"Saya tak faham kenapa saya perlu berada di sini," omel Alya perlahan.
"Tak faham atau buat-buat tak faham?"
"Pasal Adri?"
"Oh, sekarang dah faham pula?" perli At. Melinda.
"Saya tak tahu menahu tentang apa yang berlaku. Tolong lepaskan saya," rayu Alya.
"Awak akan dilepaskan selepas sesi soal siasat ini. Awak hanya perlu berikan kerjasama dan jawab soalan saya," ujar At. Melinda tenang.
"Baiklah, apa-apa yang boleh keluarkan saya dari sini dengan cepat."
"Adri beritahu, dia ada bersama awak pada 16 hingga 20 April. Betul atau tidak?" soal At. Melinda.
Alya terdiam. Dia malu untuk menjawab soalan itu.
"Kenapa tak jawab? Saya sudah tahu apa sejauh mana hubungan awak dan Adri. Tak perlu nak berselindung lagi. Jawab sahaja pertanyaan saya."
"Ya, kami berada di rumah sewa saya."
"Di mana?"
"Di Tabuan Dusun."
"Pada tarikh berkenaan, adakah Adri ada sepanjang masa bersama awak?"
"Ya, kami bersama sepanjang masa. Hanya keluar pada waktu makan sahaja." Alya terdiam seketika. Dia tertunduk. Malu sendiri dengan jawapan yang diberikannya.
"Ada sesiapa yang boleh sahkan keberadaan awak di rumah?"
"Ada. Teman serumah saya."
"Jika teman serumah awak disoal mengenai hal ini adakah dia akan turut memberikan jawapan yang sama?"
"Ya, dia akan berikan jawapan yang sama."
"Pasti?"
"Saya pasti," jawab Alya dengan penuh yakin.
🔪🔪🔪
Kelihatan seorang ibu dan anak perempuannya sedang gelisah di ruang tamu rumah mereka. Dahi mereka berkerut-kerut, memikirkan sesuatu yang penting. Sesekali, anak perempuannya itu menyeka air mata menggunakan lengan baju. Air matanya masih lagi bersisa.
Ibunya mengusap belakang badan anaknya, cuba untuk menenangkannya. Anak perempuannya menggeleng kepala laju-laju. Sekali lagi, air mata dihamburkan membasahi pipi mulusnya.
"Sik ada apa-apa. Nanti nya balitlah ya." Tak ada apa-apa. Nanti dia baliklah tu.
"Dua ari nya sik balit. Telefon sik jawab. Kelakar sama kamek, nya gik sine?" Dua hari dia tak balik. Telefon tak jawab. Cakap sama saya, dia pergi mana?
Ibunya mengerutkan dahi, memikirkan sesuatu yang rasional.
"Kamek mauk telefon polis. Kitak nunggu sitok." Saya mahu telefon polis. Awak tunggu sini.
"Kamek mauk ikut kitak."
"Aok. Aok. Gik pake baju kacak tek. Iboh kusut camtok." Ya. Ya. Pergi pakai baju lawa. Jangan kusut macam ni.
🔪🔪🔪
"Saya dah bagitahu awak yang saya tak suka awak. Tak faham-faham lagi ke?"
"Maknanya apa yang awak buat selama ni tanda awak tak suka? Macam tu?"
"Apa yang saya buat?"
Gadis itu mengeluh. Lelaki itu sentiasa untuknya selama ini. Benar, dia tidak pernah meluahkan kata-kata cinta. Akan tetapi, setiap gaya tubuh, setiap kata-kata yang dilontarkan jelas menunjukkan perasaan yang tidak terungkap itu.
YOU ARE READING
💀 Hanya Ada Kematian | Preview
Misterio / SuspensoAWAS! Bacaan matang 18+! Kekejaman maksima dan melampaui batas. Baca jaga-jaga. Kalau jadi apa-apa aku tak tanggung k! *Diterbitkan oleh Lejen Press pada April 2017* *Jangan lupa support dan beli versi buku untuk tahu kesudahan novel ini ok?* Baru s...