal Jimin. Tangan sempat meraih lembut lengan isterinya
"Dah kenyang. I nak tidur. Tapi ingat, esok I nak you hantar I balik rumah papa I. Kalau you nak sangat tinggal sini, you tinggal lah sorang-ii" Yoora tarik tangannya semula. Mata menjeling tajam ke arah Jimin sebelum dia meniggalkan lelaki itu
***
Tok! Tok! Tok!
PERLAHAN tangan Jimin memulas tombol pintu bilik apabila tiada sebarang respons dari isterinya. Saat pintu terbuka luas, dia tarik senyum bila melihat Yoora sedang baring di atas katil membelakanginya
Jimin melangkah mendekati isterinya lalu melabuhkan punggung di sisi katil. "Kau dah tidur ke?"
Diam.
Jimin menghela nafas panjang. Kali ni tubuhnya dilabuhkan di sisi Yoora pula dan dengan perlahan, dia menarik isterinya rapat ke tubuhnya
Yoora membuka mata perlahan lahan bila terasa tangan Jimin mula memeluk pinggangnya. Cepat-ii dia tepis tangan Jimin dan bangun dari pembaringan. Bersila membelakangi lelaki itu.
"Yo..you buat apa ni?" Dalam takut-ii Yoora menyoal. Sempat dia toleh pandang Jimin yang cuma tersenyum..err..mungkin nampak sedikit nakal baginya. Entah kenapa tiba-ii dia rasa seram pulak melihat senyuman itu
"Asal? Kau tahu kan malam ni.." Jimin angkat kening sebelah. Sekadar mahu mengusik isterinya itu
Yoora garu kepala. Aishh! Lupa yang mereka baru sahaja menjadi suami isteri petang tadi. Langsung dia tak ingat pasal benda tu. Jadi malam ni..Aduh! Nilah yang dia paling takutkan ni. Menyesal pula dia masuk tidur awal tadi.
"No! I-I takkan benarkan you sentuh I. And you tak boleh tidur sekatil dengan I. Sebilik pon tak boleh"
"Why not? Nikan bilik aku. Katil aku jugak. Dan kau sekarang ni dah jadi milik aku" semakin galak Jimin mengusik bersama senyuman nakalnya itu
YOU ARE READING
[ Edit ] Mine + Jimin
Fanfiction[ Sedang diedit ] Dia.. Yoora. Seorang gadis liar berumur 19 tahun yang dipaksa berkahwin dengan lelaki bernama Park Jimin. Malangnya selepas kahwin, tak semua yang dia bayangkan menjadi kenyataan. Segala harta kemewahan miliknya ditarik semula ole...