Bab 4. Batrisya mengigau

46 3 3
                                    


Minggu kedua tidak lagi terbeban dengan jadual padat seperti minggu suaikenal tempoh hari. Proses pengajaran dan pembelajaran sudah pun bermula. Pagi Isnin dimulakan dengan perhimpunan rasmi di Dewan Besar. Semua warga Sekolah Menengah Teknik Cemerlang Jaya dari guru, kakitangan dan semua pelajar berhimpun menyanyikan lagu Kebangsaan Malaysia, lagu Negeri Pahang dan ikrar.

Doa dibacakan oleh Ustaz Azhar. Pengetua mengambil peluang berucap panjang, mengalu-alukan kedatangan pelajar ambilan pertama dan menerangkan visi serta misi sekolah.

Di dalam kelas Pengurusan Perniagaan Satu (ada dua kelas Pengurusan Perniagaan ataupun PPN), Nora dilantik oleh rakan sekelas sebagai penolong ketua kelas. Ketua kelas ialah Hazami, seorang yang segak dan cergas. Sedang melonjak popular di kalangan pelajar sama ada di kalangan pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Hazami Ghazali juga menjadi ketua blok Aspura Damai. Di kelas PPN 1 ini mereka berdua digandingkan. Nadia selalu cuba mengacah Nora konon sangat padan dengan Hazami. Nora hanya ketawa dan menganggapnya sebagai sebuah gurauan kosong sahaja.

Hari pertama kelas pun ada guru yang ghairah untuk terus memulakan pengajaran ketika guru lain kebanyakannya masuk dan melakukan sesi pengenalan. Ah! Barangkali semuanya bersemangat baru dan nampaknya ini suatu petanda baik.

Dua tiga hari pun berlalu, kisah Syakira diganggu hantu walaupun masih diingati tetapi bukanlah menjadi suatu topik yang hangat lagi. Cerita-cerita suasana di dalam kelas, pelajar yang mana popular sama ada kacak atau cantik, nakal atau baik, juga cikgu mana yang diminati ataupun tidak disukai lebih banyak dibincangkan.

Minggu-minggu seterusnya masing-masing makin serasi dengan suasana asrama dan sekolah. Apatah lagi apabila diberi peluang keluar ke pekan pada minggu kedua setiap bulan dan pulang ke kampung pula pada minggu terakhir bulan. Hilanglah tekanan, ada kegembiraan maka banyaklah kisah yang hendak dibualkan.

Pelajar-pelajar pun sudah ada aktiviti yang hendak dijalankan melalui gerakerja ko-kurikulum. Nora memilih unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah, menyertai Kelab Redaksi Majalah Sekolah dan mencuba nasib menjalani latihan pemilihan pasukan bola jaring mewakili sekolah.

Syakira pun sudah kembali ke asrama dan kelihatan lebih bersemangat. Rakan dorm A1 pun tidak banyak menyakat dan mempermainkan dia tetapi lebih banyak mengambil hati.

Dorm A1 selalu dileteri oleh Cikgu Rozita pada perhimpunan Aspuri kerana dorm ini selalu lebih bising daripada dorm yang lain. Akan tetapi dipuji pula kerana kemas dan terbersih malah jarang ahli dorm A1 didenda dengan kesalahan seperti ponteng sembahyang, tidak turun sewaktu riadah dan lain-lain. Ini bukan sahaja kejayaan Dalilah selaku pemimpin tetapi kerjasama yang erat oleh semuanya. Dan salah seorang yang patut diberikan pujian ialah Batrisya, budak katil paling hujung sekali di bawah Aisyah, fikir Nora.

Batrisya berasal dari Kuantan, sederhana tinggi dengan tubuh yang sedang. Orangnya pun baik, mudah ketawa malah ketika peristiwa Syakira dirasuk tempoh hari kelihatan Batrisya tidak panik sangat. Bagi Nora, Batrisya layak diberi pujian kerana 'jasanya' setiap hari menjelang subuh mengejutkan semua ahli dorm. Batrisya paling awal tidur dan paling awal bangun. Apabila bangun dia akan menyalakan lampu dorm. Dalam perjalanan ke bilik air dia akan melaung, "Bangun! Bangun! Subuh! Subuh!". Kalau tiada Batrisya susah juga walaupun hampir semua ahli dorm masing-masing memiliki jam loceng sendiri.

"Nora!" Panggil Aisyah sewaktu berjalan pulang ke asrama sebaik tamat latihan bola jaring. Aisyah juga menyertai latihan itu. Nora yang berjalan bersama Aida dan Kasmah menoleh. Aisyah memberi isyarat supaya menunggunya untuk jalan bersama.

"Aku ada benda pelik nak cerita kat kau." Kata Aisyah sambil ketawa kecil. Ketawa yang bercampur-baur dengan berbagai rasa.

"Pelik apanya?" Tanya Nora tak sabar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 07, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hostel PuakaWhere stories live. Discover now