Dalam, dalam.
Aku lepas nafas pelan.
Menanti siang mengganti malam.Diam,
Diam langit tambah kelam.
Hati rungsing tak tenteram.Kelam,
Kelam kau sendiri mengatur jalan.
Dalam sepi kau tenggelam.Kawan,
Semua kau simpan dalam.
Luah,tak. mata kau dah berkolam.
Menanti pecah empangan luka paling dalam
Tak pernah diluah pada kawan.
Apa kau fikir aq tuhan?
Mampu baca hati yang penuh luka bersulam?Selam.
Aq cuba untuk selam,
Hanya malap dan kelam malam.
Apa yang kau simpan tiap malam, kawan?Aq diam lagi.
Aq cuba lagi.
Aq x kan henti.
Masih berharap pada mimpi,
Agar kau juga mengerti.
Aq x punya kuasa baca hati.Luahkan rasa hati,
Moga kurang rasa sendiri.
Mana mungkin kau sendiri?
Sedang doa buat kau tak pernah berhenti.
Ayuh, sambut tangan ini.Biar pelita tuhan bawa kau kembali,
Mencari hakiki.
Biar rahmat tuhan ajar kau berdiri,
Tak lagi rebah bila sendiri.
Biar sujud kau penuh rasa hati,
Luahkan pada ilahi rabbi.Aq juga masih disini.
Sentiasa ada,untuk menanti.
Biar hakikat itu tak kau sedari,
Aq yg pilih jalan ini.
YOU ARE READING
Cerita Hati Belum Mati
PoetryAku tulis atas apa yang kurasakan, Bukan puisi, kalau itu yang kau mahu, Bukan diari, kalau itu yang kau pinta, Bukan novel, kalau itu yang kau ingin. Sekadar rasa hati, yang tiada pendengar, melainkan pembaca. Mengocak hasrat hati yang larut dalam...