Forget

403 24 1
                                        

Forget

Hai. Namaku Baekhyun. Aku pekerja akauntan. Memang payah kerjaku ini. Selalu mengira mengira dan mengira. Aku juga perlu catatkan pada komputer. Kadang-ii  aku terpaksa balik lewat.

Aku selalu penat. Sejak penat ni. Aku selalu lupa barang yang aku perlu bawa ke pejabat. Selalu juga aku lupa dokumen-ii penting atau laptopku yang tertinggal di rumah. Terpaksa aku berpatah balik.

Oh, ya. Aku mahu cerita. Satu malam. Aku balik nak dekat pukul 1 pagi. Aku buka pintu dan aku rebahkan diriku diatas sofa. Aku cuba pejamkan mata. Hariku amat penat di waktu itu.

Tiba-ii bunyi derapan kaki orang melompat dan ketawa berdekah-dekah. Aku rimas. Itu pasti Chanyeol & Chen. Mereka selalu begitu.

Aku : Woii!!! Tak boleh diam sikit ke hah!! Aku penat balik kerja nii!!

Dan suasana kembali aman. Aku cuba pejam mata. Tetapi hilaian ketawa dan bunyi mereka lompat di tingkat atas masih kedengaran.

Aku : Woiii!!! Diamlahh!!!

Aku sudah tidak tahan. Aku dahlah penat. Mereka bersuka ria pula. Aku menyinsing lengan baju lalu naik ke tingkat atas. Aku ketuk pintu bilik mereka berdua.

Sunyi.

Ohhh.. nampaknya mereka takut lah tu! Dasar pengecut!

Aku membuka pintu. Dan... ada bau busuk yang menusuk ke dalam hidung. Aku lantas membuka lampu.

Tidak.. ini tak mungkin...

Chanyeol & Chen sudah mati. Chanyeol ditikam bertubi-ii. Matanya seperti dicungkil. Manakala Chen pula digantung menggunakan tali di kipas. Ada kesan torehan pada mukanya.

Siapa yang buat mereka begini???

Ohh aku lupaa..

Aku yang bunuh mereka semalam.

-The End-

KIDOL FF HORROR (EXO & BTS)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang