Setelah begitu lama berehat di rumah, mak Aisyah bising mengatakan bila anak nya mencari kerja. Oleh itu, Aisyah terpaksa ke Tenom untuk bekerja dengan kakaknya. Jikalau tidak? Tambah bising lah si ibu.
Di Tenom.
Aisyah mula merasa tidak selesa tinggal di rumah sewa kakaknya itu. Seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikannya. Kakak Aisyah iaitu kak Amani seorang cikgu sekolah rendah di sebuah sekolah kecil di sana. Baharu sahaja pindah daripada Muar,Johor mengikut suaminya bertukar tempat kerja.
Kakak Amani agak penakut orangnya walaupun dah ada tiga anak. Kakak amani mengatakan dia takut dengan keadaan rumah tu yang menyeramkan apabila tiba waktu maghrib. Mereka anak-beranak tak berani keluar dari bilik kalau Aisyah dan suaminya Encik Alif tiada di rumah. Selain kakak serta anak-anak buahnya dan abang iparnya tinggal di rumah tu ,kakak sepupu nya kakak Atikah turut tinggal disana untuk menjaga anak-anak buahnya.
YOU ARE READING
Rumah Berhantu Cina
ParanormalAisyah gadis yang mudah di ganggu oleh gangguan makhluk halus sejak kecil lagi. Semasa menunggu keputusan spm , Aisyah menumpang di Rumah kakak ketiga nya. Rumah tersebut dimiliki oleh orang cina. Pelbagai kejadian pelik......