[10] Jumpa

213 13 0
                                    

Awliya memperlahankan lariannya. Mp3 dikeluarkan dan dia menekan butang untuk menukar lagu. Muzik permulaan Pretty Woman nyanyian kumpulan The Beatles berkumandang. Dia tersenyum sedikit sebelum kembali menyimpan mp3 ke dalam poket seluar slack. Ditarik nafas dalam-dalam. Udara segar pagi itu menusuk enak ke dalam hidungnya. Mata yang sudah terpejam kembali terbuka dan dia mula berjoging santai untuk sekali lagi mengelilingi Taman KLCC itu. Ya Allah! Dia kaget sekejap apabila seorang wanita daripada arah bertentangan tiba-tiba terjatuh tidak jauh daripadanya. Pantas dia mendekati wanita itu.
"Cik, cik tak apa-apa ke?"
"Uh," wanita separuh abad itu cuba untuk kembali berdiri. Segera dia menghulurkan tangan untuk membantu.
"Terima kasih ya, nak. Makcik pen....." dia sudah tidak dapat menangkap kata-kata wanita itu. Dia seperti terpana. Mam- mama? Bulat matanya memandang tepat wanita yang sedang mengibas-ngibas baju yang sedikit kotor.
"Nak? Nak ok tak?" dia kembali ke realiti. Kali ini, wanita itu pula yang memerhatikan dirinya lama.
"Err.." mata wanita itu mula membesar.
"Kamu...."
"Kalau makcik dah ok, saya pergi dulu. Assalamualaikum," cepat-cepat dia bergerak meninggalkan wanita tadi. Mama? Mama?? Gila bapak. Biar betul? Takkan aku berangan kot??
"L.. Liya??" dia terpaku.
"Li- Liya, kan?"
"Ma-" dia menelan air liur apabila perkataannya tersekat di kerongkong, "Maaf, makcik dah salah orang," dia berkata tanpa berpaling sebelum kembali berjalan laju.
"Liya. Mama kenal Liya. Liya!" air matanya mula mengaburi penglihatan mendengar kata-kata mama. Saban hari dia menunggu wanita itu. Kenapa baru sekarang? Lepas lapan tahun?
"Awliya! Aw-" langkahannya pantas terhenti apabila mendengar sesuatu terjatuh. Mam- mama?? Sepantas itu juga dia berpaling dan nyata mama sudah jatuh terjelepuk. Dan tidak sedarkan diri.
"M-"
"MAMA!!" satu suara lain mendahuluinya sebelum sepantas kilat satu tubuh duduk di sebelah mama. Dia sekali lagi terpempan. Kali ini dirinya pula yang jatuh terduduk. Allahuakbar. Dia terlalu terkejut. Mata lelaki itu melirik sekilas padanya. Dan seperti baru tersedar, lelaki itu sekali lagi memerhatikannya dengan mata yang besar terbuka. Serasakan begitu lama sekali mata mereka bertembung sebelum mereka tersedar dan kembali mengalihkan tumpuan pada mama. Segera itu juga dia mendekati Wafiy yang berulang-ulang kali memanggil mama.
"Mam- mama k- kenapa?" dia bertanya dalam ketar.
"Kena bawa pergi hospital," Wafiy berkata perlahan sebelum cuba mengangkat mama. Dia membantu semampu boleh.

​ Awliya duduk berteleku di atas kerusi sementara Wafiy berdiri sambil bersandar pada dinding dengan mata terpejam rapat. Masing-masing melayani perasaan sendiri sementara menunggu lampu bilik kecemasan dipadamkan. Dia terlalu terkejut untuk berkata apa-apa. Dan nampak gayanya Wafiy juga sama. Lebih tiga jam mereka menunggu di situ tetapi sepatah haram pun tidak keluar daripada mulut mereka berdua. Terlalu banyak persoalan yang berada dimindanya bercampur dengan kebimbangan pada mama. Macam man- apa ya- man- mam- Err.. hi- ru- habis ke- Aaaarghh!! Serabut!! Dia merengus geram. Baru dalam otak dah caca-merba. Kalau nak keluarkan dekat mulut, entah aku sendiri pun tak faham agaknya. Bengong.
"...at?"
"Hu?" dia memandang Wafiy yang sedang memandangnya kembali. Err dia cakap dengan aku ke tadi?
"Er.. Aw- awak cakap apa tadi?"
"Oh. Hmm. Ibu sihat?" Erk! Dia menelan air liur.
"Ib- Ibu dah..." dia menarik nafas kasar, "Hm!" dia mengangguk.
"Huh? Ibu dah apa?" pertanyaan Wafiy membuatkan matanya panas. Entah kenapa. Padahal telah lama dia menerima pemergian ibu. Mungkin kerana realiti memberitahu betapa terpisahnya mereka sehingga tidak tahu menahu mengenai satu sama lain.
"Li- Liya?" dia mendongak saat mendengar suara garau yang kedengaran terkejut.
"Ayah!" bulat lagi matanya memandang orang tua Wafiy itu. Dah kali ketiga kau terkejut, Liya. Udah-udah lah tu. Muka ayah sudah menampakkan garis-garis kedut. Sungguh, begitu lama sekali mereka tidak ketemu.
"Macam mana Liya boleh ada dekat sini? Kamu dah jumpa dia ke, Fi?"
"Tak lah. Terserempak masa joging pagi tadi," Wafiy menjawab.
"Ya Allah. Liya apa khabar?"
"Ba- baik. Ayah?" dia cuba menolak tepi rasa janggal yang mula tiba.
"Tak tahu lah, Liya. Mama kamu..." Saat itu juga lampu bilik kecemasan terpadam. Rasa janggal yang dari tadi bertambah sedikit demi sedikit diselamatkan doktor yang baru keluar.
"Isteri saya macam mana?"
"Kamu suami dia?"
"Ya, saya."
"Keadaan dia dah stabil. Cuma saya harap kamu tidak memberi sebarang tekanan kepada pesakit. Itu punca dia pengsan tadi."
Bersalah segera singgah ke hati Awliya. Kira akulah yang buat mama stress tadi? Bagi masuk emergency room? Bodohlah kau, Liya. Kalau kau tak beriya-iya terkujat sampai nak lari bagai tadi, takdalah mama pengsan. Dia cubit menyengat pada tangannya.
"Aww," kembali disapu tempat cubit tadi. Sakit siott.
"Self-harm much?" dia mendongak untuk melihat Wafiy mengangkat kening padanya. Bibir digigit. Nampak pulak budak ni aku buat macam tu. Malu je. Hampas kelapa, kau Liya.
"Liya pun tunggu dari tadi juga?"
"Hm?" dia memandang ayah, keliru dengan pertanyaan tiba-tiba itu.
"A'ah, yah."
"Kalau macam tu, kamu bawa dia turun makan sekali. Biar ayah jaga mama kamu dulu."
Errrk!

Awliya, WafiyWhere stories live. Discover now