[7] Surat

203 10 0
                                    

        Awliya keluar dari dewan peperiksaan dengan muka penat. Semalaman dia berjaga semalam untuk mengulangkaji pelajaran. Belajar last minute lah katakan. Dia menutup mulut untuk menahan kuap.
"Kau stay up lagi ke, Li?" Adibah bertanya padanya.
"A'ah."
"Tu lah kau. Suruh belajar awal-awal kau tak nak."
"Bising ah, kau. Taulah kau boleh jawab."
"Tapi ada jugak yang aku tak tau doh. Aku main taram je tadi."
"At least! Ada jugaklah yang kau tau. Daripada aku?"
"Alah kau. Cakap je macam tu. Kau tengok result nanti macam mana."
"Aku rasa aku nak kahwin terus lah, weh."
"Hahaha. Bongok! Kau rasa ada ke orang nak kahwin dengan kau?"
"A'ah kan. Betul jugak tu. Alaaa, macam mana ni Tiyaaa?" Atiyah yang baru tiba, keliru melihat reaksinya.
"Apahal kau?"
"Ni, si Li ni. Dia kata nak kahwin. Tapi ada ke yang nak kahwin dengan dia?"
"Kahkahkah. Aku sokong, Diba!"
"Diam ah, kau orang!"
"Tapi aku rasa kali ni memang kaw-kaw punya kau belajar doh, Li."
"A'ah. Aku confirm kau dapat masuk u."
"Banyaklah kau punya confirm! Macam kau je yang tapis orang masuk u."
"Eh, tu memang kerja aku pun. Kau tak tau ke?"
"Blahlah, kau orang!" Adibah berkata sambil menolak kepala mereka berdua.
"Kauuu. Mentang-mentang exam dah habis, suka hati kau je nak main tolak-tolak kepala eh?"
"Eh, memang!!"
"Kahkahkah."

        ​"Assalamualaikuuum," dia memberi salam sebaik sahaja sampai di rumah. Bau masakan tengah hari ibu sudah menusuk ke dalam hidungnya dan terus membuka seleranya. Pantas dia bergerak ke dapur.
"Ibu! Masak apa, bu? Sedap gila hah ba-" dia terhenti apabila melihat ibu sedang duduk termenung di meja makan. Namun, idea jahat tetap muncul di fikirannya.
"Wargh!!"
"Allah, Allah, Allah," ibu melatah.
"Hahahahaha."
"Liya! Kamu niii. Buatnya ibu sakit jantung ke apa, macam mana?"
"Ala, buu. Ibu kan sihat walafiat. Takda hal punya. Apa ni?" dia mengambil sampul surat yang berada di atas meja.
"Hei, jangan ambil!" ibu cuba merampas kembali dan pantas dia berlari jauh daripada ibu.
"Ibu dapat surat cinta, eeehh? Bagitau abah!"
"Isy, dia ni. Jangan merepek!"
"Waaaah, dari UK you! Abaaah, ibu ada boyfriend mat saleh!"
"Mana kamu tahu dari UK surat tu?"
"Lah. Ni setem UK ni. Cop sekali!" dia memberitahu sambil menunjukkan pada ibu.
"Surat siapa, bu? Ibu ada long lost sister ke, bu?"
"Isy, budak ni, macam-macam cerita dia nak buat."
"Dah tuu. Dari tadi tanya ibu tak jawab."
"Surat untuk kamu."
"Haa? Liya ke yang ada long lost sister?" dia sudah buat muka pelik.
"Surat mama dengan Wafiy," ibu berkata sambil memandang matanya dalam.
"Err, ye ke? Ibu salah koot," dia tidak mahu percaya.
"Dah lama dia orang kirim. Sampai seminggu lepas dia orang pergi. Mama Wafiy ada call sini."
"Ke- kenapa ibu tak bagitau Liya?" dia tiba-tiba berasa tertipu.
"Sorry, Liya. Mama Wafiy tak bagi ibu beritahu kamu. Dia suruh bagi surat ni lepas kamu habis SPM," ibu menerangkan dan dia hanya mendengar kaku.
"Nah. Kamu bacalah," ibu berkata sambil menghulurkan semula sampul surat tadi padanya. Dia memandang kosong tangan ibu.
"Liya? Nah, ambil ni baca," ibu meletakkan surat itu ke tangannya apabila dia tidak memberikan sebarang respons sebelum ibu berlalu ke dapur. Lama dia berdiri kaku di situ. Hatinya penuh dengan bermacam-macam perasaan dan mindanya dibanjiri pelbagai persoalan.
Kenapa surat? Kenapa tak call je? Apa yang dia orang nak bagitau? Kenapa baru sekarang? Siapa yang tulis surat ni? Mama? Wafiy? Betul ke dia orang memang dekat UK sekarang? Kenapa dia orang dekat sana? Bukan ayah kerja dekat US ke sebelum ni? Kenapa? Kenapa? Kakinya semakin lama semakin laju bergerak ke bilik. Ada benda buruk jadi ke? Dia semakin tertanya-tanya dan kakinya juga sudah berlari-lari anak. Tak sabar untuk membaca isi surat mama dan Wafiy. Pintu di kunci rapat dan dia segera duduk memeluk lutut di tepi katil. Tanpa sempat berbuat apa-apa walaupun membuka tudung, sampul surat itu dibuka berhati-hati. Takut koyak isi dalamnya. Dan dengan hati berdebar-debar, dia menarik keluar kertas yang kemas berlipat. Air liurnya ditelan. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum lipatan surat itu dibuka. Terdapat dua helai kertas yang satu punya tulisan Wafiy dan satu lagi tulisan yang tidak dikenalinya tetapi dia pasti tulisan mama. Dibawa surat Wafiy ke depan.

