#1 Bos Baru

1.4K 59 10
                                    

"Cantiknya budak tu!" Buntang mata Detektif Aizat tatkala melihat kemunculan seorang gadis cantik di Ejen Penyiasatan Negeri (EPN) Sarawak itu. Dt. Aizat cuba untuk mengimbas ukuran badan ramping gadis itu dengan mata kasarnya. Rancangannya untuk menggoda gadis itu sudah berlegar-legar di minda. Cantik betul! Tak pernah aku jumpa perempuan secantik ni. Kalau kena cara, boleh bawa balik ni.

"34-26-36 tu, bro! Kalau aku dapat tu, confirm tak lepas!" balas Dt. Tarmizi yang juga terkenal dengan perangai miangnya. Janggutnya dipintal-pintal sambil mengukirkan senyuman gatal. Tangan kanannya pula menepuk-nepuk bahu rakan seperjuangannya. Matanya tidak lepas dari tubuh langsing gadis itu.

"Apa yang korang melalut ni? Tunjuklah disiplin sikit," tegah Dt. Rizal. Kepalanya digeleng-gelengkan. Dia pula yang terasa malu dengan ketidaksopanan rakan-rakan sejawatnya itu.

"Diam la, budak baik. Biar aku uruskan perempuan cantik tu." Dt. Aizat menuju ke arah gadis cantik itu dengan wajah yang agak bongkak. Rambutnya yang dibetulkan sambil berjalan.

"Hai, cik. Boleh saya bantu?" tegurnya setelah berdehem beberapa kali untuk membetulkan suaranya. Matanya diredupkan ketika menguntumkan senyuman.

"Hai, saya Melinda. Agent Mel. Bahagian Siasatan Jenayah," ujar At. Melinda memperkenalkan diri. Tiada nada kemesraan pada suaranya. Jelingannya matanya yang tajam tepat ditujukan pada anak mata Dt. Aizat.

"Puan!" Segera mereka bertiga berdiri tegak dan membuat gaya tabik hormat secara serentak di hadapan At. Melinda sambil menahan nafas.

Kerongkong mereka tidak semena-mena terasa kelat. Muka serius At. Melinda langsung tidak mengukirkan sebarang senyuman. Mereka bakal berhadapan dengan bos baru yang tegas.

"Tak perlu formal sangat. Saya belum mula bertugas hari ini. Saya nak jumpa Lead Agent Bujang. Dia ada hari ini?" Nada At. Melinda masih lagi tidak mempunyai tanda-tanda kemesraan.

"Kebetulan pula, Puan. Tuan Bujang ada dekat bilik dia. Nak saya tunjukkan?" ujar Dt. Aizat berbahasa. Perasaan serba salah mulai menyelubungi dirinya. Mukanya panas menahan malu.

"Tak perlu. Saya boleh cari sendiri. Terima kasih."

Sejurus dengan itu, At. Melinda menuju ke bilik LAt. Bujang meninggalkan ketiga-tiga detektif itu. Terkebil-kebil mata mereka memandang lenggok tegas ejen baru itu. Air liur mereka seolah-olah tersangkut di kerongkong.

"Kau la ni Aizat! Pandang nampak awek je nak tunjuk hero. Kan dah kena sebijik!" marah Dt. Rizal pabila susuk tubuh Melinda sudah hilang dari penglihatan.

"Dah dia datang tak pakai uniform. Mana aku nak tahu Puan cantik macam tu bos kita." Dt. Aizat cuba mempertahankan dirinya. Macam mana lah aku boleh tak perasan perempuan cantik tu bos baru? Jatuh reputasi aku. Hatinya mengomel kesal kerana terlepas peluang keemasannya.

🔪 🔪 🔪

Tok tok tok!

Melinda mengetuk pintu bilik yang tertera nama Lead Agent Bujang sebanyak tiga kali. Jam tangannya dikerling sepintas lalu. Dia hanya mempunyai masa kurang dari 24 jam untuk menguruskan perihalnya di tempat baharu sebelum mula bertugas.

"Masuk." Suara garau LAt. Bujang kedengaran jelas di telinganya.

Tanpa berlengah, At. Melinda memulas tombol pintu itu tersebut. Dia menggamitkan senyuman pabila melihat LAt. Bujang yang sedang sibuk menyusun fail-fail kes yang perlu disemak.

"Duduk, Mel. Tak perlu nak berkenalan sangat dengan aku. Bukannya kita tak pernah kenal. Aku dah kenal kau sangat dah," ujar LAt. Bujang memulakan bicara.

At. Melinda tergelak kecil. Kerusi di hadapannya ditarik perlahan.

"Kau macam mana, Bujang?" soal At. Melinda sebaik sahaja melabuhkan punggungnya.

"Aku macam ni la, Mel. Bujang lagi. Macam suwey pulak nama aku ni."

"Suwey ke kau yang memilih? Macam aku tak tahu yang kau tu jenis yang nak perempuan dahi licin je. Dulu Aina nak dekat kau, kau tolak. Kau kata dia hitamlah, gigi jonganglah," perli At. Melinda. Jelingannya menusuk ke hati LAt. Bujang.

"Aina tu bukannya tak lawa, Mel. Cuma tak cukup lawa di mata aku," ujar At. Bujang sambil tersengih. Barisan giginya yang teratur seolah bersinar-sinar seperti iklan ubat gigi di media massa.

"Pigidah! Malas aku nak layan."

"Kau pulak macam mana, Mel? Nak kata dah kahwin, tak ada pulak aku dapat apa-apa jemputan kat Facebook. Yelah, orang sekarang mana nak hantar kad dah. Semua nak canggih hantar dalam talian je."

At. Melinda terdiam. Dia tidak mampu untuk mencari jawapan kepada soalan lelaki itu. Kahwin? Aku mana pernah ada pakwe. Inikan pula nak mendirikan rumah tangga? Kirim salam lah.

"Aku dah agak dah kau tak akan jawab."

"Kalau dah tahu, kenapa kau tanya lagi?"

At. Melinda dan LAt. Bujang terdiam seribu bahasa. Mereka terperangkap dalam dilema yang dicipta oleh mereka sendiri. Ada sejarah silam yang mereka cuba sembunyikan.

"Kau dah ready?" soal LAt. Bujang memecahkan kesunyian.

"Ready apa?" Berkerut dahi At. Melinda dalam usaha untuk menghadam soalan LAt. Bujang itu. Dia ni nak ajak aku kahwin ke apa?

"Yelah, dah ready nak mula bertugas di sini?" LAt. Bujang mengulang kembali soalannya dengan lebih terperinci.

"Oh. Aku yang minta tukar, Bujang. Mahu tak mahu, aku perlu bersedia."

"Baguslah kalau macam tu. Kejap lagi DD masuk, kita pergi jumpa dia. Sekurang-kurangnya dia dah kenal kau sebelum kau lapor diri esok. Tapi aku rasa dia memang dah kenal kau Mel."

Deputy Director Sinaran. Mestilah kenal aku. Getus hatinya. "Baiklah."

🔪🔪🔪 

So, what's next? Hehe

Tata!

💀 Hanya Ada Kematian | PreviewWhere stories live. Discover now