Selama 28 tahun aku hidup dibayangi ketiak umi dan abah,akhirnya, pada hari ini, aku bebas daripada bau ketiak-ketiak ini. Seronok ada. Sedih ada. Takut ada.
"Pan, ada apa-apa lagi ke nak abah tolong?"
"Takde dah kut. Baju-baju semuatu dah kemas dalam almari dah."
Aku perhati setiap sudut rumah baru aku dan susun atur perabot. Hmmm... Puas hati juga. Nasib baik abah dengan umi tolong, kalau tak sebulan baru siap kemas.
"Kalau macamtu abah dengan umi balik dulu lah" Abah muncul dari dapur rumah.
" Oh okay. Why not stay dengan Pan sehari? Manatahu abah nak cium-cium Pan ke?"
"Takde masa nak cium kamu. Kalau boleh abah nak balik terus. Malas nak tengok muka kamu. Bosan"
Aku tergelak dengan kata-kata abah. Gurauan seperti ini sudah biasa dalam keluarga aku. Aahhh..aku mesti rindu suasana macamni nanti.
Umi menepuk bahuku lembut. "Dahla Pan, umi balik dulu. Malamni sebelum tidur jangan lupa baca doa. Kaki basuh. Pintu jangan lupa kunci"
"Okaylah umi. Pan tahulah, Pan dah besar"
"Kalau macamtu, alright. Dah,salam cepat. Umi nak gerak ni"
Aku tersenyum lantas terus menyambar salam umi dan abah.
-------------------------------------------------
"Assalamualaikum!"
Jam menunjukkan pukul 5 petang dan aku sedang terpacak di hadapan rumah jiran aku. Why? Iyelah, sebagai orang yang baru pindah, kita kena berkenalan dengan jiran-jiran kita. Malaysiakan negara prihatin?
"Waalaikumussalam" Dang.
Oh? Perempuan ke jiran aku ni?
"Ye? Nak apa? Awak siapa?"
Uuuuiiii. Cun gila jiran aku ni! Mata bulat, kulit kuning langsat, rambut panjang diikat toncang kuda,memang ciri-ciri wanita idamanla! Aku terkesima sebentar melihat keindahan Tuhan yang satu ini.
"Eemmmm..hello?"
"Eh? Oh, hai! Sori,sori. Saya mengelamun kejap. Biasalah,lelaki kan? Mana boleh nampak perempuan cantik, nanti cair"
Gadis bertocang kuda itu tergelak.
"Lawakla awakni. Awak ni orang yang baru pindah masuk rumah sebelah ni ke? I never see you before,"
" Oh ya! Saya baru masuk pagi ni. Nama saya Rayyan Irfan. Panggil je Rayyan."
" Just call me Bunga," Bunga menghulurkan tangannya tanda mahu bersalaman dengan aku.
"No, it's okay. Saya bukan mahram awak," Aku menolak huluran tangannya sopan. Senakal dan sejahilnya aku, aku memang takkan pegang orang yang bukan muhrim bagi aku.
Bunga senyum dan nampak langsung tidak terkedu. Matanya tampak bersinar.
Wow. Gentleman.
" Nak dinner dengan Bunga malamni? Sebagai tanda kenal-kenalan?"
Eh?
YOU ARE READING
SANG BUNGA
General FictionNama betul Bunga, Nur Jannah binti Dato' Nurhidzam. Tapi Bunga tak suka nama betul Bunga. Jannah bermaksud 'syurga' dalam bahasa arab. Bunyinya macam yakin saja Bunga akan ke 'Jannah'. Bukannya Bunga tak yakin tapi Bunga tahu. Bunga ada seorang jira...