Si Kumbang

24 0 0
                                    

Nama aku Rayyan Irfan bin Dato' Adam Irfan. Orang panggil aku 'Pan' or 'Rayyan'. Kalau rasa nak bermanja sikit orang panggil aku 'Ayyen' yang bunyi dia dengar macan 'iron'. Suka hatilah. Kalau yang malas dia tahap celaka tu,deme cuma panggil "wei".

Umur aku dah cecah 28 tahun. Aku bukan seorang yang berlagak tapi aku sudah pun mewarisi syarikat abah dalam usia begini.

"Untunglah anak Dato'... Senang je nak dapat syarikat"

Tak dinafikan,aku rasa memang untung. Cuma aku tak suka jugalah orang cakap macamni sebab gaya dia macam aku tak berusaha langsung tbh. Rezeki orang kan lain-lain? Nak cerita ke perjalanan aku dalam mencari ilmu pentadbiran dan perniagaanni? Tak payahla.

Makwe? Tak aku takde makwe. Even orang cakap muka aku macam Aeril Zafrel (bezanya aku hanya bermisai dan tidak berjambang),aku memang takde makwe. Kenapa? Tak. Aku bukan gay. Nanti korang tahulah.

Baru-baruni, bagi melatih diri aku untuk menjadi jantan sejati, aku pindah keluar daripada villa abah dan membuat keputusan untuk tinggal sorang di rumah baru. Rumah tu takdelah besar mana, cuma banglo setingkat je.

Best memang best, tapi aku risau. Dari tingkap ruang tamu rumah aku, aku boleh nampak ruang tamu dengan bilik utama jiran sebelah. Bukannya apa, aku takut jiran aku stalk aku. Aku kan hensem. Hehe.

Takdelah, aku rasa aku yang stalk jiran aku tu nanti.

Jiran aku tu perempuan, nama dia Bunga. Ayu.

SANG BUNGAWhere stories live. Discover now