BAB 2

1.2K 74 3
                                    


"Kau sudah gila!"

"Gila apanya. Mannequin ni boleh digunakan pakai untuk filem tu nanti." Melissa pandang wajah Bella lama.

"Kau angkat mannequin tu sorang-sorang jika kau nak bawa balik." Bella mendengus. Dia seriau melihat patung tersebut. Sudahlah seperti orang hidup. Kalau patung itu boleh bercakap memang dia pengsan di situ juga. Tambah pula patung itu hasil dari wanita bernama Zaitun itu. Mana tahu patung itu berpenunggu?

"Come on beb, aku rasa Encik Kabir pun terpikat tengok mannequin tersebut. Tidak perlu mereka mencari patung untuk disolekkan."

"Aku nak tanya kau, beb? Kita ke sini untuk apa?"

"Aku tahulah tujuan aku ke sini?"

"Mel... jangan ambil sesuatu yang kita sudah tahu pemiliknya siapa. Aku tak rasalah mannequin ni hanya patung biasa?"

Aku tahu. Mannequin ni luar biasa bukan? Tapi aku tak rasa mannequin ni berpuaka macam rumah ni."

Bella menghela nafas kecil. Dia malas ingin bertekak dengan Melissa.

"Melissa..." Sayu-sayup prempuan memanggil namanya. Melissa menarik lengan kemeja kotak-kotak Bella. Bella mengerut dahi.

"Kau dengar tak?"

"Dengar apa?"

Aku dengar macam ada suara orang panggil nama aku,"

Bella cuba memasang telinga.

"Takde pun."

Tiba-tiba sahaja jendela di bilik itu terpelangah. Angin menderu masuk menyapa Melissa dan Bella. Almari antik ala inggeris itu terbuka tanpa di sedari oleh Melissa dan Bella. Sepasang mata menerpa ke arah Melissa. Seketika. Kemudian mata itu terpenjam rapat. Pintu almari tertutup semula. Sekilas Melissa menoleh ke arah almari tersebut. Tiada yang mencuriga.

Bella segera menolak tubuh Melissa agar keluar dari bilik tersebut. Rasa kurang enak mereka berlama-lama di rumah agam itu. Apabila mereka berada di luar rumah itu, kelibat seorang perempuan tua kelihatan di salah satu jendela berdekatan. Perempuan tua itu menyeringai ke arah Melissa.

"Kamu buat apa di sini?" Seorang lelaki tua menegur garang dari belakang. Lelaki itu memikul cangkul di bahunya.

"Kami buat research sikit pasal cerita seram di rumah ni."

"Kamu pelakon yang datang nak buat penggambaran di rumah ni kan?"

Melissa angguk.

"Baik kamu batalkan saja buat penggambaran kat sini. Dia mungkin sedang memerhatikan kamu. Jangan sampai jadi mangsa." Lelaki tua itu memberikan peringatan dan berlalu.

Di dalam kereta becuk mulut Melissa berbicara tentang perasaan seram yang dirasainya. Bella lebih banyak mengangguk dari membalas bicara.

BELLA tidak mampu menghalang nekad Melissa yang mahu penggambaran filem itu di lokasi rumah agam tersebut. Puas ditegah tetapi Melissa berdegil. Melissa menghubungi pengarah filem seram tersebut. Nyata permintaannya dipersetujui. Dia mengerling Bella dengan senyuman yang tersungging di bibir.

Niatnya menerima kecaman dari salah seorang penduduk di kampung tersebut. Lelaki tua yang pernah menegur mereka sebelum ini. Larangan berbaur ugutan itu tidak diendahkan oleh Melissa. Baginya cerita tentang Zaitun itu hanya rekaan untuk menakutkan orang sekeliling. Zaitun hanya wanita jelita yang memiliki keistimewaan yang tiada tolok bandingnya dalam kesenian membuat patung.

