BAB 7

932 60 2
                                    


BELLA menggeliat kecil. Dia mengantuk hingga tertidur di atas sofa tamu. Komputer riba di meja langsung tidak matikan. Bella memicit pangkal lehernya. Suasana banglo dua tingkat milik Melissa itu hening. Kebiasaannya Melissa sudah riuh menyediakan sarapan pagi. Bella mengerling jam di dinding. Jarum pendek hampir menunjukkan 10.00 pagi.

Bella malas-malas menapak ke bilik air di bawah. Dia mengapai ubat dan berus gigi. Matanya masih layu. Bella menguap lagi. Bella memulas kepala paip menadah air lalu disimbahkan lagi ke mukanya.

"Mel masih belum bangun dari tidurkah?" hati Bella berbisik sendiri. Barangkali Melissa masih merajuk dan tidak mahu bercakap dengannya. Sengaja dia pulang lewat melepak di rumah rakan-rakannya sampai ke pagi.

Bella mengikat rambutnya dengan tocang satu. Dengan langkah malas, Bella memijak anak tangga satu-persatu menuju ke bilik tidur Melissa. Pintu bilik tidur Melissa diketuk perlahan. Bella tidak mahu memanjang pertelingkahankan kecil yang boleh diselesaikan dengan baik.

"Mel..." Bella memanggil Melissa.

Tiada jawapan. Dahi Bella berkerut. Melissa bukan jenis manusia yang suka bangun lewat. Masakan Melissa sudah keluar berjogging dan masih belum pulang. Dia faham sangat jadual rutin gadis itu.

"Mel!" Kali ini Bella menguatkan suaranya.

Tiada jawapan. Bella memulas tombol pintu bilik Melissa. Tidak berkunci. Pintu bilik ditolak perlahan. Jendela bilik tidur Melissa terpelangah. Langsir menari-nari ditiup angin. Hari ini cuaca di langit mendung diliputi awan tebal hingga tidak kelihatan matahari. Melissa kelihatan tidur berkelubung di dalam selimut.

Bella menghela nafas. Melissa masih belum bangun lagi. Dia merapati katil Melissa. Bella menyentap selimut dari tubuh Melissa. Wajah Bella bertukar menjadi pucat.

Melissa yang disangka sedang tidur bukanlah Melissa tetapi patung perempuan di lokasi banglo mereka melakukan penggambaran. Patung itu berlumuran dengan darah.

"Aaaa!"

Bella menjerit akibat terkejut hingga terduduk di lantai. Tubuhnya menggeletar. Di mana Melissa? Bagaimana patung tersebut berada di dalam bilik tidur Melissa? Semuanya menjadi tanda tanya? Bella berlari keluar mendapatkan bantuan. Sekelip mata banglo dua tingkat dikerumuni orang ramai dan pihak polis.

Apabila anggota polis masuk ke bilik tidur Melissa, patung perempuan itu tidak lagi kelihatan terbaring di katil. Yang ada hanya darah yang membasahi tilam tersebut. Segala dokumen penting Melissa berada dibiliknya. Pakaiannya juga.

DIA bingkas bangun dari katil bujang itu sebaik menerima satu pesanan ringkas dalam telefon bimbitnya. Kenalan yang di kenali diluar sana memaklumkan tentang telegram kecemasan untuk dia. Dia ketap bibir. Bil telefonnya akan melambung jika dia membuat panggilan luar dari Malaysia. Tiada sesiapa yang tahu dia sudah tiba di tanahairnya itu lima hari yang lalu. Dia keberatan memaklumkan kepulangannya itu walau dengan orang yang dikenalinya rapat.

Dia menyewa bilik untuk sementara waktu. Hal kecemasan begini tidak perlu memikirkan tentang caj telefon yang bakal dikenalkan. Adam Raiqal terus saja menekan simbol ganggang telefon berwarna putih dan hijau itu pada skrin.

Dia duduk di birai katil sambal berbicara serius. Dia mematikan panggilan sebaik perbualan tamat. Jari-jemari kasarnya saling bertaut diletakkan pada bawah dagu. Tanpa berlengah dia menarik kemeja lalu disarung pada tubuh yang terdedah. Segalanya pakaian disumbat ke dalam bagasi. Dia harus pulang kali ini. Pulang semula ke tempat dia dibesarkan.

ADAM Raiqal bercekak pinggang berdiri di hadapan pintu pagar vila berkonsepkan rumah tumpangan itu. Tiga tahun dia berada di perantauan orang, dia kembali semula ke vila peninggalan arwah orang tuanya ini. Adam Raiqal pulang setelah dimaklumkan tentang telegram kehilangan Melissa yang merupakan kakak tirinya.

