-Part 3-

61 4 0
                                    

*Minhee Pov*

Bahaya? Aku tak faham lah apa yang dia cakap tadi.

"Minhee kenapa dengan lelaki tu? Macam pelik lah" Soal Hani. Aku terdiam seketika. Masih keliru dengan keadaan yang baru sahaja berlaku.

"SONG MINHEE" jerit Mino oppa ke arahku. Haishh dia ni buat orang terkejut. Lepas lelaki tadi Mino oppa pulak. Nasib dia abang kesayangan aku.

"Ehh abang saya dah panggil ok lah bye jumpa esok" kataku sambil melambaikan tangan. Hani membalas lambaianku.

"Oppa lama ke tunggu?" Tangan ku mencapai pintu kereta oppa dan masuk ke dalam. Oppa turut masuk ke dalam kereta juga.

"Tak lah oppa baru je sampai" kata Mino oppa sambil menghidupkan enjin.

"Ohh. Em oppa, Minhee nak tanya boleh tak?" Sebenarnya aku ingin bercakap tentang rumah yang kami tinggal sekarang ini.

"Tiba2 je Minhee mintak izin nak tanya ni kenapa? Ada benda yang tak kene ke? Takpe Minhee cerita dekat rumah eh" ujar Mino oppa sambil memandu kereta. Matanya ligat memandang ke hadapan. Bawak kereta takkan nak pandang belakang pulak aduhh author ni tah pape lah xD

--

Setiba di rumah aku meletakkan beg di sofa dahulu. Penat nak pergi atas kene naik tangga lagi. Mino oppa pula sedang menutup pintu dan meletakkan kunci kereta di atas meja.

"Hah Minhee nak tanya apa tadi?" Soal Mino oppa sambil duduk di atas sofa di sebelah beg yang aku letakkan.

"Oppa ada rasa apa2 tak masa duduk sorang2 dekat rumah ni? Masa Minhee pergi sekolah ada dengar bunyi tak?" Tanyaku.

"Takde pulak. Jap apa yang berlaku sebenarnya?" Soal Mino oppa. Bingung? Itulah reaksi wajahnya sekarang. Hahaha kejamnya aku.

"Err takde apelah. Minhee naik atas dulu" aku bangun lalu mengambil begku. Aku tak nak tanya soalan itu lagi. Takut Mino oppa marah je.

Selesai membersihkan diri aku baring di atas katil. Aku mencapai Iphone 6 yang terletak di atas meja lampu berdekatan katilku. Aku membuka laman sosial instagram. 'Takde ape pun yang menarik perhatian aku' bisik hatiku. Tiba2 mulutku menguap. Nampaknya aku mengantuk.

"Rehatkan mata best ni" aku menekan button on/off henfonku dan hanya beberapa saat aku sudah melelapkan mata.

"Omma appa!! Minhee nak ikut boleh?" Tanyaku.

"Minhee, bahaya lah kat sana. Minhee tak boleh ikut" kata Omma sambil mengusap pipiku.

"Tapi omma dengan appa nak pergi mana? Jangan tinggalkan Minhee please" kataku. Air mata hampir mengalir tetapi aku tahan.

"Oppa kan ada. Stay dengan oppa ye sayang. Omma dengan appa ada benda yang nak diselesaikan" ujar ommaku. Aku hanya terdiam seketika.

"Minhee, kami janji bila benda tu dah selesai kami akan datang semula" kata appaku pula. Aku tak percaya. Aku tak boleh biarkan.

"Minhee tak kira Minhee nak ikut omma dengan appa jugak!!!" Jeritku. Air mataku sudah jatuh membasahi pipi.

"Mian Minhee. Kita jumpa lagi" kata omma. Aku memegang tangan ommaku erat tetapi omma melepaskannya dan ada satu cahaya yang menyinariku. Aku memejamkan mata seketika kerana silau. Tiba-tiba bayangan omma dan appa hilang. Aku berlari mencari mereka.

"OMMA!!! APPA!!!" Jeritku. Aku menangis mencari mereka.

TBC

Dalam beberapa part ni, tujuh orang lelaki belum muncul lagi tau. Mungkin part 4 atau part 5. And mian author lambat updated.

Vampire: The BloodWhere stories live. Discover now