PROLOG

2.1K 99 4
                                    



PROLOG

1980-an

SEORANG wanita tua sedang duduk di atas kerusi rehatnya. Kerusinya itu digoyangkan perlahan-lahan. Matanya memerhatikan anak lelakinya yang sedang giat mengukir sebuah anak patung sebesar manusia.

Secalit warna merah disapukan pada bibir anak patung perempuan itu. Pipinya juga disapukan dengan pewarna merah. Akhir sekali dia meletakkan pembayang mata berwarna merah jambu. Lelaki itu tersenyum setelah menyolek patung perempuan terbabit. Dia menghalakan pandangan pada wanita tua itu Wanita tua itu turut mengulum senyuman sambil menganggukkan-anggukan kepalanya. Bola mata patung itu kelihatan bergerak-gerak. Ada air jernih yang mengalir dari mata patung perempuan itu.

"Cantik tak ibu?"

"Cantik. Sangat cantik." Wanita tua itu bersuara memuji.

"Ini bakal menantu ibu yang baru." Lelaki itu tersengih mempamerkan barisan giginya yang kekuningan dan berkarat.

"Ibu suka. Pandai anak ibu memilih calon menantu untuk ibu." Wanita tua itu mengangguk-anggukkan kepalanya.

Dia bingkas bangun dari kerusi rehatnya, Bibirnya mengulum senyuman memandang patung perempuan itu. Dia usap-usap wajah patung perempuan itu. Hatinya cukup berpuas hati dengan hasil seni anak lelakinya itu. Tidak sia-sia dia menurunkan kepada ilmu yang diwarisi secara turun-menurunnya.

Matanya melirik pada ukiran patung-patung yang masih tidak sempurna hasil tukangannya itu. Seorang gadis yang terikat pada sebuah kerusi kayu direnung dengan pandangan sinis.

Matanya beralih pada sepasang baju laksana puteri zaman dahulukala.

"Pakaian itu amat sesuai sekali untuk kamu. Kamu amat bertuah sekali kerana bakal menghiasi kedai pakaian aku." Wanita tua itu ketawa halus.

Dia merenung ke dalam mata gadis itu lalu membaca ayat-ayat yang sukar untuk

difahami. Matanya mula bersinar warna kemerahan seperti biji saga.

Mata gadis itu semakin layu. Seketika kemudian gadis itu sudah tidak sedarkan diri.

Usai membaca ayat-ayat menteranya, wanita tua itu menepuk tangannya sebanyak tiga kali. Ikatan pada tubuh gadis itu terlerai dengan sendiri.

Gadis itu bangkit dan berjalan perlahan-lahan ke arah wanita tua itu. Wanita tua itu memimpin tangan gadis itu menuju ke sebuah bilik di bawah tanah.

36 tahun kemudian...

BUDAK perempuan itu terus memakukan matanya pada rumah agam yag dilarang keras oleh ibu bapanya bermain di kawasan itu. Dua rakan yang beria-ia mengajak dia bermain di tempat tersebut. Halaman luas dan bersih. Bagaikan dijaga sedangkan tiada lagi penghuni di dalam rumah agam tersebut.

Rumah agam yang bercirikan rekaan rumah Inggeris mempunyai 70 jendela dan 24 pintu itu sentiasa menjadi perhatian mereka yang gemar melakukan aktiviti paranormal. Salah sebuah jendela kelihatan terbuka. Dia memanjat salah seorang tubuh rakannya menjenguk ke arah jendela yang terbuka di tingkat bawah rumah itu.Gelap tiada apa-apa yang dilihatnya.

"Ada hantu tak?" soal rakan sebayanya.

Dia menggeleng.

"Takde pun. Gelap!" Dia menjawab.

"Kita masuk nak?" Seorang lagi rakannya memberikan cadangan.

"Tak nak. Kita takutlah. Jomlah balik." Dia merenggek.

"Manader hantu. Kau ni penakutlah!" cebik rakan sebayanya itu. Kedua-dua budak lelaki itu memanjat masuk melalui jendela terbabit. Dia tiada pilihan. Dia takut bersenbdirian di luar. Dia turut memanjat jendela tersebut.

kedua-dua rakannya tadi tidak kelihatan. Mata sukar untuk melihat sekeliling rumah yang gelap itu.

"Arif! Amit!" Dia memanggil kedua-dua nama panggilan rakannya itu. Dia mula gelabah dan bimbang.

"Warghhhh!" Kedua rakannya yang menyorok di balik pintu menyergahnya.

Dia menjerit ketakutan apabila disakat mengejut begitu. Kedua-dua budak lelaki itu ketawa melihatnya yang sudah menangis.

"Budak bandar memang penakut." Rakannya itu mengejek.

Dia menyapu air matanya. Matanya berkalih pada patung perempuan tua yang berada di belakang dua rakannya itu. Jari telunjuknya dihala ke arah patung tersebut. Kedua rakan memusingkan tubuh.

Patung berupa perempuan tua itu mengukir senyuman. Jemari yang runcing dan tirus itu mencengkam kedua-dua bahu budak lelaki itu. Kedua-duanya di tarik masuk. Pintu bilik itu tertutup rapat. Budak perempuan itu hanya kaget melihat situasi tersebut.

Pintu bilik itu terbuka semula. Seorang wanita tua berambut putih merapatinya. Wanita tua itu merenungnya garang. Dia tidak mampu mengerakkan tubuhnya. Jemari perempuan itu mula melekap pada pipinya. Bibirnya mengukir senyuman yang menakutkan.

Aaaaaaa!

Dua hari kemudian, tiga gambar kanak-kanak tersebar di kawasan tersebut. Tiga kanak-kanak berusia 11 tahun hilang tanpa dikesan.

Bersambung...

MANNEQUINWhere stories live. Discover now