Pada hari minggu , Aisyah sering tidur lambat. Ditemani oleh kakak sepupu nya,Atikah. Setengah jam sebelum tu , kakak amani dan abang ipar makan mi segera. Mangkuk-mangkuk tu cuma diletak di atas meja dapur tanpa dicuci.
Jam sudah bertukar angka 12. Tiba-tiba bau wangi di belakang tempat mereka menonton televisyen. Serta-merta bunyi sudu dan bunyi seperti dihirup kedengaran di meja. Bunyi tu seolah-olah orang sedang makan.
Atikah memeluk Aisyah dengan kuat.Atikah;" siapa di dapur tu?'
Aisyah;" biarkan sajalah."
Atikah;" jom lah masuk bilik kita."Aisyah tidak mempedulikan Atikah. Cuma terus melihat telemovie. Bau wangi pada mulanya bertukar bau busuk. Bau yang sangat busuk seperti bangkai tikus. Mereka berdua terus masuk ke bilik tanpa peduli apa-apa.
YOU ARE READING
Rumah Berhantu Cina
ParanormalAisyah gadis yang mudah di ganggu oleh gangguan makhluk halus sejak kecil lagi. Semasa menunggu keputusan spm , Aisyah menumpang di Rumah kakak ketiga nya. Rumah tersebut dimiliki oleh orang cina. Pelbagai kejadian pelik......