[2] Kawan

364 10 0
                                    

​        Lupa nak kenalkan diri. Nama aku Nur Awliya binti Samad. Aku sekarang dah tingkatan lima. Kira aku nak ambik SPM dah lah. Ada lah dalam beberapa bulan lagi. Otak aku ni otak udang walaupun duduk kelas first. Kira kalau periksa, aku mesti tempat belakang-belakang punya. Ibu dah puas leter dah cakap aku kena belajar. Kalau tak, nanti susah nak masuk universiti. Ala, apa susah. Kalau tak dapat masuk nanti, aku kahwin je lah terus. Heh. Cakap senang je aku ni, kan? Oh, ibu aku tu bukan ibu kandung. Aku duduk dekat rumah anak-anak yatim. Yang adik-adik aku tu kira tak sama mak bapak lah. Tapi sejak dia orang lahir lagi aku tinggal dengan dia orang. Eh, tak. Ada sesetengah je. Hmm, kot. Aku pun dah tak ingat sangat yang mana seorang yang bukan sejak lahir. Apa-apa hal pun, dia orang ni dah macam adik-beradik kandung aku dah. Aku lah yang paling tua sekali antara dia orang semua. Dia orang ni pun bukan semua takda mak bapak. Ada yang ada tapi tak mampu nak jaga ataupun yang taknak jaga. Kesian aku tengok dia orang. Aku ni memang mak bapak aku dah takda dah. Saudara-mara, aku taktau sebab aku dekat Rumah Meranti ni sejak aku belajar merangkak lagi. So, memang aku ingat pula kan siapa yang hantar aku. Bila aku tanya ibu, dia cakap ada orang hantar cakap aku kena tinggal dekat luar. Aku taktau lah siapa yang hantar aku tu. Ah, pedulilah. Dah orang taknak, aku nak sibuk-sibuk pasal dia orang lagi buat apa kan? Anyway, yang penting aku happy duduk sini dan ibu pun baik. Walaupun selalu kena bebel sebab pemalas sangat. Nak buat macam mana. Dah aku memang pemalas. Ibu pun kata malas ni takda ubat. Hihihi.
"Amin, ya Rabbal 'alamin," suara di pembesar suara itu menamatkan bacaan do'a di sekolah Awliya. Dia menyapu tapak tangan ke muka sesudah itu.
​        Pintu pagar sekolah yang tadi ditutup untuk bacaan doa dibuka semula. Namun, pengawas-pengawas sekolah sudah mula menunggu di dalam pagar dengan buku nota masing-masing untuk menulis nama pelajar yang lambat datang. Mata Awliya sudah melilau ke sana ke sini mencari seseorang yang mampu menyelamatkan dia daripada di cop pelajar datang lambat sekali lagi.
Mana pula kau pergi ni! Kau tak jaga ke hari ni? Tolonglah jaga weh. Aku tak sanggup nama aku naik dekat perhimpunan lagi minggu depan. Entah apa masalah Rozimah tu asyik nak kenakan aku je pun aku taktau. Berlambak lagi budak lain yang datang lambat. Aku juga yang dia nak jadikan pelajar contoh atas pentas. Kureng bet- Alamak!! Rozimah lah! Mampus aku. Weh, mana kau ni, weh? Kau tak dengar ke rintihan pilu aku ni we- Hah! Yes, baby. I know you love me. Senyumannya melebar ketika ternampak kelibat heronya itu. Pantas dia bergerak menuju ke arah target yang dicari.
"Woi, Li! Lambat lagi kau? Kau tau tak Rozimah yang pantau hari ni? Agak-agak lah weh!"
"Dina buat hal. Entah apa kena dia pagi tadi emosi semacam."
"Kau asyik nak tala dekat adik-adik kau je kan."
"Apa hal lak? Mana ada aku selalu buat macam tu. Kadang-kadang je. Hee."
"Blah lah kau."
"Seriuslah, weh. Eh, baik aku blah dulu sebelum Rozimah tangkap aku," dia berkata seraya berjalan laju menuju ke kelas.
