MEREKA tiba di Bandar Awara tepat jam 2.00 petang. Kesemua mereka turun dari kereta masing-masing dan merasai sendiri suasana di bandar itu. Angin sepoi-sepoi bahasa rakus menampar pipi mereka. Masing-masing terasa keseramannya. Bandar Awara cukup sunyi dan sepi sekali.
Hanya mereka sahaja yang berada di tengah-tengah bandar dan di hadapan mereka terbentang pula bangunan usang yang bentuknya memanjang dan membulat. Bangunan itu hanya setingkat sahaja dan kelihatan seolah-olah bernyawa serta sedang beringas memerhatikan kehadiran mereka. Kaki masing-masing bagaikan terpasung melihat bangunan yang tersergam kukuh itu.
Nurhirmawatysedikit terganggu dengan suasana itu. Dia dapat merasakan sesuatu yang tidakenak. Namun dia mendiamkan diri demi tugasan yang diamanahkan kepada mereka.Dia pernah cuba mencari maklumat berkaitan bandar ini di internet tetapi tidakdijumpai. Bandar ini seolah-olah tidak wujud. Gadis ini agak teliti berbandinganggota-anggota yang lain. Dia sanggup bersengkang mata untuk mencari jawapan kepada sesuatu yang menambat hatinya.
"Zid, bangunan ni dulu bangunan apa, ya?" soal Nurhirmawaty inginkan gambaran yang jelas tentang bangunan yang menyeramkan itu. Dia benar-benar berasa tidak selesa.
"Aku tak pasti. Ada yang cakap ia adalah asrama jururawat. Ada juga yang cakap dulu, di sini rumah penjagaan orang-orang tua lelaki. Ada pulak yang cakap, sini makmal pembedahan dan dulunya sebuah hospital," jelas Azidi. Dia sendiri tidak dapat mencari di dalam penyelidikan yang pernah dibuatnya.
"Antara banyak-banyak tu yang mana satu betul?" soal Nurhirmawaty lagi sambil memandang tepat ke wajah Azidi.
"Tak ada jawapan yang pasti. Maaf," ujar Azidi sambil menjungkitkan bahu.
Nurhirmawaty hanya mengangguk lesu. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati. Dia dapat merasakan kunjungan mereka kali ini bukan sebarang kunjungan tetapi akan berlaku sesuatu yang mereka sendiri tidak pernah menduganya.
"Aisy, nak aku settingkan peralatan kita ke? Agak-agak kita akan mulakan tugasan pada malam ni jugak ke?" tanya Sodiqin kepada Aisy Yumni.
Dia tahu bagaimana jejaka itu bekerja. Walaupun penat menyelubungi diri mereka, ia bukan alasan untuk mereka bermalasan. Mereka hanya akan berehat setelah tugasan mereka tamat. Saat itulah tidur merupakan nikmat yang terindah pada diri mereka.
"Shoot. Aku rasa malam ni kita dah boleh mula. Kita akan berehat dulu sebelum kita memulakan tugasan. Kita berehat di sini saja sebab sepanjang perjalanan ke sini tadi aku tak nampak sebarang hotel di bandar ni. Harap-harap di dalam bangunan tu ada bekalan air dan letrik," ujar Aisy Yumni.
Seperti yang dijangka, Aisy Yumni tidak akan menangguhkan tugasan mereka.
tidak serius Sazrin. Manakala Murazean pula terus terdiam dan menjeling geram kepada Sazrin.
Sodiqin memahami sikap bos mereka lalu terus masuk ke dalam kenderaan dan mula memasang peralatannya sebelum beberapa kamera dipasang di dalam bangunan usang itu.
"Zid, siapa yang hantar emel jemput kita ke sini?" soal Nurhirmawaty kembali. Perasaan bimbang menyelinap di hatinya sejak tiba di Bandar Awara ini.
"Kita menerima surat, ingat? Bukannya emel," jelas Azidi membetulkan fakta.
"Maafkan aku. Selalunya kita terima emel. Aku terlupa kali ni kita menerima surat. Siapa penghantarnya?" Nurhirmawaty membetulkan fakta.
"Dato Adiff," ujar Azidi, ringkas sahaja jawapannya.
"Mana Dato Adiff sekarang? Sepatutnya dia mengalu-alukan kedatangan kita sebagaimana kes-kes kita sebelum ni. Sedikit sebanyak kita harus diberi maklumat berkaitan bandar ini dan bangunan misteri ini khususnya. Sunyi sepi aje aku tengok tempat ni, macam hanya kita saja yang berada di sini," bicara Nurhirmawaty kepada Azidi.
![](https://img.wattpad.com/cover/69077263-288-k713542.jpg)
YOU ARE READING
ATUK
رعبMereka bukan pemburu hantu. Jauh sekali penjejak hantu. Mereka adalah penyiasat paranormal yang memenuhi undangan pelanggan untuk menyiasat sesuatu tempat sama ada benar-benar berhantu ataupun tidak. Namun ketika sedang menjalan tugas yang terpikul...