3 tahun kemudian
Seorang lelaki berpakaian segak keluar daripada airport dan sedang menunggu seseorang.
"You!" Jerit seorang perempuan sambil melambaikan tangannya kepada lelaki itu.
"Dah lama sampai? Sorry, traffic jam." Ujar perempuan itu. Lelaki itu memandang perempuan itu dari atas sampai ke bawah. Pakaian dia, fuh! Seksa habis. Skirt merah paras lutut, dengan kemeja warna putih, kasut tumit tinggi dengan rambut coklat ikal mayang. Lelaki mana tak tergugat woi!
"Harris?" Perempuan itu memetik jari di hadapan Harris. Huh! Terus sedar.
"Eh tak, I baru sampai. You drive sendiri ke Ell?" Tanya Harris kepada perempuan bernama Ell itu.
Ell mengangguk dan tersenyum. "Apa You fikir I ni selalu bergantung dekat Pak Mail driver I tu ke?"
"Tak ada lah, You ni kan manja haha. Sikit-sikit nak merengek." Harris menarik hidung mancung milik Ell itu.
"Sakit lah! You ni, since kat Perth lagi You suka tarik hidung I kan?" Ell mengusap hidungnya, jelas kelihatan merah! Kulit putih melepak katakan.
"I rindu nak tarik hidung You. Yelah, You balik awal dari I kot. Bukan nak balik sama-sama." Ujar Harris lalu menarik bagasinya menuju ke arah kereta Ell.
"Ala. I kan dah minta maaf. Kalau bukan sebab Daddy I suruh I balik awal, memang I takkan balik tau. I tunggu You then balik sama-sama dengan You." Jawab Ell dan memaut lengan Harris.
Harris sudah biasa dengan perangai Ell. Sejak di Australia lagi Ell memang sangat rapat dengan Harris. Pegang tangan, paut lengan, peluk tu semua dah biasa bagi Harris. Kecuali, cium. Harris sangat pantang bila Ell ingin menciumnya, tak kisah lah kat mana-mana, Harris memang tak suka.
"You nak pergi mana-mana? Ataupun terus nak balik rumah?" Tanya Ell lalu menghidupkan enjin kereta Audi miliknya.
"Terus balik rumah lah, I penat." Jawab Harris dan menyandarkan kepalanya di tepi tingkap.
Ell hanya mengangguk, dan membawa kereta dengan kelajuan yang maksimum. Fuh, gugur jantung Harris! Bawa kereta macam nak pergi berlumba.
"You, drive perlahan sikit lah." Tegur Harris, tapi Ell buat tidak tahu saja. Malahan, lebih laju Ell membawa kereta.
Tiba-tiba Ell menekan brek kecemasan.
Buk...!
"Shit! Kereta siapa pula buat hal ni!" Marah Ell dan turun daripada kereta menuju ke arah kereta Honda di hadapannya.
Harris juga turun daripada kereta menuju ke kereta Honda yang dilanggar tadi. Kelihatan Ell sedang memarahi seorang.. perempuan?
"Eh! You tengok lah kereta I tu!" Marah Ell dan menunjuk ke arah keretanya. Bukan teruk pun, cuma remuk dan calar sikit je. Lain lah kereta Honda ni, habis sampai nombor plat pun nak tertanggal. Remuk habis belakang kereta perempuan tu.
"Maaf cik? Memang salah saya sebab berhenti secara tiba-tiba. Tapi, tadi ada kucing tiba-tiba melintas. Takkan saya nak langgar kucing tu?" Jawab perempuan bertudung itu. Jauh beza dengan Ell, seorang nampak ayu, seorang nampak sosial sangat.
Tapi suara tu kenapa macam familiar sangat eh?
"Harris!" Jerit Ell. Perempuan itu juga memandang tepat ke arah Harris, jelas kelihatan riak muka perempuan itu berubah terkejut. Harris juga terkejut.. perempuan itu.. tak mungkin?
Nia.
"Cik, saya nak cepat. This is my card. Please, kalau nak ganti rugi ke apa cik call je saya. Got to go, Assalamualaikum." Kata perempuan itu dan cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta.
YOU ARE READING
I Love You Kekasih Hati
Teen FictionNur Tania Aqilah - Gadis cantik bertudung berusia 17 tahun dan mempunyai teman lelaki bernama Akmal Hakim atau lebih dikenali sebagai Akim. Tetapi kehidupannya menjadi kucar kacir kerana papa Nia memaksa Nia berkahwin dengan anak kawan papanya, dan...