Definisi sedih,
tidak seperit pedih,
sakitnya di hati,
jiwa tanggungi.
Mungkin ujian untuk diri,
supaya tabah menghadapi-
ujian sekecil ini.
mungkin hati ini sepi,
tidak ada yang mengerti,
senang menyendiri.
mungkin juga,
hati ini mahu mengadu pada Dia,
rindu mahu luahkan segalanya-
segala yang terpendam,
segala yang sakit,
segala yang pedih.
mungkin.
2506
ANDA SEDANG MEMBACA
Dia
PuisiHanya Dia yang sentiasa ada, Dia segalanya, Dia yang pertama. Kau yang kedua. 25.06.2016 - 31.12.2016