"Nur Aw.Li.Ya!" patung terus dirinya apabila guru disiplin sekolahnya memanggil lantang. Cis! Tertangkap jugak aku. Mukanya sudah berkerut seribu. Kendur terus bahunya yang tadi sudah siap sedia untuk berlari. Lambat-lambat dia menoleh sambil tersengih macam kerang busuk.
"Hehe. Assalamualaikum, cikgu Rozimah. Apa khabar pagi ni? Sihat?" dia berbasa basi sambil melontar telepati minta tolong pada kawan rapatnya, Wafiy.
"Banyaklah kamu punya salam. Lambat lagi kamu? Nak naik pentas lagi ke apa kamu ni?"
"Er, tak, tak, cikgu. Sumpah saya tak nak naik dah cikgu. Cukuplah sekali famous."
"Dah tu. Kamu yang tiap-tiap hari datang lambat. Kamu tahu tak pagar ni tutup jam berapa? Pukul 7.30. Rumah kamu tu pun belakang sekolah je. Bukan jauh mana pun. Kamu bangun lambat ke?"
"Eh, tak cikgu. Saya kena hantar adik-adik saya pergi tadika. Lepas tu pergi sekolah rendah. Tu yang lambat tu cikgu. Last cikgu, last."
"Banyak lah kamu punya last. Dah banyak kali saya cakap....."
​Awliya sudah mula buat muka toya apabila guru disiplin itu terus-terusan membebel. Bebelan yang hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Dia memandang malas pada Wafiy.
"Tolonglah aku. Sebelum dia tulis nama aku!" dia berkata tanpa suara pada Wafiy. Kawannya itu hanya membuat tanda padan muka dengan ibu jari padanya.
"Sial kau!" dia berkata perlahan cukup untuk membuat kawannya itu memahami. Namun, hanya mendapat gelakan daripada Wafiy dan perhatian penuh guru disiplinnya itu.
"Apa kamu cakap tadi?? Kamu mencarut dekat saya ke Awliya??"
"Hah?? Tak, cikgu, tak!! Er, saya cakap dah lambat ni cikgu. Kelas dah start. Saya minta diri dululah eh, cikgu? Terima kasih atas nasihat cikgu tadi. Banyak membantu. Saya pergi dulu," dengan itu dia segera membuka langkah seribu.
"Awliya!! Cikgu tak habis cakap lagi ni! Wafiy, kamu dah catat belum nama dia?"
"Hah? Er, dah, dah, cikgu."
"Kamu catat betul-betul. Bukan saya tak tahu kamu baik dengan dia. Jangan cuba nak selamatkan dia pulak."
"Er, baik, cikgu," dia mendengar Wafiy menjawab soalan Rozimah. Padan muka kau. Nasiblah tak tolong aku tadi. Huh!
​        Sampai sahaja di kelas, dia melihat kawan-kawannya yang lain semua sedang sibuk berbincang dan menyalin. Dia tidak ingat pula kalau mereka ada kerja yang perlu dihantar. Ke aku yang lupa? Aku ni kan otak udang sikit. Hmm..
"Awin. Ada homework kena hantar ke?"
"Hah? Taklah."
"Habis tu, kau orang duk sibuk buat apa?"
"Lah, awak lupa ke hari ni kita ada lab? Kan kena buat repot?"
"Alamak! Mampus aku lupa! Banyak ke Awin? Dahlah kertas kosong pun aku takd- Eh, jap! Hari ni mana ada kimia. Bukan esok ke lab Kimia?"
"Ngeng lah kau ni, Li. Hari ni lab Fizik lah lembap."
"Kerek kau, Tiya. Mentang-mentang dah siap."
"Banyaklah. Aku kan pelajar kau. Kalau sifu pun tak buat, apatah lagi anak muridnya."
"Kahkahkah. Bongek. Habis, nak tiru siapa? Lab kita bila?"
"Lepas ni lah, Li! Kau ni kenapa hari ni? Makan otak udang banyak sangat ke?"
