mimpi bertunang.

83 5 0
                                    

Aisyah sedar sejak umurnya 11 tahun, separuh daripada mimpi yang dimimpi akan jadi kenyataan. Dia bukanlah gila atau taksub dengan mimpi tapi kadang kala mimpi itu memberi petunjuk.

Dia pernah bermimpi bertemu dengan banyak lelaki dan sepasang kembar lelaki dan perempuan. Aisyah sangat suka bertemu mereka terutama dua orang lelaki itu.

Namun kali ni,  mimpi dia berlainan . Ada seorang lelaki Cina yang muda dan hensem, cuma dia sedikit pucat. Aisyah ditarik olehnya ke sana sini.

Aisyah sedar dia berada dalam rumah tersebut namun rumah itu sangat berlainan dan besar sekali. Dia melihat dirinya dalam zaman lama dan orang-orang dalam situ mengaku mereka dibunuh. Ya, dibunuh!

Lelaki muda itu mengenalkan Aisyah pada semua orang dengan niat ingin memperisterikan Aisyah. Aisyah tidak pun memberi apa-apa respon. Sedar-sedar, jarinya sudah ada cincin tunang. Lelaki tu pun berkata " WO AI NI ".

Aisyah tersedar dari mimpi tersebut. Dia sedar dia bukan bermimpi biasa. Hal ni terbukti dua tahun kemudian. Setelah pindah, kakak sepupu dia mendapat cerita dari orang kampung bahawa rumah tersebut berhantu kerana ada orang mati dibunuh. Semua orang yang tinggal di situ akan dikacau oleh hantu berpakaian merah. Ya, beberapa bulan selepas pindah? Anak buah lelaki nya dirawat sebab hantu cina berpakaian merah jatuh cinta padanya dan ingin berkahwin. Aisyah turut teringat mimpi tu dan sepupunya cerita semula mimpi si Aisyah dan memuji mimpi Aisyah memang betul walau lambat dapat tahu kebenarannya.

Rumah Berhantu CinaWhere stories live. Discover now