Kota Lipstick

4 0 0
                                    

Gincu merah menyala itu aku sentuh lembut pada bibir kusamku. Hujan sudah mulai teduh. Suasana sejuk dan suram pagi ini walaupun jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Refleksi tubuhku pada cermin di dalam bilik persalinan ini aku tatap. Cukup la kot kata hatiku. Biarlah sederhana sahaja. Less is more. Kata-kata Kak Zai itu aku masih ingat. Pakaian harus ikut function dan sesuai dengan keadaan sekeliling.

Kopi aku tuang ke dalam bekas kecil itu. Sebahagian lagi aku cicip sahaja di dalam mug. Suam dengan sedikit susu. Cukuplah untuk mengisi perut pagi ini. Kang heavy-heavy susah pulak nak mengejar LRT pukul 9 pagi. Setelah semuanya siap, aku mencapai stiletto di dalam rak kasut lalu melangkah keluar. Harapnya minggu ini tiadalah apa-apa isu yang terlalu kebaboom. I need to write something else for next month column. Aku optimis dalam sinar matahari yang mulai memancar malu-malu itu.

FEMININWhere stories live. Discover now