Aku memandang ke hadapan. Kelopak mataku perlahan-lahan membuka. Dan ketika itulah, aku perasan seorang lelaki cuba duduk di atasku. Reaksiku terkejut dan spontan bingkas bangun lalu menolak lelaki itu tersembam ke hadapan. Secawan Nescafe yang dibeli daripada mesin berdekatan habis tumpah mengotori lantai. Ketika itu, lelaki tersebut mula terkial-kial memandang orang disekelilingnya. Hampir saja seluruh kawasan itu mentertawakannya.
Beberapa kali juga lelaki tersebut mengusap belakang tengkuknya kerana bulu roma tiba-tiba menegak. Aku meninggalkan tempat itu dan ketika itulah Nadya muncul sambil ketawa berdekah-dekah.
Rupanya dia hanya memerhatikan gelagat aku terkial-kial dengan mamat tadi. Ya ALLAH! Luruh jantung aku.
"Awak ni. Awak mana ada jantung dah. Jantung awak ada dalam tu." Nadya menjuihkan bibir ke arah wad ICU menandakan tubuh dan jiwa aku masih di dalam wad tersebut terkaku menunggu masanya aku kembali dalam tubuh tersebut.
"Yang awak tak kejut saya kenapa?" beritahuku dengan wajah agak bengis.
"Rilek la awak! Jangan marah-marah. Pagi-pagi nak marah. Tak sporting lah awak ni" Nadya menonjolkan wajahnya yang manis tatkala tersenyum lucu tentang kejadian tadi.
"Gelak! Gelak! Suka ye sakat orang." Ujarku pula lalu menolak bahunya.
Walaupun aku sekadar roh yang bergentayangan, entah kenapa perutku asyik berkeroncong je. Mendendangkan lagi nyanyian DCNE, Cake by the ocean.
"Zikril lapar eh?" ujar Nadya.
"Entahlah. Saya tak biasa lagi benda-benda macam ni. Semalam seharian juga tak makan. Kene cucuk air Natrium Hidroksida pulak tu." Omelku merungut.
Nadya cuma tersenyum melihatkan telatah aku mengusap perutku yang sudah semalaman tidak terisi. Nadya menghulurkan tangannya. Aku tersenyum kekok melihat gelagatnya.
Dengan perasaan yang gembira, dia menarik tanganku sambil terbang ke setiap pelosok hospital sambil melawati tempat-tempat di kawasan hospital ini. Aku hanya menurut sahaja. Terbang ke atas, ke bawah, ke tepi, ke kiri dan celahan dinding.
Kami berdua sampai di satu ruangan. Ketika itu, aku dan Nadya agak terpana melihat apa yang ada di depan mata kami. Seorang lelaki dan seorang perempuan berduaan di dalam stor hospital. Dalam fikiran kami, kami tahu apa yang bermain di dalam fikiran manusia dua orang ini.
Tanpa berlengah, Nadya mula membuka langkah untuk mengelakkan kadar kelahiran anak luar nikah berlaku. Nadya mula menonjolkan wajahnya dibalik cermin menyebabkan si lelaki terpana dan untuk seketika, wajahnya yang ayu dinganga sedikit menyebabkan lelaki tersebut terkejut beruk. Lelaki tersebut berlari lintang pukang meninggalkan wanita tadi yang masih terkial-kial.
Nadya menolak bahuku. Aku hanya tersenyum kelat. Tanpa berlengah, Nadya pun mengangakan mulutnya menyebabkan wanita tadi pun lari lintang pukan lewat daripada lelaki tersebut.
YOU ARE READING
KOMA[,]
FanfictionDalam perjalanan kehidupan, Koma[,] menandakan ada perhentian kepada kita. Sooner or later, kita semua akan hadapinya... Sebuah pengembaraan spiritual...