OH ITS ME..

1.3K 49 3
                                    

Ini aku KyungSoo, Aku tinggal dalam sebuah rumah dimana rumah tu sentiasa penuh dengan hilaian tawa. Aku tak kata bunyi tu bunyi hantu...

Suatu malam, aku balik kerja dalam pukul 1 pagi. Macam biasa, Aku akan dengar ada orang sedang menangis, kerusi digoyangkan. Tingkap tiba tiba terbuka dengan sendiri. Entah malam tu aku rasa takut sangat. Aku pun pergi ke bilik air untuk mandi. Tapi pintu berkunci, aku pulas sekuat hati. Masih lagi tak boleh buka. Air pancutan tiba tiba terpancut. Aku rasa seperti ada seseorang dalam bilik air tu.

"Siapa tu?" sapa aku. Aku tau aku sedang bercakap sendirian. Oh aku lupa, Aku juga tinggal di rumah itu bersama Chanyeol dan Baekhyun. Entah malam tu aku rasa sunyi sangat, hilai tawa yang biasa aku dengar pada malam malam hari lain, aku sudah tidak dengar lagi.

Aku terus memulas pintu dengan sekuat hati dan menendang nya.
"Oh kau rupanya Chanyeol" Kata ku.
Sedang aku masuk, aku terlihat tubuh Chanyeol yang terbaring, kepalanya ditusuk oleh kayu dan matanya dicungkil. Aku sedikit pun tidak berasa terkejut, malah aku mandi di situ dengan tenang, aku meninggalkan mayat Chanyeol disitu.

Aku memakai baju dan turun ke bawah untuk ke dapur, sama seperti tadi, tubuh Baekhyun terlekat diatas syiling. Ulat ulat yang memenuhi matanya jatuh seekor demi seekor. Aku hanya memandang nya, aku pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau.

"Arghhhhhh" jerit ku, aku rasa sangat bersalah melihat tubuh semua rakan ku. Aku menangis seketika, kemudian aku tergelak. Aku menoreh tangan aku. Darah melimpah memenuhi lantai. Kemudian nya aku duduk di ruang tamu yang sudah dipenuhi dengan bau busuk. Bukan setakat Chanyeol, dan Baekhyun yang aku bunuh. Semua rakan rakan yang pernah mengenali dan cuba untuk merapatkan dengan aku. Akan aku bunuh. Aku hanya tersenyum melihat semua mayat memenuhi satu rumah ku. Pisau yang aku ambil tadi dicucuk ke mata aku. Biar lah aku buta sebelah. Dari kecik lagi, aku mahu jadi buta, lagi sebelah mata aku cucuk juga. Akhirnya, aku mati. Mayat aku ditanam didalam dinding rumah itu.

Siapa siapa yang duduk di rumah itu, mungkin akan dibunuh. Setidaknya pun, Mungkin matanya dicungkil.

-The End-
THANKS FOR READING !
VOTE !

KIDOL FF HORROR (EXO & BTS)Where stories live. Discover now