Three

263 24 2
                                    

"Aku ada kat mana ni?" Tiada apa-apa disekeliling Taehyung kecuali bunga-bungaan yang mekar mewangi. Cahaya mentari terik menyilau wajah Taehyung. Langit pula sungguh biru sekali dan udara pagi itu sangat nyaman. Taehyung terasa tenang sekali. Dia berada di sebuah taman bunga. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah lagi pergi ke tempat seperti itu. Taehyung berjalan-jalan seketika. Tiba-tiba dia ternampak lapan orang gadis duduk elok di atas bangku di taman berdekatan. Mereka semua berpakaian putih dan tidak bergerak langsung. "Diorang ni manusia ke patung? Kenapa tak bergerak-gerak dari tadi?" Taehyung hairan. Dia menghampiri lapan gadis tersebut dan tiba-tiba, tangan Taehyung digenggam oleh salah seorang daripada lapan gadis itu. Jantung Taehyung bagaikan hampir tercabut. Dia amat terkejut. Dia menyangka gadis-gadis itu adalah patung yang tak bernyawa. "Jom" kata gadis tinggi lampai itu. Dia mengenggam erat tangan Taehyung dan ingin membawanya ke suatu tempat. Taehyung mengikut sahaja gadis itu. "Dia nak bawak aku pergi mana ni?" bisik hati kecil Taehyung.

Mereka tiba di sebuah rumah besar yang usang. Gadis itu membawa Taehyung masuk ke dalam. Gadis itu tidak berkata apa-apa sejak tadi. Segala perabot di dalam rumah itu dilitupi dengan kain putih yang besar . Persekitaran rumah itu yang berhabuk tebal membuatkan Taehyung rasa kurang selesa. Gadis itu kemudiannya membawa Taehyung ke bilik di tingkat atas. Gadis itu menunjukkan sebuah almari kepada Taehyung. Dia ingin Taehyung membuka almari tersebut. "Macam pernah tengok je almari ni" hati kecil Taehyung berbicara. Taehyung terus membuka almari tersebut. Dia kemudiannya ternampak papan besar di dalam almari tersebut. Taehyung mengalihkan papan itu dan dia terkejut. "Ma....mayat?!" mayat-mayat jatuh bergelimpangan sebaik sahaja Taehyung mengalihkan papan besar itu. Tiba-tiba dia dapat rasakan aura seram. Dia terhidu pelbagai bau seperti bau bangkai, darah dan mayat. Bahunya disentuh tiba-tiba. Taehyung toleh ke belakang dan terperanjat apabila wajah gadis tadi berubah sepenuhnya. Wajahnya berulat dan penuh dengan kesan luka. Taehyung yang panik terpandang mayat-mayat tadi. 

TaeJeong: Lovely Doll? [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now