Seven

204 15 0
                                    

Dia terus mencari maklumat lain mengenai Lovelyz di bawah hashtag yang sama. Pukul 11.30 pm. Taehyung masih leka dengan telefon bimbitnya. Tiba-tiba, almarinya terbuka perlahan-lahan. Taehyung bangun untuk menutup almari yang terbuka itu. Tiba-tiba dia dapatkan rasakan aura yang pelik sebaik sahaja terpandang papan besar itu. Dia terasa bagaikan ada sesuatu yang menyeru namanya. Taehyung kemudiannya memegang tombol pintu pada papan itu dan membukanya perlahan-lahan. Memang benar terdapat ruang rahsia di dalam almari tersebut. Taehyung mencapai lampu suluh dan menyuluh ke dalam ruang rahsia itu. Dia terperanjat. "O.... orang ke tu?" Taehyung ternampak jasad manusia di dalam almari tersebut. Dia memberanikan diri memegang objek tersebut. "Patung rupanya" Taehyung berasa lega sedikit. Segera dia mengeluarkan patung tersebut dan meletakkannya di depan almari. "Ni patung ke perempuan betul? Asal nampak lain macam je?" Taehyung bingung. Taehyung cuba menyentuh patung tersebut sekali lagi. "Tangan, kaki keras macam patung" kata Taehyung. Kali ini Taehyung cuba menyentuh dada patung tersebut.

Dia menarik lengannya sepantas kilat sebaik sahaja menyentuh dada patung tersebut. "Apahal lembut semacam je ni, macam real punya je ni" bisik hati kecil Taehyung. Dia kemudiannya meramas-ramas muka patung tersebut. "Muka pun lembut, macam muka manusia betul" Taehyung makin hairan. Taehyung memandang bahagian bawah patung itu pula. "Tak boleh2. Aku tak boleh pegang situ. Kang lain pulak jadinya. Nafsu aku kat manusia, bukannya patung" Taehyung cuba mengawal dirinya. Kemudiannya, dia meletakkan patung tersebut disisi almari dan menutupinya dengan kain supaya tiada siapa pun tahu. Taehyung terus tidur. Pukul 3 am. Taehyung mengalami satu lagi mimpi ngeri. Di dalam mimpinya itu, dia keluar dengan seorang gadis cantik tetapi orang di sekelilingnya melihat dia keluar dengan sebuah patung. Di penghujung mimpi tersebut, Taehyung dimasukkan ke wad gila dan gadis itu pula dibakar hidup-hidup. Taehyung terus jaga dari tidur. Dia memandang ke arah patung tersebut. 

TaeJeong: Lovely Doll? [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now