Koma[,] #2 : Petrichor

32 0 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Setelah beberapa jam aku meninggalkan wad ICU, aku melangkah menuju kearah sebuah kaunter penyerahan maklumat. Dari situ, mata aku tertumpu pada sebuah kerusi yang kosong tempatnya. Aku memandang ke kanan dan ke kiri melihat tiada sesiapa yang ingin menduduki kerusi itu. Jiwa aku terpanggil. Maaf, hati aku terpanggil untuk menduduki kerusi itu. Memandangkan jiwaku berada di dalam wad ICU, aku tak rasa aku sepatutnya bergelar jiwa. 

Setelah berkematu kakiku berdiri, akhirnya aku duduk juga di atas kerusi tersebut sambil melihat ke kanan dan ke kiri. Laluan hospital di kala ini agak lenggang memandangkan waktu melawat hospital untuk tengahari telah tamat. 

Aku merenung ke satu sudut ruangan tersebut. Seorang wanita tua berkerusi roda memandang ke arah kanan dan kiri. Lehernya dipanjang-panjangkan ke semua arah. Mencari seseorang agaknya. Seminit berganti sepuluh minit. Sepuluh minit berganti tiga puluh minit dan waktu pun berlalu sehinggalah ke sejam. Aku memandang wajahnya yang sugul. Matanya yang kuyu dipejam celik beberapa kali. 

Aku merapati nenek tersebut. Kerusi bersebelahannya kelihatan kosong semenjak tadi. Setelah melabuhkan punggungku, aku tersentak.

"Cu tunggu siapa sebenarnya?" tanya nenek tersebut

Aku memerhatikan sekeliling untuk beberapa kali. Siapa nenek ni cakap?

"Cu lama dah ke tengok nenek?" tanyanya lagi.

"Nenek cakap dengan saya ke?" ujarku walaupun anggap seperti biadab.

"Yalah cu. Dari tadi nenek perasan cucu tengok nenek." ucapnya lagi.

Aku memandang sekeliling semula. Takut juga kalau silap langkah. Naya kena tuduh macam-macam. Lagipun, bukan ada orang nampak aku. Eh! Kejap.

"Macamana nenek boleh nampak saya?" tanyaku spontan tidak selari dengan hati yang bergolak.

"Nenek nampak je semua yang ada kat sini. Kamu nampak budak belakang pokok rendang tu?" 

Aku melontarkan pandangan ke arah pokok rendang di luar kawasan lobi. Seorang kanak-kanak tidak berbaju dan hanya memakai lampin baring di situ. 

"Kalau kamu nampak dia, maknanya kami masih ada di perantaraan dunia." jawab nenek.

"Maksud nenek?" 

"Nenek tahu kamu sekarang terlantar di atas katil koma. Kamu sekarang berada antara Alam Kematian dan Alam nyata. Cuma punca kamu tersekat, nenek tak berapa tahu." ujarnya lagi.

Aku memandang kanak-kanak yang masih terbaring berpayungkan pokok rendang. Satu kelibat melalui di hadapanku menyebabkan aku hilang fokus dari nenek bersebelahanku. 

"Nenek pergi dululah ye? Suami nenek dah sampai dah tu. Lama nenek tunggu suami nenek jemput." ujarnya.

Aku melihat dia meninggalkan kerusi roda di situ lalu berjalan menuju ke arah seorang lelaki yang agak tua. Rambutnya agak putih keseluruhannya. Aku memandang kanak-kanak yang masih terbaring. Suasana hospital lenggang dan guruh turut berbunyi. Angin yang sepoi-sepoi bahasa membawa aura bahawa kawasan ini akan dituruni hujan.

Seketika, terzahir satu bauan yang wangi tatkala titisan pertama hujan menyentuh permukaan tanah  bertar yang panas. Setiap titik yang mengenai bumi mula menzahirkan bauan itu. Setitik demi setitik hinggalah selebat-lebatnya.

"Wangi. Kan?" tanya seorang wanita di sebelahku.

Wajahnya... Entah kenapa aku rasa amat familiar. Pernah satu ketika aku melihat wajahnya. Seperti deja vu. 

"Apa nama awak?" tanya si dia

"Nadya Adilah." ujarnya lagi sambil menghulurkan tangan.

Tangannya mulus dan lembut membuatkan aku sedikit meremang. Tatkala tangannya kejap memegang tanganku, satu imbasan dalam beberapa milisaat terpancar seperti ada projektor yang menayang sesuatu.

"Zikril Iman..." Aku tersenyum...

Bersambung...

KOMA[,]Where stories live. Discover now