#2 Seekers

1.2K 54 3
                                    


Rabu, 21 April 2021


Bau busuk itu mengundang tekanan kepada penduduk Taman Perumahan Pelita Jaya. Sudah 5 hari mereka menanggung seksa menghidu bau yang tidak menyenangkan itu. Sehingga ke hari ini mereka tidak mampu untuk mengenal pasti sumber bau berkenaan. Menurut beberapa orang penduduk, ianya kemungkinan besar datang dari rumah yang telah lama ditinggalkan yang terletak di lot ketiga taman itu.

Pelbagai teori telah diajukan dan dijadikan buah mulut komuniti di situ. Ada yang mengatakan ianya adalah bau yang dihasilkan oleh penunggu rumah tersebut. Ada juga yang menyatakan bahawa ianya berkemungkinan bau yang datang daripada mayat mat pet yang sudah mati kerana terlebih dos dadah ataupun AIDS. Beberapa penduduk yang lain pula berpendapat bahawa bau itu barangkali terhasil daripada bangkai kucing yang telah mati kerana terperangkap di dalam rumah tersebut.

Di kedai kopi Pak Leng, Kamal dan Azmi juga tidak terkecuali dari bilangan statistik penduduk yang ligat memberi hipotesis.

"Aku rasa mesti ada sesuatu dalam rumah kosong tu. Kalau bukan bangkai, mesti hantu," kata Kamal sambil menggentel janggut nipisnya.

"Kalau hantu, tak ada pulak orang dengar suara dia mengilai malam-malam," balas Azmi.

"Mana tahu hantu tu bisu ke?" ujar Kamal sambil tersengih.

"Bisu kepala bana kau! Layan kau ni sampai ke kiamat tak habis." Azmi menghirup teh tarik kurang manisnya. Ada buih-buih teh tarik yang melekat di kumisnya. Puntung rokok di tangan kirinya sudah sampai ke hujung.

"Apa kata malam ni kita buat misi?" Kamal memberikan cadangan.

"Kau nak pecah masuk rumah tu ke?" soal Azmi seolah-olah sudah mengetahui apa yang bermain di fikiran sahabatnya. Kimia yang ada antara mereka yang menjadikan mereka sahabat baik. Naluri yang menghubungkan mereka sama seperti pasangan kembar yang boleh berkomunikasi melalui telepati.

"Ha ah, kau nak ke tak?"

"Aku on je. Dah lama aku tak jadi seekers ni. Paling latest dulu masa mengendap Mak Jah mandi tepi telaga. Aku kecik lagi masa tu. Tapi sekali dia angkat kepala, melompat aku lari tak cukup tanah. Rambut dia kalah langsuir!" cerita Azmi sambil menunjuk demo gaya Mak Jah mengangkat kepalanya.

"Kah kah kah. Mak Jah pun kau nak mengendap? Punyalah teruk kau punya selera!"

"Ah, masa tu dia muda. Kau apa tahu! Plan kita ni jadi ke tak?" Azmi meminta kepastian.

"Ini Kamal la, Zemi. Semua jalan!"

"Jadi, apa plan kau?"

"Macam ni. Kau datang rumah aku malam ni. Pukul 8 tepat. Lepas tu kau bawalah topeng atau apa-apa yang patut sekali. Topeng tu jangan lupa. Aku tak nak kau muntah-muntah kat dalam tu dan bikin spoil. Kita masuk rumah kosong dekat lot 3 tu. Lepastu, kita cari jelah dari mana bau busuk ni datang," terang kamal secara ringkas mengenai projek seekers mereka.

"Senang je tu. Malam ni aku roger!" setuju Azmi tanpa berfikir panjang.

🔪🔪🔪

Kamal dan Azmi berdiri di hadapan rumah kosong itu dengan perasaan gemuruh. Jantung mereka berdegup kencang. Berulang-ulang kali mereka beristighfar di dalam hati untuk mencari petunjuk. Adakah tepat keputusan yang mereka lakukan ini?

"Zemi, aku rasa kita balik jelah bro. Seriau pulak tengkuk aku. Rasa macam ada orang pandang-pandang je," ujar Kamal memberi cadangan. Bulu romanya sedari tadi sudah berdiri tegak. Badannya terasa seram sejuk sebaik sahaja dia menjejakkan kaki di hadapan rumah itu.

💀 Hanya Ada Kematian | PreviewWhere stories live. Discover now