"Kahkahkah! Betul gak apa yang dia tanya. Kau poyo je taknak salam bukan muhrim katanya batal solatla, haramla. Tapi kalau ajak date ke dinner berdua ke kau pergi jugak," Zaid memandang aku mengejek.
Aku meraup daguku yang bersih. "Memanglah. Manusia tak terlepas dari nafsu. But aku cuba kawalkan? At least aku tak pegang anak dara orang sukahati. Tapi Zaid, jiran aku tu cun weh. Clashla dengan makwe kau then kapel dengan dia,"
Terlopong mulut Zaid memandang aku. "The Heck?! Asal aku pulak? Dah dia cun, kau jela yang kapel dengan dia,"
"Well, aku sayangkan tunang aku lagi," aku berkata selamba. Ya, aku dah bertunang. Terkejut tak?
"Habistu aku? Bangangla idea kau ni Pan," Zaid tergelak dan bangun dari sofa pejabat aku. Kakinya melangkah ke arah pintu.
"Nak ke mana?"
"Nak pergi memancing dugong. Aku balik pejabatla,bangang. Kau sebagai bos sepatutnya awal-awal dah halau aku. Aku nak cari si Diana sembelit jap,"
Dan Zaid melangkah keluar.
-----------------------------------------------
"Irfan, Irfan tak ingat ke hari ni hari apa? Jangan cakap Irfan lupa,"
" No la Anis. Takkanlah Irfan lupa. Kita punya anniversary perkenalan kan?"
"Ingatkan Irfan lupa. Ni Anis dah belikan your favourite red velvet from Secret Recipe. Datanglah kondo Anis. My mom ada sekali don't worry,"
Ini yang sayang tunang aku lebihni. Tiba-tiba aku berasa teruja mahu menyambut hari pertama perkenalan aku dengan Anis. Jarang si Anis ni nak melayan craving aku dengan red velvet Secret Recipe ni. Tangan aku laju mengemas dokumen² di atas meja.
"Okay noted. By 8, Irfan datang. Bentang karpet merah tau,"
"Hahahahah. Tak kuasa. Bye. Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam,"
Klik. Aku terus mencapai beg aku dan bergegas keluar.
"Bos, nanti kirim salam dekat my bestfriend tu ya?"
Diana menegur aku dari meja PA. Diana merupakan kawan baik tunang aku dan merangkap match maker kami berdua.
"Of course,"
-------------------------------------------------
Dalam perjalanan aku ke kondo Anis, aku singgah di kedai bunga berdekatan kawasan perumahan aku. Sebagai seorang yang gentleman, mestilah aku akan hadiahkan bunga untuk bakal isteri aku tu kan?
Kaching.
"Selamat datang,"
Aku terkejut. "Eh? Bunga?"
"Ya saya Bunga. Rayyan buat apa dekat sini?"
Apa punya soalanlah kau bagini bunga. Dah namanya kedai bunga, mestilah aku datang beli bunga.
"Beli bungalah,cik kak. Awak tu buat apa? Beli baju ke kat sini?"
"Ish Rayyan ni. Mana ada... Bunga pemilik kedai ni lah,"
Lagi sekali aku terkejut. Oh, bos kedai rupanya. Boleh mintak diskaun ni. Aku melihat-lihat bunga di sekeliling. Aduh, aku tak pandai sangat bab bunga-bunga ni.
"Rayyan nak Bunga tolong? Bunga tengok Rayyan macam blur je,"
Aku lega mendengar pertanyaan Bunga. Lebih baik suruh dia pilih kan? Aku mengangguk.
"Rayyan nak beli untuk siapa? And for what?"
Tiba-tiba aku rasa kelu nak jawab 'for my fiancée'. Aku memandang Bunga. Matanya seakan memaksa aku untuk menjawab benda lain.
"My mom. Today anniversary umi and abah saya and my mom really love flowers,"
Bunga tersenyum.
YOU ARE READING
SANG BUNGA
General FictionNama betul Bunga, Nur Jannah binti Dato' Nurhidzam. Tapi Bunga tak suka nama betul Bunga. Jannah bermaksud 'syurga' dalam bahasa arab. Bunyinya macam yakin saja Bunga akan ke 'Jannah'. Bukannya Bunga tak yakin tapi Bunga tahu. Bunga ada seorang jira...