"Jin kira tau, jangan main tipu okay?" kata Namjoon. Jin hanya menganguk.
"Yahh, jangan tipu okay?" kata Jhope. Jin sekali lagi menganguk. Jin mula mengira sambil tangan nya menutup mata dan berhadapan dengan sebuah batang pokok. "1..2..3.." kira Jin perlahan. Selepas Jin selesai mengira, dia mula mencari rakannya. Dia memerhatikan semak. Di setiap sudut hutan itu di perhati oleh Jin untuk mencari kelibat rakannya.
"Mana kau orang ni.." keluh Jin. Dia tidak berputus asa mencari rakannya. Dia memerhati setiap sudut hutan itu. Dia melihat kepala seseorang sedang bergerak di sebalik semak. Tanpa memikir panjang, dia menerpa ke arah itu.
"Haaaa!" terpa Jin sambil memegang bahu Jhope. Jhope terkaku dan terkejut seketika, dia memegang dadanya. Tampak sangat dia sangat terkejut dengan jerkahan Jin.
"Janganlah main jerkah jerkah terkejut tahu tak?!" marah Jhope dengan perlakuan Jin tadi. Jin hanya senyum menyenget. Dia bangun dan mula mencari Namjoon pula. Jhope mengikut Jin dari belakang.
"Namjoon, keluarlah. Kau menang!" kata Jin, kuat. Jhope juga mula mencari Namjoon memandangkan hari hampir gelap.
"Huh, mesti dia tinggalkan kita lagi macam hari tu, kita punyalah cari dia. Tengok tengok dia ada dekat rumah" keluh Jhope. Jin mula mengingati hari dimana mereka terkena dengan Namjoon.
"Kalau macam tu, kita baliklah" ajak Jin. Jhope hanya menganguk perlahan. Mereka berdua mula jalan beriringan meninggalkan hutan tersebut.
"Hari ini, kau makan dekat rumah aku tau" pelawa Jin pada Jhope.
"Nae" kata Jhope ringkas. Mereka berdua mula meninggalkan tempat itu.
"Aduh, lamanya dia orang ni" keluh Namjoon dalam semak. Seketika kemudian, dia mendengar seperti ada seseorang sedang berjalan menghampirinya. Namjoon merangkak keluar dari semak, dia tergelak kecil.
"Hahaha, Jin. Aku ingat kau tak jum......" kata kata Namjoon berhenti serta merta apabila dia melihat tubuh yang berada di hadapannya bukanlah Jin atau Jhope. Dia melihat tubuh seorang dewasa lelaki yang tidak dikenalinya sedang senyum ngeri. Namjoon cuba untuk lari, tetapi di halang lelaki tersebut.
"Ahhhh, TOLONG !!!" jerit Namjoon, jeritannya makin lama makin perlahan. Selepas itu, tiada lagi bunyi dari arah hutan.
"Namjoon!" panggil Jin, Jin dan Jhope menangis teresak. Pada malam itu, Polis sedang mengangkat mayat Namjoon masuk ke dalam ambulans, orang ramai berkumpul di hadapan sebuah hutan termasuk omma dan appa Namjoon. Mereka semua menangis teresak mengenangkan nasib anak mereka. Namjoon di temui mati tanpa kepala di balik semak di dalam hutan itu. Seorang pemburu hutan menemui mayat Namjoon yang mengerikan itu.
Hari hari Jin dan Jhope mula bosan tanpa keceriaan Namjoon. Petang esoknya mereka mahu pergi ke hutan itu semula. Mereka berdua mahu mengenangkan kembali kenangan mereka bersama kawan baik mereka iaitu Namjoon. Mereka asyik memandang setiap sudut hutan itu. Mereka terbayang wajah Namjoon.
"Rindunya dekat Namjoon.." Jin bersuara, Jhope hampir menangis. Tiba tiba satu suara bergenang di telinga mereka berdua.
"Huuu.." muncul satu suara, mereka berdua memandang sesama diri. Mereka mendengar bunyi itu dari arah tempat, di sebalik tempat itu ada sebuah gaung.
"Huu.." bunyi itu bersuara lagi, mereka berdua sepakat untuk pergi ke arah suara itu.
"Namjoon?" kata Jhope, dia memandang ke Jin. Jin menelan air liur, benda yang kini berhadapan dengan mereka adalah Namjoon.
"Kenapa kau tak cari aku!!" kata Namjoon dengan mata yang merah, suaranya garau.
"Maafkan aku!" kata Jin sambil menangis, Jhope pun menangis.
"Tengok bawah tu.." arah Namjoon, tangannya menujuk ke arah gaung yang dalam itu. Suaranya bertukar sayu.
"Tengok bawah tu.." kata Namjoon lagi. Jin dan Jhope pergi menjenguk, ke bawah, mereka mehampiri gaung itu.
"Aku mintak maaf, HAHAHAHAHA" Namjoon menolak Jin dan Jhope ke dalam gaung itu. Jin dan Jhope berpaut pada sebuah batu, tetapi mereka sudah tidak berdaya lagi. Mereka berdua berpelukan kayu kayu yang tajam mencucuk tubuh kecil mereka.
"Kenapa tak cari aku?" Namjoon menangis, kemudian dia ketawa. Perlahan lahan Namjoon hilang.
-The End-
THANKS FOR READING !
VOTE !
