#2

23 1 1
                                    

....................................

Kriiiiiiinnnggggggg!!!!!

Fuhh, rehat pun.. Ingat nak belajar sampai malam nanti baru nak berhenti.. Dah la aku lapar, cikgu ajar apa pun aku tak paham. Yang si Rayyan sebelah aku ni pun satu, aku tanya soalan sikit pun nak marah. Ingat kalau jawab soalan aku tu boleh rugi sejuta kot..

Hmmpp!😐

Sokay la,, aku tak mau simpan dalam hati lama-lama.. Nanti tak pasal ja aku buat dosa kutuk dia dalam hati setiap hari.. Aku kan baik..Huhuhu..😉 Nanti soalan yang aku tak paham tu aku tanya balik kat cikgu..

....................

Kantin sekolah ni kat mana ehh? Aku dah kebulur macam orang tak makan setahun dah ni.. Berbelit sungguh la jalan kat sekolah ni. Tau la sekolah ni besar, at least bagi la aku ni peta ka suruh orang bawak aku round sekolah ni ka, ok la jugak.. Ni biar ja aku melilau sorang-sorang kat sini.. Last-last aku tersesat sampai taman bunga..

"Hmm.. Mak cik, saya nak tanya sikit boleh tak? Kantin kat mana eh?" Aku bertanya dekat sorang mak cik cleaner yang tengah menyapu daun-daun kering kat taman tu.

"Anak ni dah sesat ka? Kantin ada kat blok A sana.. Haa, lagi satu budak-budak kat sini panggil kantin tu kafe.."

"Terima kasih, mak cik.. Nasib mak cik ada, kalau tak memang saya terpaksa berlapar sampai waktu sekolah habis la. Saya ni budak baru lagi mak cik.. Baru ja masuk hari ni, tu yang boleh tersesat tu. Hehe.. Saya pergi dulu nah mak cik. Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam, nak. Anak panggil ja mak cik, Mak jah. Nanti kita sembang lain, Mak jah tahu kamu dah lapar tu." Aku hanya tersenyum malu mendengar kata-kata mak jah.

Selepas itu, aku pun berlalu ke kafe yang dikatakan oleh mak jah sebentar tadi. Apabila sampai ja depan kafe tu, aku rasa jaws aku memang ada kat atas lantai dah.. Ternganga kot aku..

Mak aii,, besarnya kafe.. Ni restoran 5 stars🌟🌟🌟🌟🌟 ka kafe sekolah ni?? Cukup ka duit aku nak makan ni.. Demi menjaga air muka aku yang hensem ni (penyakit perasan dia mai balik), aku patah balik ke koop untuk membeli sebotol air mineral dengan sebungkus roti gardenia untuk mengalas perut aku yang berkeroncong ni.

Selepas makan, aku kembali semula ke kelas aku.. Kelihatan ada tiga orang budak perempuan tengah bergelak ketawa dalam kelas tu.. Salah sorang daripada mereka bertiga adalah budak perempuan yang menarik perhatian aku masa aku masuk kelas ni pagi tadi.. Diorang ni tak pergi makan ka? Aku abaikan rasa malu aku dan berjalan menuju ke tempat duduk aku sebelah Rayyan..

"Siapa tu, princess?" Aku terdengar suara sorang budak perempuan yang aku gelar Girl#1 bertanya.

"Yang tu budak baru kelas aku.." si Princess pulak berkata.

"Budak baru?? Anak siapa tu princess? Sama taraf dengan kita tak?" Girl#2 pulak tanya.. Aik? Main taraf-taraf pulak.. Awat? Aku ni tak layak sangat ka nak belajar kat sini.. Dah la Fitri,, hang abaikan ja diorang semua nih.. Hang masuk sekolah ni sebab hang nak belajar bukan nak cari awek.. Dah orang tak nak kawan dengan kita. Takkan kita nak paksa pulak kan?

