Aku tak pasti berapa lama aku sudah ada dalam alam ini. Alam dimana tiada seorang manusia pun di dunia dapat lihat kehadiran aku.Mungkin ada segelintir yang dapat melihat aku. Tapi kebanyakkannya mereka cuba melarikan diri dari aku. Aku tahu aku sedang koma. Dalam bahasa mudah, tidak sedarkan diri. Beberapa hari lalu sepasang suami isteri datang menjenguk jasadku. Dalam perkiraan aku, itu adalah ibu bapaku. Wajahnya sedikit memancarkan sinar bahagia sedikit selepas melihat aku. Beberapa kali juga aku cuba membaringkan badanku agar aku kembali ke dalam jasadku. Namun, Nadya muncul setelah itu menyebabkan aku membatalkan hasratku.
"Abang jaga Zikril pula. Awak baliklah dulu. Uruskan Zakri dan Zarina." ujar seorang lelaki dalam perkiraan aku, Ayah aku.
Wanita yang seharian berada di sisi jasadku kusangkakan ibuku.
"Miah pulang dululah, bang. Apa-apa abang call saya terus." Ibu mencapai tangan ayah lalu meninggalkan jasadku.
Untuk seketika, keheningan menemani wad ICU tersebut. Memandangkan hanya seorang sahaja boleh menjaga pesakit ICU, ayahku terpaksa menanti disebelahku. Seketika, aku hanya berdiri dihujung jasad kakiku. Perlahan-lahan, ayahku memegang tangan kiriku. Wajahnya sedikit berkedut dan dihiasi kesedihan. Mungkin berharap aku dapat kembali ke dalam tubuh tu semula.
"Ayah ingat lagi masa kamu 10 tahun, kamu lari-lari masa depan rumah. Kamu dilanggar oleh kereta dan kamu koma untuk sebulan masa tu. Hospital ini juga kamu ditempatkan. Kecedaraan kamu tak adalah teruk sangat. Tapi kamu ditahan sebulan." Ayahku bersuara. Suaranya agak terketar.
"Ayah tahu kamu ada dalam bilik ini. Kamu dengar apa yang ayah cakap kan?" ucap ayahku.
Ketika itu, seolah-oleh terdapat sesuatu yang hilang dalam setiap yang berlaku. Aku mempunyai satu firasat yang menyatakan terdapat sesuatu yang hilang. Aku merasakan dalam ingatan aku merakam sesuatu ketika umur 10 tahun. Bukan ingatan tentang ketika bernafas, ingatan ketika aku koma. Aku mula faham gambaran beberapa milisaat ketika aku bersalaman dengan Nadya. Gambaran yang aku tengok memang pernah suatu ketika dahulu aku pernah lalui. Aku mula jadi penasaran.
Aku mula menggenggam tangan kananku.Sebaik itu, tangan pada jasadku mula terketar-ketar. Jari telunjukku mula bergerak. Saat itu, bacaan nadi mula meningkat. Ayahku mula tersedar lalu keluar memanggil jururawat. Ketika itulah entah dari mana, Nadya muncul menerkam aku.
Dia menolak aku dengan kuasa melebihi 10 orang lelaki. Kami berdua mula tersembam menembusi dinding wad ICU dan terjatuh ke atas tanah di luar wad icu. Aku cuba bangun dari tempat aku terjatuh.
"Apa yang awak buat!!!" jerit Nadya Adilah. Wajahnya tampak lelah dan kaget.
Aku menggenggam tanganku semula. Menggerak-gerakkan pergelangan tangan.
"Awak! Stop! " beritahu Nadya.
Aku mengalihkan pandangan ke arah Nadya. Aku buntu. Seolah-olah sesuatu ada yang tak kena.
YOU ARE READING
KOMA[,]
FanficDalam perjalanan kehidupan, Koma[,] menandakan ada perhentian kepada kita. Sooner or later, kita semua akan hadapinya... Sebuah pengembaraan spiritual...