Mana dia?

402 18 1
                                    

Kris berjalan bersama Jimin di dalam sebuah hutan. Malam itu, adalah malam bulan penuh. Mereka berdua bertekad untuk pergi ke hutan untuk bertemu seseorang.

"Jauh lagi ke?" tanya Jimin, takut. Kris hanya diam. Mereka berjalan menempuh belukar hutan itu.
"Dah sampai" kata Kris, mereka berdua pergi ke arah seseorang tua yang sedang menunggu mereka. Tempat itu adalah kawasan perkuburan, tapi yang peliknya. Tiada tak ada yang mengatakan itu adalah kubur, hanya tanah yang bertimbun yang menyakinkan mereka itu adalah tanah perkuburan.

"Aku takut, Kris" kata Jimin perlahan. Kris membuat tanda diam. Jimin duduk di belakang Kris, Kris di hadapan, Dia sedang menuju ke orang tua yang sedang duduk di atas batu.

"Siapa kau?" tanya Orang tua itu, Kris dan Jimin masing masing diam.
"Aku Kris.. Ni Ji.. Min" kata Kris. Orang tua itu tepat memandang ke arah mata Kris.

"Apa tujuan kau?" tanya orang tua itu, Kris menelan air liur, Jimin masih lagi takut.

"Aku nak kaya, kitaorang nak kaya!" kata Kris sedikit tekan, Jimin hanya menganguk.
"Kau nak kaya? boleh tak ada masalah" kata orang tua itu,

Mereka tiada pilihan selain membuat perkara ini, mereka suda kesempitan duit. Upacara mememanggil 'benda' itu di mulakan, Kris dan Jimin leka memandang ke arah orang tua itu. Mulut orang tua itu terkumat kamit membaca sesuatu.

"Ambil ni" arah orang tua itu sambil menyerahkan bungkusan berwarna putih. Bungkusan itu diikat rapi.
Kris mengambil bungkusan itu, Jimin hanya melihat. Selepas itu, mereka segera beredar dari hutan itu, mereka berdua masuk ke dalam kereta dan memandu laju ke rumah.

"Manusia tamak" sapa satu suara dari hutan tadi.

"Huh, penat" kata Kris, dia merebahkan badan di atas sofa. Manakala Jimin pula sudah naik ke tingkat atas, hanya Kris sahaja yang berada di bawah.
Kris terdengar seperti ada benda yang sedang mencakar di pintu utama. Cakaran itu makin lama makin kuat. Kris hanya menelan air liur, dia tidak berani untuk menegur. Dia terus berlari ke dapur untuk meneguk segelas air, tekaknya terlalu haus.

Sedang Kris membasuh cawan di singki, dia merasa seperti ada seseorang lalu di belakangnya.
"Jimin, Kau ke tu?" tegur Kris, hanya kesunyian yang memberi jawapan. Dia terus berlari naik ke tingkat atas dan memasukki bilik tidurnya. Tanpa dia sedar, ada benda turut mengikut dia naik ke atas.

"Kris" gerak Jimin berkali, Jimin dengan muka tidur terpaksa membangunkan Kris untuk pergi ke kerja. Kris bangun dengan rambut yang berserabai. Matanya melirih ke tubuh Jimin.

"Ireona Kris" kata Jimin. Kemudianya Jimin berlalu pergi dari bilik Kris. Kris bangun dan terus menuju ke bilik air, selepas mandi, dia mengenakan sehelai kemaja T dan seluar berwarna hitam. Dia mengenakan tali leher berwarna coklat, rambutnya di sikat rapi.

"Jimin" kata Kris sambil mengetuk pintu bilik Jimin.
"Apa?" Jimin masih lagi duduk di atas katil, dia malas hendak membuka pintu.

"Kau tak kerja ke?" tanya Kris.
"Off day lah" kata Jimin, dia terus terlena dibuai mimpi. Kris mengeluh kecil dan turun ke tingkat bawah, deruman kereta Kris mula hilang dari perkarangan rumah.

Sedang Jimin dibuai mimpi, dia terdengar seperti ada yang menuju ke biliknya.
"Aik, kaki siapa pula ni. Kris bukan dah pergi ke" kata Jimin sendirian. Pinggan di dapur tiba tiba pecah, Jimin mengeluh kasar dan terus berlari ke dapur.
"Siapa punya kerja ni, tikus lah ni, hish! orang nak membuta pun kacau" kata Jimin, dia menyapu serpihan kaca dan terus berlari ke bilik nya semula. Dia kemudian terlelap akibat keletihan yang terlampau.

KIDOL FF HORROR (EXO & BTS)Where stories live. Discover now