Noktah, Seru , Koma dan Tanya.

7 1 0
                                    

Ini jawapan aku,
Terhadap soalan yang kau tanya,
Bagaimana dengan kita?

Bukan noktah,
Yang akan
Menghancurkan harapan,
Memusnahkan impian,
Melukai hati,
Menyakiti mental.

Bukan juga tanda seru,
Yang seolah membuka pintu zina seluas-luasnya.
Kepada hubungan sebelum ijab dan kabul.

Apalagi dengan koma,
Yang meminta ditunggu,
Kerana janji manusia itu tidak pernah pasti.

Hanya tanda soal yang mampuku beri,
Agar cangkuknya,
Disangkut pada tali Allah,
Agar Tuhan masih yang pertama,
Agar maruah masih terpelihara,
Agar jalan keluar diterangi.

Doalah padaNya,
Dia maha memahami.

Cerita Hati Belum MatiWhere stories live. Discover now