Bab 2

467 37 7
                                    

Bab 2
_______

" Baik kelas , cikgu amat berbesar hati menjadi guru kelas ni buat tahun ini . Cikgu juga harap kamu dapat selesakan diri di high school ini ya . " Ujar cikgu Kai .

" Baiklah sebelum kita mula belajar , ada apa apa soalan yang hendak ditanyakan ? "

Semua berdiam diri . Pandang satu sama lain .

" Jadi , takde nampaknya . Baiklah , biar cikgu yang tanya kamu . Ermm , Jung Yerin . "

" Ya ? " Yerin terus bangun .

" Apakah azam kamu tahun ini ? "

" Azam ? Jeez cikgu ni macam cikgu tadika lah . "

" Tadika ? Kamu tahu tak Jung Yerin -sshi yang azam ini amat penting dalam hidup kita . Kita mesti letak satu point untuk kita capai ia . Kamu ingat azam ni main - main ke ? Budak zaman sekarang memang tak mengerti langsung apakah itu maksud azam . Ergh , tak mengapa duduklah . " Ujar cikgu lalu terus mula menulis di papan hitam .

" Nae ~ " Yerin terus duduk dan buat muka menyampah dengam cikgu Kai itu .

BangKai betul

×××

'Kring!'

" Yeay , dah rehat pun ! " Ujar Yerin sambil meregangkan badannya yang kepenatan .

Aku terus bangun dari tempat duduk ku yang berada di hujung kelas , tepi tingkap dan jauh dari Yerin . Awhh :(

" Yerin , jom lah . Aku dah lapar ni . Perut aku dari tadi mengaum ngaum minta makanan . " Ujar aku .

" Habis tu , kau ingat perut aku tak mengaum ? Lagi kuat kau tahu . Dah , jom lah . " Dia terus bangun dan menolak badan aku untuk mula berjalan .

Eish , aku tau lah nak jalan .

Kami terus berjalan menuju ke kantin ataupun kafetaria sekolah , syurga bagi kami . Selepas membeli makanan kami , aku dan Yerin duduk untuk makan di sebuah meja yang kosong di tengah tengah kafe itu .

" Ahh ~ Sedap nya bau ! " Ujar aku ketika menghirup bau makanan yang enak itu . Lauk kantin hari ini ialah

Ramen ! Wuuu !

" Yerin-nie ! "

Tiba-tiba , aku terdengar suara seorang lelaki memanggil Yerin dan ianya datang dari belakang . Aku menoleh kepala aku ke belakang dan nampak Yugyeom sedang menuju ke kami dengan membawa makanannya di tangan .

" Yugyeom ! " Ujar Yerin yang terkejut melihat Yugyeom . Yugyeom pun terus duduk di sebelah Yerin dan memberi senyuman yang begitu lebar .

" Annyeong Yerin-nie ! " Ujar Yugyeom .

" Bukan kau .. kauu .. " Kata Yerin tergagap gagap kerana macam tak percaya je yang Yugyeom dah datang sekolah .

" kat hospitall ke .. ? " sambung Eunha .

Yugyeom pada tahun lepas accident dan menyebabkan kakinya patah yang serius jadi dia kena berehat kat hospital dan melakukan pemulihan secara kerap selama setengah tahun yang lalu .

" Aku dah sihat lah . Tengok . Dah elok . " Ujar Yugyeom sambil mengetuk kakinya .

" Ahh Eunha pun adalah . Annyeong ." Ujar Yugyeom cuma nada nya sangat lain daripada apa yang dia cakap dekat Yerin . Kalau kat Yerin nadanya sungguh gembira , kalau aku , macam tak nak jumpa je .

Eih , mamat ni .

×××

" Oh , kau tak bagitahu aku pun an yang kau dah pindah rumah baru . " Ujar Yerin sambil menepuk bahu Yugyeom . Mereka khusyuk berbual antara satu sama lain sewaktu perjalanan balik semula ke kelas . Sementara aku ,

Keseorangan .

Di belakang mereka lak tu . Ui , den wujud jugak kay !

Yugyeom dan Yerin memang rapat dari zaman tadika , zaman noob noob lagi . Dan , mestilah dia mengenali Yerin lebih dari aku tapi ye pun jangan kongke semua kehidupan dia do . Bagilah aku ruang sikit untuk meluangkan masa bersama si Jung Yerin ni .

Tiba-tiba , sewaktu sedang berjalan di hadapan tangga , aku ternampak ada seorang sedang berlari ke rooftop . Aku tertanya-tanya mengapa dia begitu hendak cepat ke sana ? Keseorangan pula tu . Aku melihat jam tangan aku . Masih lambat lagi cikgu nak masuk kelas .

Pada mulanya , aku hendak memberitahu Yerin tetapi tengok tengok dia dah kedepan dengan Yugyeom dia tu . Khusyuk sangat sampai aku pun hang tak ingat .

Aku pun perlahan lahan menaiki tangga ke rooftop . Aku tak mahu dia tu tahu yang aku ada kat sini . Aku pun tak pasti tadi tu perempuan atau lelaki kerana aku hanya nampak bayang bayang orang berlari ke rooftop .

Aku mencari dia di merata rooftop . Dan tiba-tiba , aku ternampak seorang lelaki , berpakaian sekolah sedang berdiri di hujung bumbung rooftop berkelakuan seperti dia hendak bunuh diri .

Tetapi , kalau dia serius tentang hal itu ..

Aku perlahan lahan mendekati dia dan menyorok di dinding berhampirannya untuk mendengar apa yang dikatanya keseorangan dari tadi .

Tiba-tiba , datang seorang perempuan yang entah dari mana muncul dan mendekati lelaki itu .

" Awak , awak sanggup ke nak tinggalkan saya ? Awak tahu tak berapa besar kekesalan yang akan awak rasa nanti bila awak terjun dari bangunan ni ? Awak dah tak nak jumpa mak , ayah , keluarga , rakan , guru , saya lagi dah ke ? Awak dah tak nak tengok keindahan bumi ini pada esok hari lagi ke ? " Kata perempuan tu dengan ayat dramatis .

" Aku .. aku dah tak sanggup lagi .. Aku , aku tak mampu ! " Jerit lelaki itu dan menangis merasai keperitan yang dialaminya itu .

Tiba-tiba , duit syiling aku dari dalam poket baju terjatuh akibat aku terlalu bongkokkan badan aku untuk menyorok . Duit syiling aku pun berputar , makin lama , makin jauh . Aku terus mengejar duit syiling bertuah aku itu .

" Dapat ! " Ujar aku apabila aku dapat menangkap duit syiling itu .

Aku terasa sesuatu pelik .

Aku mendongakkan kepala aku dan aku ternampak di hadapan aku , hadapan mata aku , lelaki dramatis dan perempuan dramatis tadi sedang memandang aku dengan begitu pelik .

Oh oh , aku mati .

To Be Continued ~~

Siapakah lelaki dan perempuan dramatis itu ?
Apa pendapat kamu ?

YeojachinguWhere stories live. Discover now