BAB 6

933 56 1
                                    

Bila malam menjelma Muiz kembali semula ke bilik stor untuk mengambil barangnya yang tertinggal. Apabila dia membuka pintu bilik stor berkenaan, dia mula perasaan sesuatu. Patung pengantin yang cantik itu sudah tiada di dalam bilik stor. Kening Muiz bertaut. Ada yang mengalihkan patung itukah? Atau ada yang mencurinya?

Esh, tak mungkin. Itu hanya sebuah patung. Tapi tidak mustahil juga jika berlaku? Muiz bermonolog sendiri.

"He... he... he" Telinga Muiz menangkap bunyi tawa halus seorang perempuan. Dia menoleh ke belakang. Tiada sesiapa. Muiz menutup semula bilik stor tersebut. Puas digeledah satu banglo itu tetapi patung itu tidak ditemui. Matilah dia dibebel oleh Melissa esok. Apabila dia memusingkan tubuhnya, Muiz mengurut dada melihat patung itu sudah berada di belakangnya.

Siapa pula yang meletakkan patung itu dibelakangnya itu? Ada yang mahu menakut-nakutkan dia larut malam begini.

"Wei, tak kelakarlah menakutkan aku macam ni!" Laung Muiz. Suasana baglo itu hening. Bulu romanya meremang.

Muiz meletakkan semula patung itu ke dalam stor dan menguncinya. Dia membatalkan niat untuk mencari barangnya yang tertinggal.

Muiz ingin mengaturkan langkah tetapi secara tiba-tiba pintu stor itu terpelangah. Telapak kakinya bagaikan meleat di lantai. Dia tersungkur jatuh apabila pergelangan kakinya ditarik oleh sebatang tangan. Muiz terus ditarik ke dalam bilik stor itu. Jeritan Muiz bergema.

Keesokan harinya, Muiz ditemui mati di banglo itu dalam keadaan yang mengerikan. Matanya seperti terjojol keluar. Kulitnya mengecut seperti rangka seakan darahnya disedut habis. Kematian ngeri Muiz mengejutkan banyak pihak terutamanya pihak media. Namun, cerita itu ditutup dari mata masyarakat setempat. Penggambaran terpaksa dihentikan untuk sementara waktu.

Mata Melissa tidak lari dari melirik ke arah patung yang sudah berdiridi ruang tamu banglo itu. Hatinya berdebar-debar apabila melihat senyuman yang tersungging di hujung bibir patung itu. Maria Elena tidak menipu.

"Mel..." bahunya disentuh dari belakang.

Melissa menjerit kecil. Bingkas dia bangun dari tempat duduknya. Melissa menarik nafas panjang. Sentuhan tangan Maria Elena pada bahunya benar-benar mengejutkan dia.

Maria Elena tersenyum. Dia menghulurkan sebotol air mineral kepada Melissa dan berlalu. Gadis itu sudah melupakan persengketaan yang tercetus antaranya dengan Melissa semalam.

Bella menggelengkan kepala.

"Kau ni kenapa?"

"Aa... aku nampak patung tu senyum pada aku." Melissa menundingkan jari telunjuknya ke arah patung itu.

"Aku tak nampak pun mannequin tu senyum." cemik Bella. Melissa banyak sangat berkhalyal yang bukan-bukan. Kalau ingin dikatakan Melissa artis yang gedik dan mengada-ngada, Melissa bukan sebegitu pula.

"Aku serius Bella. Aku nampak patung tu senyum." Melissa membela dirinya. Dia bukannya berkhayal. Patung itu memang tersenyum.

"Masalah aku tak nampak. Tak nampak! Aku tengok mannequin tu keras saja. Tak nampak apa-apa yang pelik pun. Kau kan suka sangat mannequin tu!" Bella mula meninggikan suaranya. Melissa yang tidak mahu mendengar kata sebelum ini.

Melissa mengigit bibir. Bella seakan memlulangkan paku buah keras pula.

"Ikut sukalah kau jika kau tak nak percaya!" Melissa naik angin. Melissa angkat kakinya. Bella segera membuka langkah mengejar langkah Melissa.

"Mel!" Bella memanggil Melissa tetapi tidak diendahkan oleh Melissa.

Melissa masuk ke dalam perut kereta kemudian memecut keretanya dengan laju. Bella hanya mampu melihat kereta milik Melissa hilang dari pandangan matanya. Marah benar Melissa padanya. Ah, Melissa pun tidak memikirkan perasaan orang lain.

"MELISSA..." Suara itu memanggil namanya. Melissa terjaga dari tidurnya. Melissa tidak tidur lena dengan gangguan misteri yang dialaminya itu. Jendela di bilik tidurnya itu terbuka. Hembusan angin menyapa wajah Melissa. Melissa turun dari katilnya menghampiri jendela.

Matanya terpaku pada susuk kelibat seorang perempuan di halaman banglo dua tingkat itu. Apabila perempuan itu memalingkan tubuhnya Melissa tersentak. Lantas tirai jendela bilik tidurnya itu segera ditutup. Jantungnya berombak kencang.

Melissa meloncat naik semula ke atas katil. Dia menarik selimut hingga menutup seluruh tubuhnya. Bella masi pulang. Entah ke mana gadis itu keluar. Mereka tidak bertegur sapa sejak kes bertegang urat siang tadi. Melissa merasakan diriya itu bukan dirinya lagi. Dia menyakiti orang sekelilingnya hanya kerana terpukau dengan sebuah patung.

"Melissa..."

Melissa menekup kedua belah telinganya. Jendela bilik tidur itu terbuka semula. Melissa terasa selimutnya ditarik. Melissa memenjam matanya rapat. Suaranya seakan tersekat.

"He... he... he..." suara hilai tawa sayup-sayup itu menegakkan bulu roma Melissa. Melissa membuka matanya. Selimutnya sudah berada di paras lututnya. Dia memberanikan diri untuk memandang ke arah hujung katil. Tiada kelibat yang dilihat.

Melissa ingin turun dari katil dan belari keluar dari bilik tetapi tubuhnya ditarik keras. Melissa terbaring semula di atas katil. Kedua belah belah kaki dan tangannya bagaikan diikat. Melissa tidak mampumampu bergerak.

Melissa terasa ada rambut menyentuh pada wajahnya dari atas. Melissa mendongakkan kepalanya. Ada lembaga yang melekat pada syiling. Matanya terbelalak melihat patung perempuan berpakaian pengantin putih itu menyeringai ke arahnya.

Aargghhhhhh!!!!

Melissa menjerit nyaring.

Bersambung...

MANNEQUINWhere stories live. Discover now