Nama betul Bunga, Nur Jannah binti Dato' Nurhidzam. Tapi Bunga tak suka nama betul Bunga. Jannah dalam konteks Islam bermakna syurga. Bunyinya macam yakin saja Bunga akan ke 'Jannah'.
Bukannya Bunga tak yakin,tapi Bunga tahu. Lagipun setiap manusia tidak terlepas dari dosa kan? Senyum.
Macammana Bunga dapat nama timangan 'Bunga' ni? Sebab Bunga sangat sukakan bunga. Bunga seorang florist. Ramai orang suka gubahan bunga yang dibuat oleh Bunga sebab mereka kata kemas dan cantik.
Sebab itu juga,papa berhenti daripada mendesak Bunga untuk mewarisi syarikat papa dan benarkan Bunga untuk membuka kedai bunga milik Bunga sendiri.
Lagipun orang cakap Bunga baik macam wanita melayu terakhir. Bunga lembut dan tak kasar macam perempuan lain. Bunga setuju tu. Bunga pun rasa Bunga lembut. Bunga suka senyum. Ikhlas.
Bunga tak mudah jatuh hati. Seingat Bunga, Bunga memang tak pernah ada boyfriend. Bukannya takde orang nak, tapi Bunga yang taknak. Bunga kalau dah suka seseorang, Bunga susah nak lepaskan. Bunga taat.
Papa kata Bunga kena pandai jaga diri sebabtu bila Bunga dah buka kedai,papa belikan rumah untuk Bunga tinggal sendiri. Bunga suka dengan tindakan papa. Kenapa? Hmmm...
Baru-baruni, ada orang baru pindah masuk sebagai jiran Bunga. Betul-betul sebelah rumah Bunga. Lelaki. Bunga tak tahu kenapa tapi bila Bunga tengok dia, Bunga rasa semacam.
Bunga rasa Bunga dah mula sukakan jiran baru Bunga tu. Sangat suka. Lagipun dia sama macam Bunga, anak Dato'. Memang sepadanlah. Hihi.
Ah,Bunga lupa nak cakap. Bunga suka pokok bunga Rose.
YOU ARE READING
SANG BUNGA
General FictionNama betul Bunga, Nur Jannah binti Dato' Nurhidzam. Tapi Bunga tak suka nama betul Bunga. Jannah bermaksud 'syurga' dalam bahasa arab. Bunyinya macam yakin saja Bunga akan ke 'Jannah'. Bukannya Bunga tak yakin tapi Bunga tahu. Bunga ada seorang jira...