"Cikgu Mel cakap dia tu scholars.."

"Kiranya dia tu commoner la kan? He doesn't belong among us.. Hahaha.."

Sakitnya hati aku.. Aku tabahkan hati dan pekakkan telinga sepanjang waktu rehat tu.. Baik aku siapkan homework yang cikgu Melati bagi.. Tak dak la rasa terbakar semacam ja hati ni..

.........................

Seusai selesai semua kelas, aku pergi ke bilik guru untuk bertanya tentang mata pelajaran yang aku kurang faham.. Dah selesai semua baru aku bergerak balik ke rumah aku..

Huhh,, penatnya.. Harap sangat puding yang aku buat semalam ada lagi.. Hah, jangan ingat aku ni lelaki aku tak pandai masak tahu. Semua benda dalam rumah ni aku pandai buat. Mengemas rumah, memasak, laundry, repair barang rosak, iron baju dan sebagainya.. Semua aku expert.. Daripada aku merepek kat hampa banyak-banyak, baik aku makan.. Aku pun membukak peti ais dengan semangat wajanya..

Jeng jeng jeng..














Huarghh!!😭😭 Puding aku dah tak dak.. Kempunan aku nak makan.. Ni mesti abang Amir makan ni.. Hishh,, dia ni saja pun.. Tak pa lah,, satgi lepas kemas rumah aku buat lain.

"Fitrriii!!!!!!!"

Hah,, jeritan yang dah macam gorilla hilang anak tu suara mak tiri aku-mak kinah.

"Ya, mak. Awat?"

"Hang mai sini sat. Ni awat baju kelmarin tak jemur lagi ni?? Lantai mop dak lagi?? Baju iron ka belum?? Nasi masak dak lagi?? Bilik semua hang kemas dak lagi??... Blablabla and bla and bla.."

Haa,, tengok tu.. Mak kinah start dah..
Tapi nak buat macam mana, tu memang dah jadi rutin harian aku sejak ayah kahwin dengan mak kinah. Semua benda aku yang buat..

"Sat la mak. Fitri baru balik sekolah ni.. Nak naik mandi sat. Satgi Fitri buat semua tu.."

"Selagi hang buat semua tu tak siap, hang jangan makan.. Kalau dak SIAPP hang aku kerjakan." Macam selalu, mak kinah akan ugut aku untuk buat semua kerja rumah sebelum berlalu ke bilik untuk sambung tidur..

Aku pun naik ke bilik untuk bersihkan diri dan solat zohor sebelum memulakan semua kerja yang diberi oleh mak kinah..

........................

Alhamdulillah, kenyang jugak aku hari ni.. Semua kerja rumah dah siap dah tadi.. Puding pun aku dah siap buat.. Harap malam ni abang Amir tak melantak bagi habis.. Esok boleh bawak bekal.. Kalau ada lebih, boleh aku kongsi dengan Mak Jah.. Hahah..😁😁

Sebelum tidur tu aku fikirkan balik nasib aku dekat sekolah.. Dah la aku baru masuk, semua pakat tak mau kawan dengan aku dah kenapa? Apa kurangnya aku? Ka sebab aku tak dapat macam yang princess and the gang tu cakap? Sebab aku ni commoner? Budak scholars? Apa masalahnya? Bukan aku ni kacau orang pun, aku cuma nak berkawan ja.. Mungkin inilah nasib yang aku kena tanggung sebab belajar dekat sekolah persendirian nihh..

Malam tu aku tidur dengan bermacam jenis soalan yang bermain di fikiran aku.. Puas aku fikir tapi still tak dapat apa-apa jawapan.

Hmm...

...........................

Nahh,, part 2 cita nihh dah siap!!
Enjoy~~

P/s: sila comment dan vote cita saya ni..

P/p/s: Segala jenis typo harap ditegur supaya dapat diedit..

Assalamualaikum..

Cinderella Remake?Where stories live. Discover now