Ch.17

148 12 0
                                    

[ Hana pov ]

Seperti yang dijanjikan tadi. Encik Suho bawa aku dan anak anak dia keluar makan tengah hari. But dah 15 minit dalam perjalanan semua nya silent. Dah lah radio tak on. Aku dah tak tau berapa kali aku duk menguap je, sebab bila sunyi sunyi macam ni boleh buat aku mengantuk. Nak ajak anak anak encik Suho borak? Budak dua orang tu tunjuk muka ketat je. Protes agaknya. Malas nak kacau. Biarlah diorang protes dulu.

Suho: awak takde baju lain ke?

Aku: huh? Tanya saya ke?

Suho: eh tak saya tanya cermin ni hah. *smirk*

Aku: cermin tu takde mulut lah.

Suho: taupun. Saya tanya awak lah.

Aku: saya bukan takde baju lain. Saya selesa pakai baju ni.

Suho: ohh yelahtu..

Aku: so kita nak makan kat mana ni?

Suho: awak rasa kat mana best?

Aku: orang tanya dia, dia tanya kita balik. Kalau aku drive tak apalah. Ini tak, dah sah sah stereng kat tangan dia lagi nak tanya aku. *mumbling*

Suho: mwo? Apa yang awak bebelkan tu?

Aku: huh? Mana ada.

Suho: macamlah saya tak tau awak mengata saya.

Aku: ani.. mana ada saya mengata encik.

Suho: so macam mana kalau kita makan kat chinese restaurant?

Aku: saya okay je janji encik yang belanja.

Skip kat restaurant...

Suho: korang order jelah makanan apa korang nak daddy nak pegi tandas kejap. Hana tolong tengok budak budak ni.

Aku: okay bos. *senyum*

[ Suho pov ]

Fuhh. Leganya dah lepas. Okay sekarang ni perut aku lapar. Rasa nak makan something sedap. Nak makan apa eh?

Bruk!

?: omo!

Aku: jeosonghamnida. Saya tak sengaja.

?: Suho?

Aku: Irene sshi?

Irene: awak buat apa kat sini?

Aku: orang yang datang kat restaurant ni semua nak makan kan?

Irene: awak still macam 3 tahun yang lalu, still kelakar saya suka.

Aku: *senyum*

Irene: alang alang dah terserempak ni, apa kata kita makan sama sama? Awak free tak?

Aku: mian. Mungkin lain kali jelah. Saya kena pergi sekarang.

Irene: ohh okay.

Aku: *tinggalkan dia*

Kenapa aku perlu terserempak ngan Irene kat sini? Bila dia balik dari China? Kenapa aku nak fikir tentang dia? Lantaklah aku dah lapar ni.

[ Author pov ]

Argh!!!

Jeritan itu telah mengejutkan Suho yang baru sahaja selesai mandi. Dengan hanya bertuala, dia melangkah keluar dari biliknya.

Suho: apa hal pagi pagi dah terjerit jerit macam tarzan ni? *pekik suho dari atas*

Diam. Tiada respon. Suho rasa cemas. Namun dia yakin semua ni pasti ada kaitan dengan Suyeon dan Jaemyeon yang tidak habis habis nak buli pengasuh mereka. Dia berharap Hana dapat bertahan. Jika tidak, peninglah kepalanya mahu memcari pengasuh baru.

Kat ruang makan..

Suho: apa hal ni?

Kelihatan Suyeon dan Jaemyeon sudah duduk di meja makan. Suho menapak menghampiri meja makan. Seketika dahinya berkerut kerana melihat banyak makanan yang tersedia di atas meja. Ada banyak jenis makanan termasuk baozi? Melihat baozi itu, Suho teringat kembali pada saat pertama kali dia mengenali Hana.

Hana: Jemput sarapan encik suho.

Suho: aigoo~ kenapa dengan muka awak tu?

Suho terkejut melihat keadaan Hana yang dah macam baru terjatuh dalam kilang tepung. At the same time Suho jugak tidak sedar yang dia hanya bertuala.

Hana: ohh ni bedak encik suho, tak sempat nak cuci pagi tadi terus je bangun buat breakfast. *selamba*

Dalam sembunyi Hana menjeling tajam pada Suyeon dan Jaemyeon yang sudah menahan gelak melihat keadaannya ketika ini. Muka putih melepak dengan tepung. Tadi semasa Hana ingin membuka kabinet dapur untuk mencari kopi, tiba tiba tepung jatuh di atas kepalanya dan berbiji biji telur menghempap mukanya. Dan Hana tahu semua ni rancangan anak anak Suho.

Suho: bedak? Jinjja? Daddy tau ni kerja siapa. Suyeon, jaemyeon baik kamu berdua cakap. Apa yang korang dah buat? Kenapa suka sangat nak menyusahkan daddy?

Kedegilan kedua dua anak nya itu semakin menjadi jadi. Budak budak tu sudah memuncungkan mulut. Buat buat tidak dengar pertanyaan Suho.

Hana: relaxlah encik suho. Apa hal pagi pagi dah naik angin macam ni? Boring lah.

Suho merenung tajam ke arah Hana. Dengan pantas dia melangkah menuju ke dapur. Dia ingin melihat sendiri apa yang sebenarnya berlaku didapur sehingga menyebabkan Hana bersalut tepung sebegitu.

Hana: Encik Suho nak pegi mana?

Hana menghalang. Takkan dia nak biarkan Suho ke dapur yang dah macam baru lepas berperang. Hana tidak mahu Suyeon dan Jaemyeon jadi mangsa makian Suho di pagi hari yang indah ini.

Suho: awak ke tepi boleh tak? *serious*

[C] It's You 2 「suho」Where stories live. Discover now