Dalam perjalanan kehidupan, Koma[,] menandakan ada perhentian kepada kita. Sooner or later, kita semua akan hadapinya... Sebuah pengembaraan spiritual...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Setiap sudut wajahnya, aku tak lekang dari melihatnya walau sesaat sejak pertama kali aku kenal dia. Mungkin aku pernah kenal dia, tapi aku tetap rasa ini kali pertama aku kenal dia. Matanya yang bulat dan diserikan bulu mata yang lentik. Rambutnya yang hitam bagaikan rambut wanita dalam iklan sunsilk. Waktu macam tak berjalan sepanjang aku kenal dia. Hujan juga mencurah-curah bagaikan tiada hentinya. Aku masih menatap matanya walaupun berulang kali dielak. Dia - Nadya Adilah, perempuan yang paling indah aku pernah lihat. Entah kenapa pandangan aku sukar nak melepaskan dari menatap wajahnya.
Hampir setengah hari aku duduk di tingkat 2 ini dengan Nadya Adilah sambil mengharapkan matahari muncul tatkala hujan berhenti turun.
"Walaupun hujan dah lama berhenti, bau tu masih ada lagi." ujarnya Nadya.
Aku hanya tersenyum menjawab persoalannya. Sepanjang kami menatap permandangan belakang hospital, itulah ayat pertama. Pokoknya, masih belum ada lagi sesi suaikenal dengan Nadya. Hatiku kuat menyatakan ada sesuatu yang perlu aku tahu tentang Nadya.
"Awak...?" serentak aku dan Nadya bersuara.
Aku dan dia terdiam seribu bahasa. Entah kenapa aku rasa malu.
"Zikril cakap la dulu..." ujarnya.
Aku tergagap seketika.
"Awak tahu ke kenapa awak masih ada kat sini?" tanya aku.
Nadya tiba-tiba berubah sugul. Aku takut aku menanyakan soalan yang salah ketika di tempat yang salah.
"Maaflah, kalau soalan saya tu susah nak jawab, tak pelah. Abaikan!" ujarku lalu memalingkan tubuh untuk berlalu pergi.
"Sa... Saya tak berapa ingat apa yang terjadi." tidak sempat aku mengorak langkah, Nadya mula bersuara.
"Saya dah lama ada dekat sini. Tapi saya tak tahu macamana saya boleh ada dekat sini. Saya cuma tahu saya dah ada di alam perantaraan dunia dan kematian. Entah sampai bila saya dah terperangkap di sini. Tubuh saya sendiri tidak dijumpai. Saya sunyi." ujarnya lagi.
Aku memalingkan tubuh melihatnya. Seketika, wajahnya hilang seri muka dek air mata sebutir dimatanya. Aku mengangkat dagunya. Matanya dan mataku kini bertentangan. Butir-butir air mata yang cuba ditahan kini sudahpun mengalir. Dia mula menitiskan air mata. Setitis air mata baru sahaja mahu mendarat di atas jubah putihnya. Namun, sempat aku menyeka air matanya sehingga kering.
Aku melepaskan tanganku dari terus menyeka air matanya.
"Saya akan sedaya upaya selamatkan awak. Saya janji saya takkan tinggalkan awak." mulutku tiba-tiba terpacul perkataan-perkataan tersebut.
Dalam keheningan senja itu, esakan Nadya mula kedengaran. Bergema memantul-mantul ke seluruh dinding koridor hospital yang begitu lenggang. Gemaan tangisannya bersemadi bersama bauan air hujan yang turun tadi.
###
Seorang jururawat baru sahaja mengambil bacaan tekanan darah dan menggantikan stok air Natrium Hidroksida yang dialirkan ke dalam tubuh Zikril Iman. Jasad Zikril kelihatan tenang dan tersenyum. Tanda nama yang tersisip di bahagian kiri dada jururawat tersebut tersergam luas - Puteri Amani. Seketika, Puteri Amani kembali ke troli yang membawa pelbagai peralatan untuk rutin harian menyemak pesakit di wad ICU. Tatkala dia sedang mencatatkan sesuatu ke dalam kertas untuk penyimpanan maklumat, bulu romanya menegak. Badannya yang gedempol mula memandang ke belakang sambil diusap leher belakangnya.
