BAB 11

224 11 1
                                    

"Nia? Dah dengar gossip? Aku dengar kan, Harris em gaduh dengan Akim. Lepastu, Harris getback dengan Linda." Kata Huda sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam kelas.

Apa aku dengar ni? Harris getback dengan Linda? Oh, tak kisah lah. Tapi, kenapa hati ni macam sakit sangat? Kenapa rasa macam nak nangis ni. Baru semalam Harris whatsapp aku, baru semalam Harris cakap dia suka aku. Baru semalam Harris caring pasal aku. Kenapa hari ni aku dengar macam ni pula?

"Babe? Are you okay?" Tanya Huda apabila aku berdiam diri sahaja.

"Eh? Kenapa hahaha aku okay lah. Lagipun buat apa aku nak kisah? Aku dengan Harris bukan ada hubungan apa-apa pun. Chill babe!" Aku cuba kelihatan tenang di hadapan Huda. Cuba Nia, cuba.

"Aku tahu perasaan kau. Aku tahu kau suka Harris. Kan, Nia? Jangan tipu perasaan kau sendiri." Kata Amirah tiba-tiba. Eh, bila masa Amirah ada kat sini? Ke aku yang tak perasan?

"Semua ni cinta monyet lah weh. Aku malas lah nak fikir." Kataku lalu mengambil tempat di mejaku.

"Nia.." Panggil mereka berdua serentak.

"Weh, aku letih lagi ni. Baru baik daripada demam. So? Please faham eh?" Kataku sebelum meletakkan kepala di atas meja. Argh! Stress! Semua lelaki sama je suka mainkan perasaan perempuan. Go to the Hell lah.

•••

"Hei kau! Aku rasa kau dah tahu kan hubungan aku dengan Harris? Oh, jadi please eh jangan kacau dia." Serbu Linda tiba-tiba. Ewah, mak cik ni dah kenapa.

"Maaf lah, tengok muka aku ni. Ada muka kisah?" Aku membuat muka toya sambil makan roti dengan selamba. Ah lantak! Aku kebulur sangat ni.

"Eh kau ni kan!" Linda menjerit dan menarik tudung aku. Wow! Melampau ni melampau!

"Eh, kau dah kenapa nak tarik tudung aku? Kau ni, jangan buat masalah boleh tak?! Aku malas lah nak gaduh-gaduh semua ni bagai. Buang masa tahu tak!" Jerit aku sehingga menarik perhatian ramai pelajar. Tak kisah, sekarang had kesabaran aku memang dah hilang.

"Aku cakap, kau buat bodoh je kan? Eh, aku tahu lah kau ni suka Harris kan? Hahaha so sad, Harris tak pilih kau." Sindir Linda lalu menolak aku hingga jatuh. Ish! Minah ni.

"Aku kan dah cakap, aku tak kisah. Kau nak kahwin dengan Harris ke, bawak Harris lari ke aku tak kisah." Kataku lalu cuba untuk bangun sendiri.

Tiba-tiba Huda dan Amirah tiba bersama Harris. Ya, Harris. Aku benci dia!

Harris memandang aku penuh makna. Ah, kau lantak! Aku memang dah benci kau, Tengku Harris Abdullah!

"Linda, kenapa buat kecoh kat sini?!" Marah Harris dan menghampiri aku untuk menolong aku bangun. Tapi aku menjeling tajam ke arahnya dan akhirnya berjaya bangun sendiri tanpa bantuan dia!

"Nia, kau okay?" Tanya Harris prihatin.

"Aku nak bagitahu satu jelah eh kat kau Linda. To be honest, kau nak dengan Akim ke, Harris ke siapa-siapa pun aku tak kisah langsung! Nak mati bersama pun aku tak kisah! Aku langsung tak kisah!" Had kesabaran aku tak boleh dikawal lagi. Huda dan Amirah diam sahaja. Tahu kalau aku dah mengamuk macam ni, susah untuk dikawal.

"Dan kau! Kau tak payah nak tanya aku okay ke tak. Bila kau datang je, semua hancur! Kehidupan aku semua tak kena! Aku paling tak suka orang mainkan perasaan aku. Kau marah Akim sebab dia mainkan perasaan aku, tapi kau? Sama je macam dia! Tak ada beza! Lebih baik, kau risaukan awek baru kau ni! Tak payah nak caring pasal aku dah. Aku boleh jaga diri aku. Lepasni, anggap lah kau tak kenal aku dah! Aku benci kau!" Sambung aku sambil menunding jari ke arah Harris. Kelihatan Harris memandang aku dengan sayu. Ah! Sayu ke apa ke aku dah tak kisah!

I Love You Kekasih HatiWhere stories live. Discover now