Ch.28

155 11 0
                                    

[ Author pov ]

Masing masing membisu. Hampir lima minit mereka bertiga duduk didalam restoran ini. Namun, satu butir kata pun tidak terluah. Dia tidak menyangka ajakan Kibum untuk lunch bersama hari ini ada tersirat satu rancangan yang tidak diduga.

Kibum memandang Suho lalu memandang Irene yang duduk bertentangan secara bergilir gilir. Pertemuan secara berdepan selepas tiga tahun tidak berjumpa ini ternyata mengundang kejanggalan. Kibum sengaja mengajak Irene dan Suho makan bersama tanpa pengetahuan dari mereka berdua. Niatnya baik, hanya ingin menyatukan Irene dan Suho. Dia tahu Irene betul betul sayangkan Suho dan dia mahu Irene hidup bahagia dengan Suho.

Pelayan datang bersama pesanan mereka. Namun, keadaan meja itu masih senyap tanpa ada sebarang kata. Suho merenung tajam pada Kibum. Dia benar benar tidak menyangka Kibum telah merancang pertemuan ini. Bukankah sepupunya itu sudah tahu yang dia tidak mahu bertemu dengan Irene. Kenapa Kibum merancang pertemuan ini? Apa niatnya yang sebenar? Irene yang sedari tadi terus memandang ke arahnya membuatkan dia terasa rimas.

Irene terus memandang wajah Suho yang kelihatan gelisah. Melepaskan rindu yang terbuku sejak tiga tahun lalu.

Kibum: aku nak minta diri ke tandas kejap.

Kibum merasakan kewujudannya disitu membuatkan dua insan dihadapannya itu janggal untuk bersuara. Dia ingin memberi ruang untuk Suho dan Irene berbicara. Dia terasa serba salah pula kerana telah mengatur pertemuan ini. Namun, dia melakukan semua ini ingin membuat Irene bahagia. Dia tahu Irene masih mengharapkan cinta dari Suho. Jadi dia berharap pertemuan ini akan membuat Suho membuka hatinya untuk Irene.

Seminit berlalu selepas Kibum ke tandas, keadaan masih senyap. Makanan yang terhidang di atas meja tidak diendahkan. Selera Suho terus hilang selepas melihat wajah wanita yang dia tidak pernah suka itu. Irene pula, disebabkan rasa rindunya sudah berbayar, perut terus terasa kenyang.

Irene: awak apa khabar?

Suho yang sedari tadi kelihatan gelisah tidak terus menjawab. Dia duduk bersandar relaks pada kerusi. Tangan dilipat pada dada. Wajah Irene dipandang lama.

Irene akhirnya melarikan pandangannya bila direnung tajam oleh Suho. Dia terasa bahagia melihat renungan mata Suho itu.

Suho: saya okay je. Apa niat awak suruh Kibum pertemukan kita kat sini?

Irene: saya tak tahu yang awak ada kat sini. Saya tak pernah suruh Kibum pertemukan kita.

Suho: oh kalau macam tu saya pegi balik office jelah. Dah lewat ni.

Irene: awak dah taknak jumpa saya lagi ke?

Suho: saya dah lewat nak masuk office. Tolong bagitahu kibum okay?

Suho mengangkat punggung untuk beredar. Dia tidak mahu berlama lama disitu.

Irene: Suho.. saya masih sayangkan awak.

Suho yang terdengar luahan itu memberhentikan langkahnya.

Suho: saya harap awak dapat lupakan semua perasaan awak terhadap saya.

Melihat Suho menyambung langkahnya membuatkan hati Irene tergores. Memang sah lelaki itu tidak pernah menyimpan apa apa perasaan kat dia. Air matanya tumpah membasahi pipi.

[ Hana pov ]

Mana pulak si sengal ni tak balik balik? Dah pukul 11 malam. Selalunya jam macam ni dia dah ada kat rumah. Dahlah aku tengah bengang ngan dia. Dia dah menghancurkan harapan tinggi Suyeon dan Jaemyeon. Berjam jam dua beradiktu tunggu dia. Aku perlu tahu sebab kenapa dia mungkir janji.

Bunyi pintu..

Tu confirm dia. Kau tunggu Suho. Sanggup kau biarkan budak budak tu tunggu kau berjam jam kat sekolah.

Aku: apa awak dah buat hari ni?

Suho: *mengeluh sambil memegang perut*

Aku: dahlah, jangan nak berlakon sakit perut.

Nak berlakon sakit konon. Kau ingat aku tak tahu kau cuba nak melarikan diri dari aku?

Aku: awak tahu tak budak budak tu tunggu awak berjam jam kat sekolah? Tapi awak tak muncul muncul. Mana janji awak?

Suho: *diam*

Aku: mesti awak nak kata awak ada meeting. Ada lunch appointment. Or awak terlupa sebab busy. Lain kali kalau awak tak boleh datang jangan berjanji dengan budak budak tu. Sekarang budak budak tu dah kecewa dengan awak.

Suho: *still diam*

Aku: diorang tu budak budak lagi. Diorang ada perasaan. Diorang perlukan perhatian awak. Bila awak buat macam ni, awak dah menghancurkan hati mereka, tahu tak? Lagi satu, kenapa matikan phone?

Suho: *dah terdampar diatas lantai*

Aku: awak? Awak kenapa ni? Kalau mengantuk pun, janganlah tidur kat lantai ni. Awak bangunlah! Jangan buat saya takut. Awak tidur ke pengsan ni? Apahal taknak bangun ni? Awak bangunlah! Awak ni sekadar nak mengada ngadakan? Nak suruh saya dukung awak kan? Awak bangun! *menggoncang bahu suho*

Suho: *tidak bergerak*

[C] It's You 2 「suho」Where stories live. Discover now