Bab 3 Misteri Syakira

118 1 0
                                    


Tanpa disedari sudah hari Jumaat. Hari terakhir minggu suaikenal. Kesibukan semua pelajar dengan jadual aktiviti yang padat sehingga mereka berasa penat dan tertekan bakal berakhir. Malam ini selepas Isyak ada Program Malam Bakat di Dewan Besar sekolah sempena penutup minggu suaikenal. Pelajar-pelajar mewakili kelas masing-masing diminta membuka persembahan. Malam itu juga penentuan siapakah juara nyanyian. Seramai enam pelajar, tiga pelajar perempuan dan tiga pelajar lelaki layak ke peringkat akhir pada malam nanti setelah uji bakat dijalankan pada hari pertama Minggu Suaikenal lalu.

Nadia antara yang terpilih dan dianggap peserta berpotensi. Nora kagum dengan bakat Nadia walaupun bertubuh gemuk tetapi mempunyai suara yang baik. Nadia mampu menjadi johan, ramal Nora. Nora dan beberapa rakan mewakili kelas Pengurusan Perniagaan mereka membuat persembahan pantomin atau drama tari bertemakan sayangi alam sekitar. Sibuk berlatih membuatkan Nora tidak memikirkan sangat peristiwa ngeri malam itu. Ada juga dia bercerita kepada Aida, Nadia dan Susan tetapi mereka tidak percaya malah mentertawakan dia. Cuma Kasmah percaya tetapi berharap yang Nora hanya berkhayal.

Lima hari cukup untuk Nora mengenali nama dan mengingati ke semua rakan sekelas dan rakan satu dorm. Tetapi tidaklah cukup masa untuk rapat dengan ke semuanya. Kelasnya mempunyai tiga puluh orang pelajar, dua belas darinya lelaki manakala selebihnya perempuan.

Petang waktu riadah mereka gunakan sepenuhnya berlatih untuk persembahan malam nanti. Guru tingkatan mereka, Cikgu Nathan hanya memantau dari jauh dan memberi kebebasan pelajar-pelajar berbincang dan bekerjasama menjayakan tugasan itu. Untuk kategori drama, kelas mereka harus bersaing dengan kelas Kejuruteraan Mekanikal. Dengarnya kelas Kejuruteraan Mekanikal membuat drama bangsawan Si Bongkok Tanjung Puteri. Pasti sengit cabarannya. Nadia yang bukan sahaja sebilik tetapi juga rakan sekelasnya itu turut memberi sokongan. Dia nampak yakin untuk menyanyi malam nanti.

Riiinggg!

Bunyi loceng menandakan tamat waktu riadah. Mereka semua bergegas pulang ke asrama untuk mandi dan bersiap sebelum makan malam di Dewan Makan. Nora, Nadia, Susan dan Aida berlari anak menuju tangga asrama. Sebaik mereka hendak mendaki tangga tiba-tiba gemuruh bunyi kawan-kawan asrama berlari menuruni tangga diselangi jeritan seperti ketakutan. Mereka seperti sedang melarikan diri dari sesuatu yang mengejar. Nora, Nadia, Susan dan Aida cemas dan menahan mereka untuk mengelak dari bertembung. Silap-silap keempat mereka boleh jatuh dirempuh oleh kumpulan yang ramai itu.

"Hantu!" Kata mereka bersahut sahutan.

"Apahal ni Syafiqah?" Tanya Nora kepada Syafiqah yang berlari paling depan. Mereka semua berkumpul di anak tangga.

"Entah. Diorang jerit hantu dan lari aku pun ikut lari sama." Jawab Syafiqah terkerenyin.

"Bukan. Si Syakira tu." Kata Farhana yang muncul dari celah kumpulan. "Dia cakap hantu sakat dia di bilik mandi. Dia sedang mandi, dia buka sabun baru. Kertas pembungkus sabun dia buang di lantai sahaja untuk sementara. Lama-kelamaan air bertakung sebab lubang air di dalam bilik air dia mandi tu tersumbat dek kertas pembungkus sabun tu. Dia pun cuba ambil kertas pembungkus sabun tu, tiba-tiba..." Farhana berhenti bercerita, seperti sedikit gugup.

"Kenapa?" Tanya Nora. Susan berkerut cuba untuk memahami lebih jelas apa yang sedang berlaku. Ini kerana loghat Kuala Lipis Farhana terlalu pekat.

"Tiba-tiba ada tangan keluar dari lubang lantai bilik air tu cuba berebut kertas pembungkus sabun tu." Cerita Farhana dengan suara bergetar.

"Huh! Mengarutlah! Tak percaya aku." Kata Nadia. "Tak logik langsung."

"Betul Nad." Sampuk Diana. "Syakira cakap jari tangan yang keluar dari lubang lantai bilik air tu kecil je. Macam jari budak kecil. Kukunya merah ada inai."

Hostel PuakaWhere stories live. Discover now