Ch.38

144 13 1
                                    

[ Irene pov ]

Siapa Hana dalam hidup Suho? Dan siapa perempuan yang ada dalam gambar tu? Kenapa muka dia mirip sekali dengan Hana? Sudah seminggu soalan tu berlari lari didalam otak aku. Takpe sekejap lagi aku tahu siapa perempuan yang ada dalam gambar tu dan siapa Hana.

Taeil: termenung jauh nampak?

Aku: kau pegi mana? Apasal lama sangat?

Taeil: relax lah. Aku pegi hantar yeochin aku tadi. *tersengih sengih*

Aku: so kau dapat tak info tentang perempuan tu?

Taeil: ni Taeil lah mestilah dapat.

Aku: so siapa perempuan tu? Apa kaitan dia ngan Hana?

Taeil: well perempuan mengandung tu bernama Ahn Hee Yeon or Hani. Dia tu wife Suho yang dah meninggal tu. And then Hana tu pulak kakak kembar Hani.

Aku: mworago?

Taeil: dari info yang aku dapat Suho ambik Hana jadi pengasuh budak budak tu sebab dia tu kakak Hani.

Aku: ohh~

Taeil: aku nasihatkan kau supaya cepat cepat dapatkan cinta Suho tu. Kalau tak Hana lah yang dapat cinta Suho tu. Memandangkan Hana tu mirip ngan wife Suho senanglah Suho nak jatuh cinta kat dia.

Aku: nah ni duit kau. Kau pegi sekarang. *bagi duit*

Taeil: gomawo noona ah. *terus pegi*

[ Suho pov ]

Sudah seminggu kejadian itu berlaku. Selama tu lah sikap Hana terus berubah. Kebiasaannya, Hana akan duduk ngan aku setiap kali sarapan pagi, lunch, dinner tu pun kalau aku sempat makan malam. Tapi semua tu sudah tidak berlaku selepas dia melihat aku berduaan ngan Irene dalam bilik aku. Hana sudah semakin menjauh.

Dah banyak kali aku cuba menjelaskan perkara sebenar tapi Hana berpura pura mempercayainya. Kalau dia betul betul percaya, tak mungkin dia berubah sedrastik ni.

Setiap kali aku berada diruang tamu,pasti Hana akan terperap didalam bilik atau menyibukkan diri di dapur. Jika aku duduk duduk makan diruang makan, Hana terus sibuk mengemas rumah dan membuat kerja dapur. Suyeon ngan Jaemyeon ada jugak bertanya kat dia tapi alasan yang kerap diberikan, banyak kerja yang masih belum siap didapur.

Semua ni disebabkan Irene. Entah macam mana dia boleh masuk dalam bilik aku. Aku rasa semua yang berlaku seminggu yang lalu mesti ada kaitan dengan Irene. Yelah macam mana dia boleh tahu yang aku demam? Siapa yang bagitahu dia? Mustahil lah Hana, sebab Hana confirm tak kenal dia or Kibum dalang semua ni...

[ Hana pov ]

Aku tak tahu kenapa aku tak boleh lupakan apa yang aku terpandang minggu lepas benar benar memeranjatkan. Suho dan Irene berdua duaan didalam bilik. Siap tutup pintu lagi.

Hati aku terasa nyilu bila teringat tentang tu. Aku cemburu? Kau jangan nak mengarut lah Hana. Sah sah kau dah tahu yang Irene tu kekasih Suho. Irene pun dah mengaku pada hari kau simbah perempuan tu dengan air puaka kau tu. Kau sudah lupa semua tu?

Hentikan anganan kau tu untuk mencuri hati Suho. Walaupun kau sedar yang hatinya mula jatuh sayang pada kau. Kau ingat, kau layak ke untuk lelaki berkerjaya dan kaya raya seperti Suho tu? Apalah aku ni berangan tak beragak. Manalah boleh nak hidup ngan lelaki macam dia tu.

Mulai dari saat ni, aku akan cuba lupakan semua ini. Aku akan terima kenyataan yang sebenar. Dia memang tak layak langsung untuk aku. Aku perlu kembali kepada hidup aku sebelum ini. Gembira dan ceria selalu dan bebas dari perasaan pelik ni.

Aku: Omo! *terkejut*

Sejak bila pulak dia ada kat belakang aku ni?

Aku: mian, saya nak ke depan.

Suho: *memegang kedua dua bahuku*

Aku: apani? Lepaslah! *menepis tangan dia*

Suho: saya nak awak percayakan saya. Saya dengan perempuan tu takde apa apa. Saya sendiri tak tahu macam mana dia boleh sampai kebilik saya.

Tak tahu macam mana perempuan tu masuk konon. Takkan tak perasan pintu dibuka dan ditutup kut?

Suho: jebal? Saya tak nak awak fikir bukan bukan. Saya ngan dia memang takde apa apa hubungan.

Kalau takde apa apa kenapa perempuan tu tahu bilik kau kat situ? Kalau takde apa apa kenapa perempuan tu berani mengaku dia sebagai kekasih kau?

Aku: macam ni lah. Awak tak payahlah nak jelaskan apa apa lagi. Kalau ya pun awak ada apa apa ngan perempuan bernama Irene tu, saya peduli apa? Itukan hak awak. Awak ada hak untuk bercinta ngan sesiapa saja. Tak ada kaitan dengan saya pun. Yang awak terus terus nak meyakinkan saya ni kenapa?

Suho: macam mana awak tahu nama dia Irene?

Aku: minggu lepas, dia ada datang sini jumpa saya sebelum saya nampak awak ngan dia dalam bilik berduaan. Dia tanya saya macam macam soalan. Saya ni dah macam pesalah kat depan mata dia. Dan dia pun dah mengaku yang dia tu kekasih awak. So disitu dah jelas yang korang bercinta.

Suho: *diam*

Aku: So awak tak perlu lah bersungguh nak menjelaskan hubungan korang. Saya tiada hak untuk masuk campur. So pleaselah tak perlulah nak jelaskan apa apa lagi. Itu hal peribadi awak. Saya tak nak masuk campur.

Suho: *diam*

[C] It's You 2 「suho」Where stories live. Discover now