Baru sahaja dia mahu menulis sesuatu pada kertas untuk pesakit yang terakhir sebelum dia pulang ke rumah, kedengaran satu tangisan bergema. Puteri Amani memandang ke belakang semula. Pesakit wad ICU semuanya belum menyedarkan diri. Agak pelik juga kalau terdengar tangisan waktu senja-senja macam ni.
Mana nurse lain ni? Takkan tinggal aku sorang je sekarang. getus hatinya yang mula dijentik perasaan gelisah.
Sebaik sahaja selesai menulis maklumat yang diperlukan, Puteri Amani pantas mengorak langkah keluar dari wad ICU. Sebaik sahaja kelibatnya melepasi tirai yang menempatkan katil Zikril Iman, bayang Zikril Iman dan Nadya Batrisya mula muncul.
"Sudahlah awak! Tengok! Awak dah takutkan nurse tu." ujarku cuba menghentikan Nadya Batrisya dari terus menangis.
Untuk beberapa minit, Nadya menenangkan diri.
"Saya janji, saya akan teman awak sampailah awak bebas. Percayalah!" ujarku lagi.
Akhirnya, Nadya menghentikan tangisannya. Dari luar wad, aku dapat dengan Puteri Amani menjerit. Aku dan Nadya pantas menonjolkan kepala melalui pintu wad ICU. Jelas kelihatan Puteri Amani terjelepok dek kasutnya yang tumit tinggi patah. Posisinya terjatuh bagaikan nangka buruk yang terjatuh. Troli yang dibawanya kian laju meluncur ke hadapan. Meluncur bagaikan kereta Formula-1 dalam litar lumba. Troli itu hampir sahaja merempuh seorang wanita yang sedang membaringkan kepalanya di tepi penghadang tempat duduk. Kala itulah aku dapat lihat nadya memecut bagaikan halilintar menolak troli tersebut hingga terjatuh ke atas lantai.
Habis berselerak ubat-ubatan, beg-beg Natrium Hidroksida serta peralatan menulis dan kertas laporan. Di kala itu juga, aku lihat Nadya terbaring lemah di tepi koridor. Lesu keseorangan. Manakala Puteri Amanina bergegas mengutip trolinya yang bersepah. Wanita yang tadinya terlena berbantalkan penghadang tadi terjaga melihat Puteri Amani kelam-kabut mengutip peralatan troli tersebut. Tatkala mereka berdua yang berada di dunia nyata mengutip barangan yang bersepah, aku menghampiri Nadya yang kian lesu.
"Nadya! Bangun Nadya!" ujarku, panik!
Aku pantas memapah Nadya ke tempat duduk di hadapan wad ICU. Tubuhnya berpeluh. Merenek sehingga ke tumit.
"Awak okey ke?" tanyaku lagi.
"Bagi.. Bagi saya rehat kejap..." balasnya tiba-tiba lesu dan pengsan.
"Nadya! Bangun Nadya!" Aku keliru.
Apa patut aku buat? Aku mati akal. Ahhh! Aku bukannya ada akal sekarang. Nama pun roh, punya akal apa? Tatkala membaringkan Nadya, aku terus mencari sesuatu untuk menyejukkan kepalanya.
Aku membiarkan dia terbaring untuk seketika. Dalam 30 minit selepas itu, Nadya pun bersuara.
"Bagi saya rehat kejap, saya tak larat..."
Aku meninggalkan Nadya berehat. Wajahnya aku usapkan dengan air yang aku tadah dari pokok-pokok yang masih menakung air hujan petang tadi.
Bauan daripada air itu mula mencucuk lubang hidungku. Memang benar kata Nadya, bauan hujan memang wangi.
Aku melihat bulan yang terlindung dengan awan mendung sedikit. Malam ini bakal hujan juga...
Aku membiarkan kepalanya membatalkan paha aku. Waktu-waktu di dinding memang sudah lama tidak berdetik. Dibiarkan saja mati. Waktu bagi aku hanya melihat wujudnya matahari dan bulan. Jam di dinding tidak bergerak langsung dari pukul 10.24.
Yalah! Baru aku perasan, jam di dinding hospital masih tidak berganjak dari 10.24. Aneh! Pelik! Aku memandang syiling koridor. Guruh dilangit mula menyalak menandakan air hujan bakal turun lagi tatkala bulan sepenuhnya dilindungi awan mendung.