        Err.. macam mana nak mula tulis surat, eh? Ni surat tak rasmi, kan? Ke hadapan, Li? Err, macam pelik je. Ah, pedulilah. Bukan dalam periksa pun. Assalamualaikum, Awliya. Heh. Mesti kau terkejut, kan? Aku? Tulis surat untuk kau? Apa-apa pun, pertama sekali aku nak minta maaf dekat kau sebab buat kau marah masa kita pergi zoo hari tu. Tapi kau lah! Aku tak habis cakap lagi, kau dah blah dulu. Aku debik jugak kang! Tapi, heh. Memang aku dapat buat pulak kan sekarang ni? Entah berapa beza jauh kita sekarang pun aku tak pasti. Yang aku pasti, sehari suntuk jugaklah kalau naik flight pun. Bapak jauh, kan? Nak buat macam mana. Aku pun tak sedar yang aku kena bawa datang sini. Tup, tup. Dah sampai bilik hospital dekat negara mana entah.

        ​Hospital? Wafiy sakit ke? Air matanya sudah mula mengalir ke pipi. Dia segera menyambung bacaannya.

Mesti kau gelabah kan sekarang? Bilik hospital? Kenapa dengan Fi? Dia sakit ke? Haha. Aku boleh agak dah kau buat muka buruk kau tu sebab risau dekat aku yang kau sayang sangat-sangat ni.

        ​Bongok ah kau, Fi. Mana ada muka aku buruk. Dalam surat pun kerek doh. Tapi.. memang aku sayang dekat kau pun. Dia tersenyum kecil.