Melissa tidak mempunyai pertalian darah dengannya namun Melissa sudah dianggap seperti saudara sendiri. Kehilangan Melissa dikatakan misteri. Melissa hilang di banglo miliknya. Pihak polis masih melakukan siasatan. Tiada bukti yang boleh mengaitkan sebarang status kehilangan gadis itu. Hidup atau mati? Jawapan masih denga tanda soal. Itu yang diberitahu oleh Mak Wan ketika dia menghubungi wanita itu. Mak Wan adalah pembantu rumah yang bekerja dengan arwah orang tuanya selama ini.

Jari telunjuknya menyentuh susi loceng yang tersedia di luar pagar bercorak ukiran flora itu. Seorang wanita tergesa-gesa menuju ke pintu pagar. Pintu pagar itu ditolak. Adam Raiqal melangkah masuk menarik bagasinya. Senyuman nipis jelas terpamer di bibirnya melihat Mak Wan menyambutnya.

"Assalamualaikum..." ucapnya.

"Waalaikumusalam Adam..." Mak Wan tidak berkelip memandang wajah lelaki itu yang sudah lebar ditumbuhi dengan rambut-rambut serata bawah bibir dan atas bibirnya. Penampilan kemasnya nampak selekeh di mata Mak Wan. Hampir sahaja dia tidak mengenali wajah itu lagi melainkan senyumannya.

"Maaf, sebab kejutkan Mak Wan malam-malam buta begini." Sikap santun Adam Raiqal masih tidak berubah.

"Mak Wan memang tunggu Adam. Terkejut Mak Wan bila Adam maklumkan Adam sudah berada di depan pagar." Dia tidak berniat mahu menggesa Adam Raiqal pulang dalam keaadan mengejut. Selama ini hanya dia seorang yang tahu di mana lelaki itu berada. Adam Raiqal mahu dia menyimpan rahsia dari pengetahuan orang lain termasuklah Melissa.

Adam Raiqal melukis senyuman di bibir. Mak Wan sentiasa mengambil berat perihal dia dan kakak tirinya, Melissa. Mak Wan sudah dianggap bagaikan saudara kandung sendiri.

"Alhamdulillah... saya sampai dengan selamat 5 hari yang lalu."

Kata-kata Adam Raiqal mengejutkan Mak Wan.

"Kenapa tak maklum pada Mak Wan yang Adam dah balik? Masuk-masuk. Kita sembang di dalam." Mak Wan sudah membantu menarik bagasi milik Adam Raiqal. Adam Raiqal menegah. Mak Wan sudah berusia. Tidak wajar membawa bagasinya yang berat ini.

Pintu pagar itu ditutup rapat semula.

"Abang Adam!" Seorang remaja belasan tahun menyapa ramah di muka pintu.

Adam Raiqal cuba mengencam wajah remaja belasan tahun itu. Dia mengoyang-goyang jari telunjuknya ke arah pemuda itu.

"Ziyad."

Pemuda itu mengangguk laju. Ceria riak mukanya kerana lelaki itu masih mengingati.

Mereka saling berpelukan. Ziyad adalah cucu kepada Mak Wan. Satu-satunya cucu tunggal Mak Wan yang turut tinggal di vila ini. Ziyad yatim piatu. Hanya Mak Wan ahli keluarga tunggal yang tinggal.

Mak Wan menghidangkan minuman panas. Tekak Adam Raiqal pasti dahaga. Mak Wan mahu menyediakan makan malam buat Adam Raiqal, lelaki itu menolaknya. Perutnya masih kenyang.

Tidak banyak perkara yang dibualkan malam itu. Topik perbualan mereka hanya tertumpu pada kehilangan Melissa. Adam Raiqal juga masih dalam keletihan. Dia menguap kecil. Tidurnya tidak lena setelah menerima berita kehilangan Melissa. Melissa ghaib tanpa jejak.

Mak Wan membawa Adam Raiqal ke bilik tidurnya. Bekeriut ensel pintu bilik itu. Bilik itu sudah lama ditinggalkan. Ruang biliknya itu tampak kemas.

"Bilik Adam masih terurus seperti dulu. Mak Wan tak sentuh apa-apa. Mak Wan hanya sapu-sapu habuk dan sawangnya. Spiderman kalau sudah buat kerja faham-fahamlah Adam." Mak Wan berseloroh di akhir ayat.

"Terima kasih, Mak Wan."

Mak Wan berlalu. Adam Raiqal memulas tombol pintu bilik itu. Benar kata Mak Wan. Biliknya masih sama seperti yang ditinggalkan tiga tahun lalu. Adam Raiqal terus merebahkan tubuhnya di atas tilam. Empuk. Enak tidur di katil sendiri. Sekejap saja rasa mengantuknya itu hadir. Matanya terpejam rapat. Dia lena tanpa berganti pakaian.

Bersambung...

MANNEQUINWhere stories live. Discover now