Melissa memeriksa kamera videonya. Bimbang jika situasi di dalam rumah tersebut tidak dirakam. Bibirnya mengukir senyuman melihat potret yang dirakam. Agak lama dia merenung potret tersebut. Dia mencampakkan kamera videonya di atas tilam apabila gambar perempuan itu bertukar wajah yang menyeramkan. Berombak kencang jantungnya melihat rupa perempuan itu.

Melissa mencapai semula kamera videonya lalu segera ditutup dan di simpan kdalam beg galasnya. Dia merebahkan tubuhnya di atas lalu menarik selimut hingga ke paras muka. Melissa penjamkan matanya rapat. Jam di dindingn terus berdetik.

Tidurnya menggelisah. Sekejap tubuhnya dialihkan ke kiri. Sekejap tubuhnya dialihkan ke kanan. Apabila dia membuka mata, jelmaan wanita tua berupa patung itu sedang berbaring di sisinya. Patung itu mengukir senyuman ke arahnya.

Aaarghhhh! Melissa menjerit. Melissa bingkas bangun. Lampu tidurnya dinyalakan semula. Jelmaan wanita tua berupa patung itu sudah tiada. Dengupan jantung Melissa semakin kencang. Dia menggosok-gosokkan matanya.

"Melissa..." suara yang memanggil namanya itu mengejutkan Melissa.

Krekkk! Pintu bilik tidurnya terbuka dengan sendiri. Melissa turun dari katil. Dia mula melangkah keluar mencari-cari suara yang memanggil namanya itu. Hairan? Dari mana datangnya suara itu?

"Melissa..." suara sayup-sayup itu memanggil lagi namanya.

Melissa bagaikan terpukau. Kakinya mula menuruni anak tangga satu-persatu. Sebaik kakinya mencecah anak terakhir, mata Melissa terpaku pada kelibat manusia yang sedang duduk di sofa ruang tamu rumah tumpangan dua tingkat itu. Bulu tengkuknya merinding.

Melissa mula mendekati walaupun berperasaan ragu-ragu.

"Bella... kau tak tidur lagi?" Melissa memanggil lembut.

Tangannya menyentuh bahu perempuan yang menghadap ke arah peti televisyen itu. Bahu yang dipegang tidak terasa tulang dan daging. Melissa menelan liur.

"Bella..."

Rambut yang berwarna hitam itu bertukar putih. Kepala perempuan itu mula berpusing hingga ke belakang. Mata bulat Melissa terbelalak melihat rupa perempuan tua yang seperti patung itu berlumuran darah. Serentak itu Melissa menjerit lantang.

Bunyi derapan kaki memijak anak tangga mula kedengaran. Lampu di ruang tamu rumah tumpangan itu mula terang-benderang.

"Kenapa dengan kau ni?" Bella bertanya sebaik menghampiri Melissa. Wajah Melissa nampak pucat sekali.

Melissa memandang wajah Bella. Tubuh Bella terus dirangkul erat.

"Aaa... aku nam... nampak patung haa... hantu..." balas Melissa menggeletar. Jari telunjuknya menghala ke arah sofa. Matanya dipenjamkan. Bella mengusap-usap belakang Melissa. Cuba menenangkan gadis itu.

Dahi Bella berkerut. Dia tidak nampak apa-apa di sofa itu.

"Kau jangan mengarutlah." Melissa buat cerita yang menakutkan pula malam-malam begini.

"Aaa...aku tak mengarutlah." Matanya tidak menipu.

"Dah-dah. Kau berkhalyal saja tu. Aku tahu kau penat sangat. Ke hulur ke hilir buat research pasal rumah agam puaka tu sebab nak dapat feel untuk filem seram kau tu lagi." Bella memeluk bahu Melissa. Dia tahu Melissa kelelahan dalam penggambaran filem seram terbaharunya. Melissa tidak cukup rehat. Tambahan pula ini kali pertama Melissa terlibat dengan filem seram.

Melissa melepaskan keluhan berat. Otaknya masih tidak dapat melupakan wajah perempuan tua seperti patung itu. Mungkin benar kata Bella dia tidak cukup rehat dan terbawa-bawa situasi dengan skrip yang dihafal.

Bersambung....

MANNEQUINWhere stories live. Discover now