"AWAK rehatlah dulu. Kalau nak apa-ii nanti, panggil saya." kata Jimin sebaik sahaja dia meletakkan beg dia tepi katil.
Belum sempat dia nak melangkah keluar dari bilik itu, Yoora mencapai tangannya. Jimin terkedu sesaat sebelum dia berpaling semula menghadap isterinya.
"Kenapa ni?"
"Err.. Awak tu yang sepatutnya rehat. Dari hari tu awak jaga saya dekat hospital. Awak tak penat ke?" soal Yoora.
Jimin angkat kening. Automatik hujung bibirnya tersenyum. Lantas, dia melabuhkan punggung dia sisi Yoora. Rasanya dia tak salah dengar kan?
"Kenapa awak senyum macam tu?"
"Sejak bila awak tukar panggilan ni?" Jimin senyum mengusik pula. Buatkan pipi Yoora bertukar rona.
"Saja. Kenapa? Awak tak suka ke?"
"Siapa cakap saya tak suka?"
Yoora menunduk. Bibirnya tersenyum simpul. "Jimin.."
"Hm?"
"Saya nak tanya sikit boleh?" Yoora mendongak. Memandang semula Jimin di hadapannya. "Kenapa awak baik sangat dengan saya?"
"Kenapa awak tanya macam tu? Mestilah saya baik dengan awak sebab awak tu isteri saya. Tanggungjawab saya. Lagipon, papa dah amanahkan saya untuk jaga awak. Untuk didik awak jadi perempuan yang lebih baik."
"Awak tak pernah bosan ke dengan saya? I mean.. Saya dah banyak sakitkan hati awak. Tapi awak masih tahan dengan perangai saya kan?"
Jimin genggam tangan Yoora. Wajah isterinya ditenung bersama senyuman.
"Awak dengar sini. Saya tak pernah bosan pon dengan awak. Macam yang saya cakapkan sebelum ni. Saya dah mula sayangkan awak. Saya tak sanggup nak kehilangan awak, Yoora. Mungkin ada sebab kenapa kita disatukan sebagai suami isteri. Dan kalau awak nak tahu, sejak saya kahwin dengan awak, banyak benda saya belajar. Saya belajar untuk jadi orang yang lebih sabar. Lebih kuat. Saya cuba ikhlas kan hati saya untuk terima perkahwinan ni. Walaupun saya tahu, bukan senang nak didik perempuan macam awak."
Yoora tak jawab apa. Cuma tunduk sambil bermain main dengan jarinya. Bila melihat Yoora cuma diam dari tadi, Jimin mula mencapai tangan isterinya lalu dibawa rapat ke dada. "Awak rasa sesuatu?"
Yoora angkat kepala. Terkejut dengan tindakan lelaki itu. Memang dia rasa sesuatu bila tapak tangannya melekap ke dada lelaki itu. Jantung lelaki itu semakin laju. Sama juga sepertinya sekarang ni.
"Macam nilah saya rasa bila awak dekat dengan saya, Yoora. Awaklah orang pertama yang buat saya rasa macam ni."
"Ji-"
"Shh.." Terdiam Yoora sebentar. Lama mereka berdua bertentang mata sebelum tangan Jimin mengelus lembut pipinya pula. Bibirnya mula tersenyum. Dan seakan akan terbuai dengan sentuhan lembut lelaki itu, Yoora terus pejam mata.
"Saya cuma nak awak tahu yang saya betul-ii ikhlas cintakan awak, Yoora. I really really love you. So bad."
Auch! Boleh terkeluar jantung dia dengar ayat itu. Terkedu Yoora mendengar kata-ii lelaki itu tadi. Dia tahu Jimin ikhlas cintakan dia. Cuma dia je yang masih berkeras hati tak nak terima lelaki itu sebagai suaminya.
"Saya faham apa awak rasa. Tapi tolong bagi saya masa? Saya perlukan masa untuk terima semua ni." Yoora memberanikan diri untuk mendongak. Beranikan diri untuk menatap mata suaminya walaupun jantungnya berdegup kencang. Perlahan lahan dia akan cuba terima lelaki ni dalam hidupnya. Dia dah tak sanggup nak menderita disebabkan perkahwinan ni lagi.
"Berapa lama masa pon awak nak, saya tetap akan tunggu."
"Betul awak sanggup tunggu?"
Jimin angguk. Mana mungkin dia sanggup berpisah dengan Yoora kalau hatinya sudah mula sayangkan gadis itu.
YOU ARE READING
[ Edit ] Mine + Jimin
Fanfiction[ Sedang diedit ] Dia.. Yoora. Seorang gadis liar berumur 19 tahun yang dipaksa berkahwin dengan lelaki bernama Park Jimin. Malangnya selepas kahwin, tak semua yang dia bayangkan menjadi kenyataan. Segala harta kemewahan miliknya ditarik semula ole...