Fourteen

180 15 0
                                    

   Hari berganti hari, hubungan Taehyung dan Sujeong semakin akrab. Cinta Sujeong pula semakin hari semakin dalam terhadap Taehyung. Pada suatu petang yang agak mendung, Yerin pergi ke rumah Taehyung. "Abang Baekhyun, Taehyung ada tak?" soal Yerin. Dia membawa hadiah untuk Taehyung. "Ni Yerin kan? Masuklah, Taehyung ada kat dalam bilik. Dia sakit kepala so dia terbaring je atas katil. Jangan risau abang benarkan kamu masuk bilik dia" jelas Baekhyun. Yerin terus berjalan ke bilik Taehyung. Sebenarnya dia takut akan Baekhyun yang dianggap garang baginya. Sebelum Yerin melangkah masuk, dia mengendap Taehyung untuk pastikan dia terjaga atau sudah tidur. "Taehyung sembang dengan siapa tu?" Yerin hairan. Dia mengendap sekali lagi. Dia ternampak sebuah patung. "Patung? Taehyung sembang dengan patung?" Yerin bingung. Dia mengetuk pintu bilik Taehyung. "Siapa tu?" jerit Taehyung. "Yerin" sahut Yerin. "Kejap2" kata Taehyung. Dia agak kelam-kabut ketika itu. "Hai Yerin" sapa Taehyung. "Hai Taehyung! Awak dah okay ke?" soal Yerin.

"Dah okay sikit lepas makan ubat tadi. Abang Baekhyun mana? Kenapa awak datang sini?" soal Taehyung pula. "Syukurlah awak dah okay. Dia ada kat ruang tamu ha. Jangan risau, dia benarkan saya untuk jumpa awak. Sebenarnya saya nak bagi hadiah" terang Yerin. "Hadiah? Tapi hari ni bukan hari jadi saya. Hari jadi saya lagi dua bulan la" kata Taehyung. "Apa salahnya kalau saya bagi awalkan? Nahh hadiah awakkk" Yerin menghulurkan kotak hadiah kepada Taehyung. Taehyung membukanya dengan pantas. "Wahhh red hoodie! Macam mana awak tahu yang saya suka pakai hoodie ni?" Taehyung teruja. "Saya perasan yang awak selalu keluar malam pakai hoodie je, sebabtu saya belikan hoodie ni" jelas Yerin. "Thanks Yerin. I really really like it" ucap Taehyung. Dia segera memakai hoodie tersebut. "Ada nampak macam V BTS tak?" soal Taehyung sambil ketawa. "Adalah sikit tapi awak lagi handsome" puji Yerin. Sujeong hanya memerhati kemesraan Taehyung dan Yerin dari dalam almari. Hatinya mula sakit. Yerin pula terpandang almari yang pintunya tidak ditutup dengan rapat.

Yerin terus merenung ke dalam almari tersebut dan terkejut setelah ternampak sepasang mata sedang memerhatikannya. Berderau darah Yerin ketika itu. Yerin terus berbual dengan Taehyung. "Taehyung, awak sembang dengan siapa tadi? Bukan niat saya nak menyibuk hal awak tapi saya terdengar awak sembang dengan seseorang sebelum saya masuk tadi" soal Yerin hairan. "Ohhh saya sembang dengan kawan saya guna handphone tadi" Taehyung terpaksa berbohong. "Ohhhhh" Yerin pura-pura tak tahu. Dia sebenarnya tahu Taehyung sedang membohonginya kerana dia sendiri nampak Taehyung berbual dengan patung tadi. "Awak tunggu sini. Saya nak ke tandas jap" Taehyung bergegas ke tandas meninggalkan Yerin sebentar. Entah kenapa, Yerin tidak senang duduk. Dia mula rasa gelisah ditinggalkan bersendirian. Tiba-tiba, pintu almari tadi terbuka perlahan-lahan. Yerin terkejut, tapi tetap memandang almari tersebut. Yerin ternampak patung yang berketinggian lebih kurang sama dengannya. Kepala patung itu yang mulalanya tertunduk, mendongak perlahan-perlahan seolah-olah patung itu hidup. Patung itu memandang tepat ke arah Yerin.

Tiba-tiba, patung tersebut melemparkan senyuman manis lagi pelik kepada Yerin. Guruh berdentum dengan kuat dan Yerin menjerit ketakutan. "Kenapa ni Yerin?" soal Taehyung panik sebaik sahaja keluar dari tandas. "Tu.....! Tu...!" jari telunjuk Yerin menunjukkan ke arah almari tersebut. Taehyung memandang almari itu dan hairan. "Kenapa dengan almari tu? Elok je pintunya tertutup" kata Taehyung. Yerin tergamam. Dia yakin terlihat sebuah patung bergerak dan tersenyum ke arahnya. Malam itu. "Kalau awak bercakap dengan budak perempuan tu lagi, saya tak nak kawan dengan awak dah!" Sujeong merajuk. "Ye la ye la saya faham tapi tolonglah jangan takutkan dia lagi. Kesian dia tau" Taehyung tahu yang Sujeong telah menakut-nakutkan Yerin petang tadi. Sujeong hanya mendiamkan diri. "BTW esok saya balik lambat tau. Saya ada fashion show yang saya kena hadirkan diri. Jangan tunggu saya" jelas Taehyung. "Ye la" balas Sujeong ringkas. Taehyung tahu Sujeong masih merajuk. Dia terus memeluk belakang Sujeong yang kebetulan berdiri ketika itu. "Maafkan saya okay?" lafaz Taehyung.  

TaeJeong: Lovely Doll? [Malay Fanfic]Where stories live. Discover now