Heh. Perasan kejap aku. Macam lah kau suka dekat aku, kan? Walaupun aku harap macam tu. Heh. Apa-apa hal pun. Aku tulis surat ni sebab nak sambung balik benda yang aku tak sempat nak bagitau kau hari tu. Aku tau aku patutnya call kau lepas balik dari zoo hari tu. Tapi tak sempat. Balik-balik rumah je, aku dah pengsan. Aku jaga balik pun macam yang aku cakap dekat kau tadi lah. Dekat bilik hospital tu. Entah berapa hari aku tidur pun aku taktau. Weh, Li. Aku memang suka perempuan cantik pun. Tapi aku rasa kau lah perempuan paling cantik yang pernah aku jumpa. Cantik luar dalam. So, apa yang kau tak sempat dengar hari tu. Aku cakap dalam ni. Aku pun suka kau gak. Boleh tahan lama gak lah aku suka kau. Cuma aku taknak kita awkward kalau buatnya kau tak suka dekat aku. Kau kawan baik aku kot. Sebab tu bila aku dengar je masa kat kantin tu, aku terus buat keputusan nak bagitau kau. Tapi, kau marah dekat aku pulak. Hmm, tu je lah kot. Oh, aku... taktau bila aku dapat jumpa kau lagi. Sebenarnya, aku taktau pun kalau aku dapat jumpa kau lagi. Sebab aku kan dekat hospital. Kalau dah dekat hospital tu, kau tau je lah apa yang boleh jadi. Rasanya mama dah bagitau kot dalam surat dia. Tu je lah. Assalamualaikum, Li. Aku sayang kau. Sebagai kawan baik aku dan lebih dari tu.

​​​​​​​​​​Yang macho (haha),
​​​​​​​​​​          Wafiy

​        Fiiiii! Jangan ah cakap macam tu, ngok! Kita mesti jumpa balik. Kena jugak. Aku tak peduli. Kau jangan nak tinggal aku terus! Kau kena jumpa aku dulu! Awliya mengelap dengan baju surat yang terkena air matanya itu. Kemudian, di lap pula muka yang basah. Dia membawa surat mama pula ke hadapan. Ingin mengetahui pokok pangkal mereka ke sana.

        Assalamualaikum, sayang.
Ni mama ni. Liya sihat? Kami semua sihat dekat sini. Mama minta maaf sangat-sangat sayang sebab tak beritahu kamu. Mama terlalu cemas bila Wafiy tiba-tiba pengsan. Mama bawa dia ke hospital. Dan dia terus koma. Doktor kata Wafiy ada penyakit cardiomyopathy. Disease mengenai jantung. Wafiy punya critical case. Kalau lambat treat, Wafiy boleh.. Mama takut sangat-sangat, sayang. Masa tu mama cuma fikirkan Wafiy saja. Maafkan mama. Doktor kata sekarang ni tak ada pakar untuk penyakit ni dekat negara kita. Sebab tu doktor cadangkan untuk transfer Wafiy ke hospital Royal Brompton di London. Sayang, mama tak pasti berapa lama kami akan tinggal di sini sebab Wafiy mungkin perlu sentiasa berada di bawah pengawasan doktor. Kalau ada apa-apa yang teruk jadi dekat Wafiy, mama takkan maafkan diri mama sebab lambat detect. Doakan kami ya, sayang? Mama minta maaf sekali lagi, Liya. Mama akan call Liya kalau ada perkembangan terbaru, ya? Belajar rajin-rajin dan doakan supaya kita dapat jumpa lagi. Dengan Wafiy sekali. Assalamualaikum, sayang.

​​​​​​​​​​Yang benar,
​​​​​​​​​​   mama         

​        Awliya terpempan. Ingatnya Wafiy hanya main-main mengenai teruknya penyakit yang dia alami. Barisan ayat-ayat di dalam surat mama dibaca berkali-kali. Ketaran ditangannya semakin teruk semakin dia menerima realiti penyakit Wafiy. Air liurnya ditelan kelat dan air matanya jatuh lagi setiap kali surat itu diulang baca. Wafiy.. jangan tinggalkan aku, weh. Kau kan kuat? Tak macho lah kalau sakit sikit kau dah mengalah. Aku doakan kau, Wafiy. Aku doakan jugak kita dapat jumpa lagi. Ma, Liya akan belajar rajin-rajin, ma. Liya akan belajar supaya kita dapat jumpa lagi satu hari nanti. Liya akan pastikan, ma. Pasti. Dengan terketar-ketar, dia melipat surat tadi dan dimasukkan kembali ke dalam sampul. Disimpan surat itu di dalam laci sebelah katilnya dan dia segera membenamkan mukanya ke bantal. Kembali menangis teresak-esak.

​        Awliya tersenyum kecil pada gambar surat mama dan Wafiy. Diselak ke muka seterusnya.

Awliya, WafiyWhere stories live. Discover now