*Jungkook pov*
Aku menyorok di sebalik pokok-pokok di tepi sebuah rumah teres 2 tingkat itu. Mata aku melihat sekeliling rumah itu. Nasib kau lah sebab tinggal sini. Dah lah kawan-kawan aku selalu berkeliaran malam-malam kat sini. Senang jugak kerja aku untuk takutkan kau.
Aku nampak seorang lelaki keluar dari rumahnya. Ohh itu abang dia. Dia ada bagitau yang dia tinggal dengan abang dia. Ok abang dia dah masuk dalam kereta. Yes!! Abang dia dah pergi.
Aku beredar dari tempat aku menyorok tadi. Sekarang masa untuk aku tengok dia. Perlahan-lahan aku bukak pintu pagar rumah dia dan aku lihat dia disebalik tingkap. Dia tengah khusyuk dengar lagu lah tu.
'Mulai sekarang aku akan perhatikan kau Song Minhee' kataku perlahan dan beredar dari situ. Aku kene bagitau diaorang lah pasal ni.
*No One Pov*
Minhee melihat jam di telefonnya. Matanya membulat apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 7:45.
"Omo!! Lagi 15 minit sekolah dah nak mula. Haishh macam mana boleh terlepas ni" keluh Minhee. Dia segera mengemas meja makan dan meletakkan pinggan di dalam sinki.
"Nak basuh ke tak? Ahh lepas balik sekolah lah" dia segera menggalas bag sekolah dan mencapai henfonnya lalu dimasukkan ke dalam poket. Tak lupa juga dengan earphone yang bercorak BTS iaitu boys group kegemarannya.
Minhee mengambil kasut sneakers berwarna putih dari rak dan memakainya dengan tergesa-gesa. Dia segera bangun lalu mengunci pintu rumah. Dia baru perasan bahawa pintu pagar rumahnya itu terbuka luas seperti seseorang masuk dan terlupa untuk menguncinya.
"Oppa keluar tak kunci pagar ke tadi? Haih nasib baik pencuri tak masuk" katanya lalu keluar dari kawasan rumahnya dan mengunci pintu pagar tersebut.
Semasa Minhee sedang berjalan,satu van putih berhenti berhampirannya. Pergerakan Minhee terhenti seketika.
'Kenapa ada van pulak ni? Janganlah culik aku. Jebal' kata Minhee di dalam hati.
Pintu van itu dibuka oleh seorang lelaki. Jap! Pakaian dia!! Dia pakai uniform sekolah sama macam Minhee. Lelaki itu keluar dari van tersebut.
"Nak pergi sekolah jugak kan? Jom lah. Kitaorang pun nak pergi sana jugak" kata Namjoon.
"Takpe. Saya jalan kaki je bukan jauh sangat pun" balas Minhee.
"Kau takut dengan kitaorang ke?" Soal namjoon.
"Sekolah dah nak start. Kalau kau jalan kaki mungkin kau akan ditahan dengan pengawas yang gemuk tu" ujar Taehyung pula. Dia memang suka mengutuk pengawas lelaki yang berbadan besar yang menjaga pintu pagar sekolah setiap pagi.
"Hmm yelah saya naik" akhirnya Minhee mengalah juga. Dia menaiki van itu dan duduk di sebelah Jungkook. Minhee berasa janggal kerana di dalam van itu kesemuanya namja.
"Kau kenal kitaorang tak?" Soal Jimin. Minhee mengangukkan kepalanya. Mereka berlapan memang berada di kelas yang sama cuma Minhee sahaja tidak tahu nama mereka. Jin yang membawa van itu melihat Minhee dari cermin pemandu(?).
'Tak sia-sia boleh terserempak dengan kau' desis hatinya sambil matanya melirik ke hadapan.
"Kau tinggal dekat mana?" Soal J-hope pula. Mereka semua tahu yang Minhee tinggal di Bangtan Villa iaitu tempat mereka berkeliaran setiap malam.
"Bangtan Villa" Ujar Minhee. Tanpa Minhee sedari, mereka semua tersenyum seperti mempunyai niat jahat terhadapnya.
"Kalau macam tu kitaorang boleh hantar kau balik" ujar Namjoon pula.
"Tak payah lah sebab oppa saya selalu amik saya setiap hari" kata Minhee. Sebenarnya dia berasa tidak sedap hati dengan ketujuh namja itu. Jungkook pula asyik terdiam tatkala Minhee duduk di sebelahnya.
Akhirnya van itu sudah tiba di depan pintu pagar sekolah. Namjoon membuka pintu terlebih dahulu kerana dia duduk di sebelah pintu van tersebut. Kemudian satu persatu orang keluar dari van kecuali Jin kerana dia hendak memarkirkan van itu.
Minhee mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menumpangkannya pergi ke sekolah. Kemudian dia meminta diri untuk masuk ke kelas.
"Yaa Jungkookie~ Wae?? Diam je daripada tadi. Kau kata nak siasat dia tapi satu soalan pun kau tak tanya dia tadi" soal Namjoon.
"Takde apelah. Eh mana Jin hyung ni lama betul lah. Dah lah matahari dah terbit tak pasal-pasal ke...." belum sempat Jungkook hendak berkata pantas tangan Taehyung menutup mulutnya.
"Shh!! Perlahankan suara tu. Nanti orang lain tahu macam mana!!" Kata Taehyung lalu melepaskan tautan(?) tersebut. Jungkook tersengih seperti tidak membuat salah.
"Mian tadi hyung cari payung dalam van. Kita kan tak boleh kena panas" kata Jin yang baru muncul lalu membuka payung yang berwarna pink miliknya itu.
"Ishh ni lagi sorang. Cakap tu perlahan lah. Korang berdua ni memang nak semua orang tahu pasal kita eh?!?" Marah Namjoon kepada Jungkook dan Jin.
"Yaa hajima!! Korang ni asyik gaduh je jom lah masuk kelas" tegur J-hope lalu pergi dari situ. Yang lain memulakan pergerakan mereka untuk pergi ke kelas juga.
TBC
Author rasa part ni lah part paling panjang yang author buat huehuehue. Oklah byeeeee~
YOU ARE READING
Vampire: The Blood
RandomSong Minhee seorang gadis yang berusia 17 tahun. Dia baru sahaja berpindah di Bangtan Villa dan bersekolah di Chankuk High School. Dia hanya tinggal bersama dengan abangnya iaitu Song Minho. Siapa sangka yang dia bersekolah bersama tujuh orang lelak...