"Diam ah, kau! Aku kena basuh dengan Rozimah tadi. Tu yang aku biul sikit sekarang ni."
"Kahkahkah. Patutlah pun. Eh, hari ni Wafiy tak jaga pagar ke? Hero kau tak tolong ke hari ni?"
"Tak sempat!! Rozimah tangkap aku dulu time aku nak lari masuk kelas."
"Hahaha. Padan muka mu. Siapa suruh datang lambat. Macam rumah dekat negeri lain je gaya kau. Padahal belakang sekolah je."
"Alah, kau tau lah aku. Kalau aku tak lambat, memang bukan aku lah."
"Ceh. Weh, kita nak tiru siapa punya ni? Awin?"
"Awin? Hmmm. Hari ni tak kot. Aku kesian dia asyik bagi aku tiru je."
"Eh, ada hati perut rupanya sifu aku ni?"
"Ngok lah kau! Hah, tu dia. Target aku!" dia berkata sambil membuat pistol tangan dan melepaskan tembakan pada Wafiy yang baru tiba selepas menjaga pagar.
"Fi! Nak repot," dia mendekati tempat duduk Wafiy yang selang beberapa meja dari tempat duduknya.
"Kau. Lupa lagi?" Wafiy memandangnya dengan muka penat.
"Heh. Kau macam tak kenal aku."
"Memang aku kenal kau pun. Tapi bila kau nak berubah ni, Li? Kita SPM kot tahun ni. Kau kenalah start buat sendiri. Nanti time exam siapa kau nak tiru? Kau jugak yang susah nanti!" Wafiy membebel padanya dan entah kenapa membuatkan darahnya pantas menyirap.
"Kau apahal nak nasihat-nasihat aku? Kau nak ikut Rozimah ke apa? Aku tau lah kau otak geliga. Kalau taknak bagi, cakap jelah. Tak payah lah nak nasihat macam kau bagus sangat. Blah lah, kau!" dia menendang meja Wafiy sebelum berlalu dari situ. Semua mata yang berada di dalam kelas memandang mereka berdua silih berganti.
"Weh, apahal kau orang?" Adibah, seorang rakan yang juga rapat dengannya bertanya.
"Entah mamat tu. Aku nak minta tolong sikit pun tak boleh. Malas aku nak fikir pasal dia. Sakit hati aku nanti."
"Kau niii, PMS ke apa?"
"Oh, a'ah! Aku lupa aku datang semalam. Ah, tapi still lah. Dah lah Rozimah baru lepas bebel dekat aku. Sekarang, dia pula nak tambah. Bajet bagus je. Menyampah aku."
"Kau minta tolong apa dekat dia?"
"Ah, mampus! Pukul berapa sekarang, Diba? Aku punya repot tak buat lagi. Nak tengok kau punya."
"Tu, dekat Tiya, tu."
"Bagus punya budak. Bukan nak kongsi."
"Woi! Kau tolong diri kau seorang je, kan?" dia menolak tangan Atiyah yang sedang menulis.
"Bongok ah, kau!!! Habis repot aku!! Dah kau pergi minta dekat Wafiy tadi, aku mintalah lah dekat Diba. Kau tengok apa kau buat dekat repot aku?" dia memandang kertas kajang kawannya yang ada garis panjang mula daripada huruf L. Entah kenapa dia tidak dapat menahan tawa dan lantas ketawa berdekah-dekah melihatkan itu. Tidak tahu di mana lawaknya.
"Bongok ah, kau! Aku marah, kau gelak pula. Sewel apa? Weh, Diba. Nak kertas baru. Kau bagi kertas ni dekat budak sewel ni. Stres aku."
"Hehehe. Sorilah, weh. I tak sengajalah, sayang."
"Banyaklah kau punya, sayang. Baik kau duduk dan salin repot ni kalau kau taknak kena tambah dengar bebel cikgu Rini pulak."
"Baik, sifu!" dia berkata dan hanya mendapat jelingan daripada Atiyah.
"Wow! Jelingan manja, you!"

Awliya, WafiyWhere stories live. Discover now