Lif

228 10 0
                                        

"Cepatlah Jin!" kata D.O. sambil menolak Jin untuk mempercepatkan langkahnya. Jin yang ditolak D.O. mula bergerak dengan laju lagi. Memang dia tahu tentang perangai D.O. yang penakut itu, D.O. mula mengatur langkahnya mengikut rentak Jin. Malam itu, angin bertiup kencang, anjing anjing liar mula menyalak. Tangga kolej yang suram itu menakutkan D.O., sudahlah dia yang berada di belakang, perasaan ada 'benda' yang sedang menunggu mereka membuak buak. D.O. menelan liur. Diusir perasan itu jauh darinya.

"Kita dekat tingkat berapa ni?" D.O. membuka mulut, lebih baik begitu, dari sunyi sahaja. Mungkin kalau dia berbual bual dengan Jin di tempat sebegitu mungkin perasaan takutnya hilang.

"Entahlah, mungkin dekat tingkat 3 rasanya" kata Jin. D.O. mengeluh panjang. Tingkat 3?? oh my, jauh lagi lah nampaknya kena panjat tangga ni..

"Jin.. Jomlah balik" pujuk D.O., dia sungguh takut dengan persekitaran tangga itu.

"Aduh kau ni, sabarlah, kita guna tangga, memanglah lambat sikit. Tadi, aku suruh guna lif kau tak nak, hantulah apalah" marah Jin. D.O. seperti mahu menangis. Dia sudah tidak tahan dengan persekitaran yang suram itu.

"Gila kau nak guna lif tu? kau tak dengar ke pagi tadi, senior kita ada bagi tahu. Dekat lif tu ada orang pernah kena bunuh, sampai sekarang. Mayat dia tak jumpa jumpa. Kau nak ke jadi mayat yang seterusnya?" kata D.O., Jin hanya menelar liur, tetapi dia masih lagi berlagak berani.

"Mengarut je tu, mana ada hantu. Dahlah, jom kita guna lif, kau nak balik cepatkan?" cadang Jin, walaupun dia tahu, D.O. takkan setuju dengan cadangannya itu.

"L.. Lif?" tanya D.O., sedikit gementar.

"Haa.. ye lah, Jom" Jin menarik D.O. ke pintu lif, D.O. hanya mengikut Jin, dia tidak mahu berpisah. Mereka berdua sudah sampai di depan pintu lif, Jin menekan butang, tingg, pintu lif itu terbuka, lif itu seperti mengalu alukan kedatangan mereka. Jin memasukkan kaki sebelahnya. Meninggalkan D.O. di belakang.

"Jin, jangan!" kata D.O., Dia menarik lengan Jin. Dia tidak mahu berpisah dengan Jin.

"Kau kenapa?" kata Jin. D.O. hanya mengeleng. Matanya mengeluarkan sedikit air.

"Kau nak nangis ke? haha, Tak gentleman lah kau ni. Nangis pula" kata Jin mentertawakan D.O., D.O. masih lagi diam tak terkata. Dia tidak sanggup untuk beritahu Jin, tentang perkara yang dia lihat tadi, terlalu menakutkan.

"Alah kau ni, aku nak ambil buku tu sekejap je. Tak sampai 3 minit pun, okay macam ni, kau tunggu sini, biar aku sorang je yang masuk, nanti, aku dah sampai dekat tingkat tu, aku terus capai buku aku, and then aku masuk dalam lif balik, lepas tu jumpa kau dekat sini. Haaa senang kan? kau tak payahlah takut sangat, tak ada apa apa pun, perasaan kau je tu" kata Jin, cuba menenangkan D.O., D.O. menganguk perlahan.

TBC.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Aug 03, 2017 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

KIDOL FF HORROR (EXO & BTS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang