BAB 9

227 14 0
                                    

Hati aku tidak keruan apabila memikirkan tentang hal tadi, bertembung dengan Akim. Kenapa dia tiba-tiba nak 'jilat' aku balik. Mana Linda dia? Bila aku dah dapat lupakan dia lah, dia nak datang balik.

Aku perhatikan tempat duduk di sebelahku, Harris belum tiba lagi. Mana dia pergi? Tadi, aku macam nampak dia tengah beli makanan kat kedai. Takkan tak habis beli lagi? Borong apa je dia tu? Eh, yang aku fikir pasal dia ni kenapa? Jangan Nia jangan! Hasutan semua tu hasutan!

Tiba-tiba aku terasa ada seseorang duduk di sebelahku. Tetapi bukan Harris, kerana bau perfume ni lain dengan bau Harris. Aku menoleh ke kiri. Hampir mahu tercabut jantung aku. Akim.

"Hai Nia." Sapa Akim sambil tersenyum.

"Ya Allah, kau nak apa lagi? Aku rimas lah tengok muka kau!" Kata aku sedikit perlahan. Takut didengari oleh orang lain.

"Akim nak minta maaf kat Nia. Akim tahu Akim salah, tapi sekarang ni Akim betul-betul ikhlas nak minta maaf dengan Nia. Kalau boleh, Akim nak memiliki Nia sekali lagi. Akim nak perbetulkan semua salah faham di antara kita." Panjang lebar Akim berbicara.

"Last aku cakap, aku tak nak dan tak akan pernah kembali dekat kau." Jawabku ringkas. Harris, mana kau ni? Datang lah sekarang, selamat kan aku dari mamat mereng ni.

"Nia.." Akim memegang lengan aku. Terkejut aku dibuatnya!

"Jangan pegang aku lah!" Jerit aku. Kini, semua orang di dalam bas memerhatikan kami berdua.

"Nia, i miss you so much!" Akim memegang lagi lengan aku. Kali ini dia mencengkam lengan aku dengan kuat.

Sakit.

Tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi penumbuk. Apabila aku melihat, Akim sudah terbaring, ditumbuk oleh Harris.

"Bro! Aku dah lama sabar dengan kau ni, sekali lagi aku nampak kau kacau Nia, memang nahas kau aku kerjakan!" Marah Harris. Aku melihat muka Harris merah menahan geram. Dia menggenggam penumbuk.

Akim yang terbaring tadi kini sudah bangkit. Dia tersenyum sinis ke arah Harris. Aku yang melihat hanya terdiam dan kaku.

"Kau ni siapa hah? Aku dah pernah cakap, kau jangan nak berlagak jadi Hero depan Nia lah!" Marah Akim.

"Dan aku pun pernah cakap, Nia ni girlfriend aku! Girlfriend!" Jerit Harris. Pelajar-pelajar lain terkejut mendengar kata-kata Harris. Ada yang sedang bisik-bisik sesama sendiri , ada yang menjeling aku tajam.

Mati lah aku.

Aku perasan, Linda memandang aku dengan pandangan yang sangat tajam. Bila tengok muka dia, nampak macam tengah tahan marah.

"Korang! Stop lah! Aku penat lah selalu kena macam ni. Aku pun nak kehidupan yang tenang tanpa sebarang gangguan!" Marah aku lalu melutut, menangis dengan sepuas-puasnya. Aku tak tahan lagi, aku penat dengan semua ni. Dugaan apa semua ni? Apa salah aku. Aku menekup muka aku dengan kedua belah tangan.

"Nia.." Panggil Harris lembut, cuba untuk memujuk aku. Tetapi tiada hasil. Aku masih lagi melutut. Cikgu mana ni? Bila nak gerak.

"Aku minta maaf Nia kalau aku tambahkan lagi beban kau." Kata Harris dengan sayu. Apa aku nak cakap ni?

"Aku.. aku cuma nak jaga kau." Katanya lagi. Aku terkaku di situ.

"Kau, jangan nak berlagak baik sangat lah Harris! Jangan ingat kau tu keturunan tengku ke apa ke, kau boleh rampas hak milik orang lain!" Tengking Akim sambil tersenyum sinis. Aku pula dah naik menyampah.

"Nia hak milik kau ke? Dah kahwin dengan dia? Hahaha kelakar lah kau ni. Patutlah Nia tak nak kat kau balik, rupanya macam ni perangai kau." Sindir Harris pedas. Yes! Kali ni aku sokong kata-kata Harris.

I Love You Kekasih HatiWhere stories live. Discover now